Wednesday, August 3, 2011

Juadah Berbuka Puasa - Apam Polka Dot

Kerajinan yang bukan secara kebetulan ataupun dibuat-buat...hari ni try APAM POLKA DOT.

Photobucket
sawbebe yang sangat the kacau...

Photobucket
sebelum

Photobucket
selepas...sangat teruja ok!!

Photobucket
jemput makan semua!!

NOTA : Disebabkan saya ada acuan hitam tu satu saja, maka kerja menjadi sangat siput sehingga menyebabkan apam yang mulanya permukaan licin menjadi berlubang-lubang...satu lagi kesukaran ialah tak ada piping bag...satu lagi kecacatan ialah warna agak pucat terutama yang warna hijau tu...ok ok saya akan memperbaiki semua ni...



RESEPI APAM POLKA DOT
50 biji ++

Bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.

Cara.
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)




SUMBER : Dapur Mamasya , ofiskecikku

1 comment:

  1. saya mahu apam polkadot satu.. eh bukan saya yg mahu makan.. tp baby dalam perut yg nk makan.. huhu

    ReplyDelete