Thursday, July 28, 2011

che che

sawbebe dah mula terima hakikat bahawa dia adalah seorang che che [kakak]...beberapa hari ni dia dah terlupa merungut kami semua sayang baby, tak sayang dia...dia dah terlupa tanya saya sayang dia tak?

suatu hari, saya keluar dari bilik air, ternampak sawbebe duduk di tepi ilyas sambil menonton kartun...mula-mula nak marah dia sebab ingat dia kacau adik dia...
Photobucket
rupa-rupanya sawbebe tepuk tepuk adiknya...terharu dan bangga betul saya dengan sawbebe


Photobucket
selain itu, sawbebe juga tahu 'buai' adiknya apabila adiknya mula bergerak-gerak dalam bouncer setelah beberapa kali saya suruh dia 'goyang-goyangkan' adiknya...matanya sambil tengok tv, tangannya sambil buai adiknya...

oklaaaaa...boleh diharap juga....

2 comments:

  1. semoga sawbebe menjadi che-che yg baik .

    ReplyDelete
  2. So sweet :)
    Sawbebe memang seorang kakak yang baik.Alaa..mula2 dulu dia confius tu ingat kalau dah ada adik, mummy dah xsayang dia.Sekarang dia tahu mummy tetap sayang dia walaupun ada adik.Yeah..semoga sawbebe akan jadi kakak yang baik untuk ilyas

    ReplyDelete