Saturday, August 13, 2011

bukan KEK BATIK

saya tak pernah makan kek batik [dan tak pernah terbayang pun nak buat kek batik].tiba-tiba kecoh 1 ofis nak cari kek batik, nak makan kek batik dan ada yang nak buat kek batik [merujuk kepada si mimi]

maka semalam saya [perasaan ingin tahu yang sangat kuat] pun try buat kek batik dengan sawbebe selepas ilyas tidur [tidur tidur ayam...sebab dia tau mak dia sibuk, maka dia nak menguji kesabaran mak dia, nak tengok mak dia naik hantu kat kek ke kat dia]

Dan hasilnya macam ni
Photobucket
kek batik versi pendek [saya tindih 2, tu yang nampak tinggi...]

bila makan...nak kata sedap TAK juga, nak kata tak sedap BUKAN juga...kesimpulannya, semuannya LEMBIK...bukan ke sepatutnya biskut marie tu rangup...barulah betul kombinasinya...kalau biskut marie lembik lembuk, buat apa masukkan biskut marie...ataupun memang biskut marie tu akan jadi lembik?

satu lagi manis macam nak kena potong kaki....

nak bawa tak nak bawa ke ofis nih?

Testimonial :
'Kakak' - Ngaap ke dalam mulut, pastu jalan ke belakang masukkan ke dalam tong sampah. [tersentap hati tisu saya]

Even - Ngaaaap habis [dialah yang mengidam kek batik ni...kalau tak ngaaap habis, i yang ngaaap dia pula]

mimi - belum tau lagi reaksinya, sebab dia puasa...

RESEPI KEK BATIK

[copy paste dari blog hana's family]

Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • 397g @ 1 tin susu pekat - ikut kak hana buh 3/4tin
  • 5 biji telur - saya bubuh 4 biji saja
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan - setengah buku butter
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1sk nescaffe - optional [saya tak bubuh]
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
Cara-cara
  • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.*boleh rujuk step by step di SINI.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.


nota jari kaki : lain kali nak buat apa-apa, rasa dulu, makan dulu yang orang lain buat...ada faham?

1 comment:

  1. kurang ajor punya 'kakak' takde cover2 langsung.. eksennya dia buang makanan

    ReplyDelete