Tuesday, July 12, 2011

bukan rungutan, OK!

bulan pertama menyesuaikan diri dengan baby baru...masuk bulan ke-2 ni pula menyesuaikan diri dengan ketiadaan 'part time bibik'...

saya membayangkan sekarang saya ini adalah fulltime housewife! sedang melakukan kerja-kerja seorang fulltime housewife!

2 perkataan ---- sungguh mencabar!

Pagi-pagi kena siapkan sawbebe ke sekolah...[ni belum lagi termasuk kena buat bekal untuk anak ke sekolah, buat sarapan pagi untuk suami] time ni jugalah baby ilyas bangun nak menetek...lepas menetek menangis...lepas menangis berak...lepas berak nak menetek pula...lepas menetek nak menangis lagi...[kalau ikutkan hati, macam nak suruh sawbebe tak payah laa ke sekolah, sambung balik tidur ajer...]Bila baby dok menangis, sawbebe pun dok membebel tak henti-henti...suara dia lagi kuat dari tangisan baby...dok membebel saya tak sayang dia laa...saya tak senyum dengan dia laa, asyik dok senyum dengan baby laaa...[sampai saya nak hantuk kepala ke dinding dengan bebelan dan tangisan mereka berdua]...

Baby Ilyas pula macam selsema dan batuk beberapa hari ni[tukar bulan kot]...lagi mencabar...siang tidur tak nyenyak, malam pun tidur tak nyenyak... sawbebe punya tangan pula luka tak sembuh-sembuh walaupun dah seminggu lebih akibat buatan classmate dia...entah apa yang classmate dia cucuk kat tangan dia sampai meleceh dan berair...pastu muka sawbebe pun entah kenapa luka yang dia garu tu merebak-rebak...sapu ubat pun tak boleh baik-baik...rasanya ini bukan lagi luka-luka biasa...kena bawa pi jumpa doctor dah!!!

Dah laaa kena jaga anak-anak, kerja rumah pun kena buat...Nasib baik minggu ke-3, baby ilyas dah tak pakai lampin lagi...kalau tak, mesti melambak-lambak lampin yang kena basuh...Tiba-tiba, terasa nak berjimat cermat...nak basuh baju dengan tangan pula...keji keji keji betul...Lipat baju? part ni saya pandai...saya gantungkan semua baju, so tak payah lipat!!! Bukan saja tu, tiba-tiba terasa rajin nak memasak juga!! Nak menguji sejauh mana kebolehan diri sendiri! hebatkan!!! saja nak cari pasal dengan diri sendiri.

lagi satu tugasan yang sungguh mencabar ialah monitor sawbebe buat homework sekolah...omg!!! boleh hilang kewarasan dibuatnya!! saya macam nak peluk buku dia dan terjun dari tingkat 3...petang-petang mesti dengar suara saya menjerit macam pompuan gila...

walaupun penat dan mencabar, tapi PUAS dapat menjaga anak-anak sendiri!

1 comment: