Monday, November 28, 2011

saya adalah mak yang gagal

semalam saya jaga ilyas,
jaga sampai saya nyaris-nyaris taruh dia ke dalam mesin basuh...
lepas tu saya ugut dia,
kalau hang menangis lagi,
mak terjun dari tingkat 3...

serius,
sangat penat!!
jaga ilyas sehari umpama 10 hari kerja kat tapak pembinaan...
terutamanya kata-kata sawsomi terlintas-lintas kat kepala otak mintak nak seorang lagi anak...
terus angin gila naik atas kepala...
ambik telefon call...
tak bagi salam, tak bagi apa...
tembak dia dengan air liur saya...
'u cuti weekday, tak payah jaga anak,
i cuti weekend, kena jaga anak...
u pi kerja, i dok kat rumah jaga anak sorang-sorang,
berani u ada hati mau ada anak seorang lagi?'

dia kat sana senyap saja...
i guess, dia blur...
kenapa tiba-tiba kena marah?

ilyas sangat-sangat sangat membuli saya tau...
asyik nak kena dukung ajer,
letak dia kat atas tilam umpama letak dia atas gerai durian...
bila dukung dia, dia pula nak tolak-tolak kita,
tarik-tarik rambut kita,
bila marah dia, dia mogok tak mau minum susu,
[ayat di atas cuma nak buat karangan ni menjadi lebih menarik, kang ada orang ingat anak saya kecik-kecik dah pandai mogok pula bila kena marah...dia tak sehebat tu laaaa]
dia nampak tetek macam nampak hantu
bagi botol susu pun tak nak,
suap nestum pun tak nak...
bagi KFC, nak pula...
saya tak faham kenapa dia semakin tak nak susu...

12 jam,
tolak dia tidur 2 kali 5 minit 5 minit,
tolak cubaan letak dia atas tilam durian 5 kali darab 1 minit
11 jam dan 45 minit,
saya dok dukung dia saja...

pastu saya lepaskan kepenatan saya kat sawbebe,
kesian kawan tu,
asyik kena marah ajer...

jaga yang kecik tak lulus,
jaga yang besar pun gagal...

penat laaaaaa...
yang celakaknya,
time siang mengantuk macam setan,
time malam, anak anak lena tidur,
saya pula tak boleh nak tidur...
sebab dok imagine baju 2 besen yang dah berbau...

1 comment:

  1. salam,

    u menakutkan saya. saya takut nak jaga 2 anak lepas ni. tapi saya tau u sangat kuat dan mampu menghadapinya. U antara my IDOL! :D

    ReplyDelete