Monday, July 18, 2011

anak baru 2 orang, dah kelam kabut, tak boleh nak handle...tabik spring kat mak-mak kita, macam mana mereka jaga kita dan adik beradik kita kan....

ilyas ni siang tidur light light ajer...light light dia tu, 5 minit betul betul tidur, lepas tu dia akan bergerak dan mengeluarkan bunyi-bunyi. kalau kita cepat-cepat tepuk dia ataupun buai bouncer, maka dia akan sambung tidur. kemudian 5 minit lagi akan ulangi perbuatan yang sama...keadaan ni berterusan sampai 4 petang...lepas tu dari 4petang sampai 10 malam adalah saat yang paling mencabar...huh!! keadaan ni dah berlanjutan 2 minggu...saya tak sure laa sama ada hidung dia tersumbat lalu menyebabkan dia tak boleh tidur [refer doc klinik kesihatan, dia kata tak boleh kasi ubat selsema dan ubat batuk, katanya baby bawah 2 tahun tak 'digalakkan' ambil ubat batuk dan selsema...]
Photobucket
tidur meniarap...tak boleh tidur dengan aman damai juga... last-last sampai terkeluar dari tilam...

Photobucket
tidur dalam bouncer pun macam tak tidur juga...


Photobucket
tidur terlentang? kejap-kejap buka mata...entah apa masalah yang dia fikirkan sampai tak boleh lena...last-last sawbebe ajak main...

Photobucket
2 orang anak masam...seorang deman, seorang yang asyik dok buli saya...

akhirnya terpaksa saya berpacifierkan ilyas...semalam saya tak meroyan, tapi kalau sawsomi nampak, mesti dia yang meroyan sebab anak dia berpacifier...Tapi tulah, lain anak lain perangai...Apa yang boleh dilakukan ke atas sawbebe , tak semestinya boleh juga digunakan ke atas ilyas...contohnya, saya ingat beranak tak sakit sangat, tapi hakikatnya adalah sakit nak mampus...lagi satu contoh, sawbebe dulu berFM, tapi ilyas pula berBF...dulu sawbebe tidur siang adalah sangat nyenyak, malam saja buat hal, tapi ilyas pula terbalik...dulu masa kerja sawsomi adalah fleksibel, tapi sekarang adalah ikut shift...dulu saya boleh memberi tumpuan 200% kepada sawbebe, tapi sekarang hanya 50% kepada ilyas, 50% untuk sawbebe...yang paling penting ialah, saya bukan lagi ahFoon 4 tahun yang lepas, kakak ipar sawsomi cakap 'hantar anak ke nursery, nanti anak baru boleh berdikari', maka kami pun hantar anak ke nursery [tapi anak mereka pula hantar ke rumah orang], bila kakak ipar cakap 'jangan bagi pacifier', maka kami pun tak kasi pacifier...bila kakak ipar cakap 'jangan buai', maka kami pun tak buai...terasa diri yang sangat bodoh time tu...cis...cilakak betul!!!


Photobucket
5 minit pertama berpacifier...pacifier tu pun orang yang bagi...lepas ni kena shopping pacifier pula...

Photobucket
dalam keadaan mamai...

3 comments:

  1. hihihihi itulah anak lelaki... heheh sgt lasak kan... huhu saya sgt suka tgok budak isap puting nampak cute jerk.... tapi umar lak taknak.. linn ada beli dekat 6 ketui..adalah sampai 4 bulan jer kot dia isap puting tu... kalo budak isap puting ni senang sikit nak buat kerja sbb dia akan tido lama.... huhuh

    ReplyDelete
  2. Oli,
    Zikri & Zulfan mmg isap puting sampai lah max umur, saya kena leraikan puting dia...
    tp Ika, saya sumbat macamana pun ttp dia tak mahu, so mmg tak boleh paksa dia...

    ReplyDelete
  3. :) mmg perangai baby boy lah!! mencabar sikit... tapi Alvina pun mcm tu, time umur 2minggu dah kena sumbat pacifier sebab tdo tak tenang. Asrul 6 mths br itu bbsitter yg ajar...

    take it easy!

    ReplyDelete