Friday, July 1, 2011

T.O.L.O.N.G

Photobucket
bila tidur meniarap, dia boleh tidur lebih lama...
kalau tidur terlentang, dia mudah terjaga [sebab dia tak mau dibedung]. tidur 5 minit sudah bunyi kereta rosak hek hek hek .
maka saya pun googled laaa...then terbaca pasal SIDS & Stomach Sleeping (sumber)

Boleh ibu-ibu yang berpengalaman di luar sana bagi pendapat? anak-anak u all ada tidur meniarap masa dalam pantang dan lepas pantang?


Untuk bacaan diri sendiri:

Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?

SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun, yang tak dapat dijelaskan selain dari siasatan secara mendalam...Maksudnya, baby memang nampak sihat je sebelum ni dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit.



Apa pula `Stomach Sleeping`?

`Stomach Sleeping` ni bahasa inggeris..Bahasa mudahnya, bayi yang tidur dalam keadaan MENIARAP..



Apa kaitan SIDS dan `Stomach Sleeping`?

Membiarkan baby tidur meniarap akan meningkatkan risiko SIDS..Memang ada pelbagai lagi faktor yang menyebabkan SIDS seperti bayi pra-matang, bayi yang lahir tak cukup berat, bayi yang terdedah kepada asap rokok, tetapi `TIDUR MENIARAP` adalah faktor utama penyebab SIDS...Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh ramai penyeledik, bayi yang tidur meniarap, lebih ramai yang kena SIDS berbanding bayi yang tidur terlentang atau mengiring...Ibu-ibu boleh baca research yang dilakukan mengenainya disini.(klik disini)



Kenapa tak boleh beri baby kita tidur meniarap?

1.Baby adalah `abdominal breather`, iaitu bernafas dengan bantuan otot abdomen...Bayangkan bila kita beri baby tidur meniarap, maka, ia akan menyukarkannya untuk bernafas...
2.Bila baby tidur meniarap, udara yang dihembuskannya (karbon dioksida) akan berkumpul..Membentuk seperti poket udara di keliling mulut baby...Terutamanya bila baby tidur di atas tilam yang lembut, selimut dan dikelilingi oleh `soft toys`... Jadi karbon dioksida yang berkumpul itu akan disedut kembali oleh baby...Menyebabkan, kadar oksigen dalam darah menurun...Untuk pengetahuan semua, ketidakmatangan sistem pernafasan baby menyukarkannya untuk adapt dengan jayanya terhadap poket karbon dioksida yang membentuk itu...atau apa-apa saja yang halang baby dari bernafas..Macam orang dewasa, bila terjadi situasi begitu, automatik kita akan ada coping mechanism..Terlentang ke...Ubah posisi ke...Walaupun dalam keadaan tidur..TETAPI BABY TIDAK BEGITU...
3.Tidur meniarap memberi tekanan pada rahang baby menyempitkan salur pernafasan, lalu menyukarkan baby bernafas..


Mitos dan Fakta tentang tidur meniarap...

1.Mitos: Bayi akan tersedak susu kalau muntah...Fakta: Mengikut AAP (American Academic of Pediatrics)..Bayi yang lahir cukup bulan dan sihat tidak akan tersedak susu mahupun dengan air liur yang berkumpul jika tidur terlentang...Boleh rujuk di sini ye..(klik disini)
2.Mitos: Bayi tidur lena...Memang tak dinafikan tentang ini...Fakta: Banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya bayi tidur lena..Contohnya, iringkan bayi, malapkan lampu...Alihkan segala gangguan yang ada seperti perlahankan TV, radio dan etc..
3.Mitos: Elak perut kembung..Fakta: InsyaAllah, kalau breastfeed baby, kemungkinan untuk kembung itu amatlah tipis..Untuk yang masih belum berpeluang Bf baby, anda boleh pastikan baby tak kembung dengan burp baby..atau beri susu yang sesuai dengannya...


Jadi, macam mana ye kalau baby saya nak tidur meniarap juga?

Boleh, bukan tak boleh langsung tau..Bila baby dah boleh meniarap dan terlentang semula, biasanya dalam umur 4-7 bulan ,mereka tidak akan stay tidur terlentang sepanjang malam...Waktu ini, tidak mengapa jika membiarkan mereka memilih posisi yang mereka inginkan..Bukan yang kita inginkan tau..Maksudnya, bukan dengan sengaja, kita yang letak baby kita tidur meniarap...

6 comments:

  1. nak tak nak kena biasakan jugak dia tidur macam biasa. kalo tak berisiko tinggi tido meniarap. nanti lama2 insyaAllah oklah dia...

    ReplyDelete
  2. anak2 nieza suffiya & zulaikha mmg tdo meniarap. kalau tersedak susu pun tak risau sbb susu tue akan mengalir keluar. Separuh ibu mungkin tak suka cara tue tp nieza suka anak2 tdo cara meniarap.

    cuma you kena monitor selalu. lagi 1 kalo tdo camni anak2 senang buang anginnnnnnnn ... hahahaha

    ReplyDelete
  3. Oli,

    I before nih pun byk baca pasal SIDS dan dalam majalah Pa&Ma pun byk cerita pasal nih dan salah satu sbb kita tidurkan baby meniarap.

    Mula2 igt tidur secara meniarap nih bagus... x sangka pula ditegah oleh pakar dan profesional. jadi saya mmg x berani buat.

    my baby pun tidur mcm tu juga.. jenis x lena.. tp saya biarkan aje. x sekali pun tiarapkan dia.. sbb takut.

    terpulang pada you la... just becareful je dan kalau boleh jgn lama2 tiarapkan dia.


    ~Camarputih~

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya.. ;)
    Monitor anak tu selalu-selalu sangat..
    Jangan tinggalkan baby lebih dari 5 minit..

    Tapi tu laa kan..
    Kalau kita sesama dengan dia tido camne nak monitor?

    ReplyDelete
  5. cuba u letakkan bantal kecik di perut baby waktu dia tidur terlentang

    ReplyDelete
  6. mcm ena mmg dua2 anak ena tidor meniarap..klu tidor meniarap mmg tidor lena dan tak rosau kalau bby tersedak susu selepas kita bg susu pd bby kita kan

    emmmm terserah pd oli nak mcm maner..

    ReplyDelete