Wednesday, November 16, 2011

Biodata Saya

saya, saw poon poon[1/4 bukan nama sebenar] [read: Pun Pun]. Perempuan yang cantik. Baru berusia 33 tahun[bukan angka sebenar, angka sebenar masih bawah umur ]. Berbangsa cina beragama islam. [saya sudah boleh buka account ASB. Motif? ] Status Perkahwinan : Sudah kahwin, kahwin sambil berlari, kahwin tanpa pengetahuan family [mak saw poon poon : anak derhaka betul], mempunyai seorang [angka sebenar] suami saja yang sangat tinggi dan besar [mengalir air liur 1st time saya tengok dia, macam nak terkam ajer] Bilangan Anak : 2 ketoi daging yang comel. [tak suka budak kecil dan terpaksa suka dengan anak sendiri sebab saya yang melahirkan mereka. Tak ada pilihan]

Saya tak suka baca komik, tak sampai 10 tajuk komik yang pernah saya baca, tapi saya telah ditakdirkan untuk menterjemah komik. kerja saya yang rasmi ialah penterjemah komik. celakak kan! hari-hari saya kena baca komik sambil translate komik. tapi saya tak pernah merungut langsung walaupun kena translate komik yang macam celakak seperti Gundam dan Naruto. Punca utamanya ialah saya translate 2 ayat, saya blogwalking 20 minit, translate lagi 2 ayat, pergi pantau status cawan dan mangkuk...ini adalah kerja yang paling heaven ok...[makan gaji buta, tak berkat tau]...thay y dah 7 tahun saya menjadi seorang penterjemah komik yang tidak bertauliah.

Hobi saya...errrr....errr....tak ada hobi laaaa. masa muda-muda hobi saya ialah bermimpi di siang hari aka berangan-angan basah. berangan nak kahwin dengan artis ni, nak jadi bini artis tu. bila dah remaja, hobi saya ialah memancing. Memancing sawsomi yang masa tu single n available, semua masa digunakan untuk ikut ke hulu ke hilir, pantau aktiviti beliau [langsung tak ada masa untuk hobi lain] Ssekarang hobi saya ialah tidur. bila ilyas tidur, saya pun kena cepat-cepat tidur. hobi yang dipupuk sejak jadi mak orang ni sgt hebat hebat belaka tau. Membebel dan mengulangi ayat ayat yang sama macam recorder. hobi-hobi yang sewaktu dengannya ialah sapu lantai, mop lantai, cuci baju, cuci pinggan dll sambil mulut pok pek pok pek...ohya, lupa nak bagitau, MERAJUK juga adalah hobi saya tau!! Memasak bukan hobi. Memasak hanyalah bila roh perasan chef datang, maka terhasillah juadah-juadah yang rupanya hodoh tapi rasanya sedap macam nak mati.

cita-cita saya pula ialah masuk universiti. Belajar memang tinggi. sampai naik ke atas menara gading. habis belajar kat menara gading, musnah hidup. kena tanggung ptptn 20K. hutang pula semakin meningkat sebab tak bayar, bulan-bulan punya kos pentadbiran adalah 4 puluh ringgit malaysia plus plus...satu tahun 4 ratus ringgit malaysia plus plus. bukan tak mau bayar, tapi tak mampu [gaji bersih 258.99 sen lepas tolak semua perbelanjaan]. Falsafah mak memang tak boleh pakai, suruh kita belajar pandai-pandai, nanti bergaji besar...apasal dah belajar sampai UNIVERSITI, tapi gaji tak lepas 1.5k. rata-rata cari tak ada kerja pun yang bersesuaian dengan apa yang dibelajar. nak minta kerja kerani pun tak layak ...Tunjuk sijil mahai, orang tak ada idea apa benda tu.Saya belajar Sains Kemasyarakatan [apa benda tu?]. saya pun dah lupa apa yang saya belajar, yang saya tau jawatan yang sesuai dengan apa saya hutang duit dengan ptptn ialah PERANCANG BANDAR DAN DESA. ada jawatan kosong tak?

Di masa lapang, saya suka bermain-main dengan anak-anak saya. saya teman anak saya menonton kartun, layan anak saya berborak, dukung baby saya ke hulur ke hilir, bukan saja house maid malah menjadi milk maid kepada anak-anak. seronok melihat gelagat anak-anak yang comel di mana membuang air besar pun kena bergegas-gegas sebab anak besar dok pukul-pukul pintu toilet macam nak roboh pintu kerana anak kecil telah meniarap di bawah kerusi sambil menjilat-jilat lantai....Di waktu malam pula, saya suka bermain kejar-kejar dengan suami lepas anak-anak dipaksa tidur. Bbbbbbb, tutup lampu.... sekian terima kasih!

No comments:

Post a Comment