Thursday, October 13, 2011

kagum dengan diri sendiri

serius,
saya sangat kagum dengan diri sendiri selepas banyak kali ke-gagal-an!!![kek batik adalah satu kekesalan dalam hidup saya di mana saya dah putus asa sehabis-habisnya!!!]

hanya mereka yang pernah mengalami kegagalan saja boleh memahami perasaan ni!! betul tak, cik ami aziz dan cik even?

Photobucket
ingatkan dah bersedia untuk dimasukkan ke dalam tong sampah...[boleh katakan tiap-tiap minggu pun saya buat kek, tapi boleh dikatakan kesemuannya dibelanjakan kepada tong sampah]

Photobucket
kecantikan kek ni memang di paras negatif...potong pun macam kena gigitan tikus...

Photobucket
tapi...tapi kesedapannya adalah terpuji...kepujian daripada 3 + 1 ekor tikus putih setia iaitu sawsomi [berani cakap tak sedap meh? malam kena tidur luar!], ami aziz [berani cakap tak sedap meh? siu mai dari planet zuhal] dan even [berani cakap tak sedap meh? saya akan post biskut angry bird dia kat sini] terlepas sebut seekor lagi tikus putih, si 'kakak' ita.[berani cakap tak sedap meh? saya potong gaji baru tau kot]

Di sini saya ingin terima kasih kepada tuan punya resepi yang memberi resepi yang betul-betul ...sebelum ni i guna resepi yang lain...memang haram tak jadi...tu yang saya terpaksa tokok tambah bahan-bahan lain sehingga menjadi kek apam coklat kukus...please laa...kalau kedekut ilmu, tolong jangan tempek resepi yang akan menyusahkan orang lain sebab orang lain akan menggunakan bulat-bulat resepi yang awak kasi itu...hmmm...tiba-tiba emosi ok!!!

***resepi update malam ni!!!
Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/3924

Moist Choc. Cake


Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter
  • Cara-cara

  • Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  • Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  • Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  • Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  • Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  • Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  • Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

1 comment:

  1. cayalah...mesti sawbebe bangga ngn mummy nya...huhu..keep it up:-)

    ReplyDelete