Monday, August 1, 2011

juadah berbuka puasa - TEPUNG PELITA TANPA KUKUS

Taraaaaaa

Photobucket

Photobucket

Photobucket
terlalu manis dan agak masin...terkurang bubuh 1 cawan air dan lain kali haris dikurangkan garam


RESEPI TEPUNG PELITA TAK PAYAH KUKUS

Bahan Lapisan Hijau:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
secubit kapur di bancuh dengan 1 sudu teh air

Bahan Lapisan Santan:
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
sedikit garam

Cara-caranya:
1. Campur sebati semua bahan2 lapisan hijau. Pastikan semua larut jangan ada berketul2. Masak atas dapur,sentiasa kacau tau. jangan tinggalkan.. kacau hingga ia menjadi licin dan berkilat.
3. Tutup api bila ia dah pekat macam nie.... Boleh tuangkan dalam acuan.
4. Campur sebati bahan2 lapisan santan... garam jangan lupa ek... bubuh sedikit.
5. Masak di atas dapur... Sentiasa kacau juga untuk mengelakkan ia meruap dan berketul2..
6. Kacau hingga ianya pekat... Tutup api..dan boleh di tuangkan ke atas lapisan hijau tadi....


sumber : sweet vanilla

3 comments: