Saturday, December 31, 2011

2011-12-31 11:59:59pm

Photobucket

HAPPY NEW YEAR 2012.
countdown dalam mimpi...

DIY Moby Wrap

pada hari yang saya kata saya sangat ingin memiliki moby wrap original...saya telah pergi ke kedai kain di Jalan TAR ditemani norrimie aziz mencari kain jersey untuk DIY moby wrap ini. tak jumpa cotton jersey, maka tibai ajer kain jersey murahan. yang pastinya saya telah jimat 5 kali ganda.

Photobucket
saya tak sure laaa ilyas suka ataupun tak suka dok dalam tu, tapi saya sangat sure saya rasa selesa dengan cara dukungan ini.

Friday, December 30, 2011

[6m3w] CNY mood

Photobucket
semalam adalah hari banyak susu...sebanyak 12 oz lebih sikit...dah lama tak capai 12 oz....[sambil pump sambil blogging...haram susu tak nak keluar]

Photobucket
feeling moby wrap....kain madura 'kakak'...dia pinjam saya..2 hari lepas sms tanya khabar ilyas...


开心过年 - MyAstro群星2012新年歌



Thursday, December 29, 2011

[6m2w] merangkak

Photobucket
dah dapat beberapa step selepas hari-hari berlatih dengan gigihnya...



abaikan suara pompuan tua di penghujung video itu...



29-12-2011
Photobucket
2 botol susu
pagi-Banana-Cado
tengahari-potatobroccolicarrot
petang-applepear puree
malam-banana-Cado[kes malas]
sawbebe punya apple


28-12-2011
Photobucket
3 botol susu
pagi-Banana-kurma
tengahari-bubur nasi beras perang labu broccoli
petang-apple+pear
malam-apple + pear [kes malas]

Wednesday, December 28, 2011

cari pasal





http://www.tinytapir.com/item/Moby-Wrap-PETITE---Solids/930/c77





harga?
ho ho ho
saya yakin kalau saya menyampaikan hasrat nak beli seketoi kain berharga rm150++ ini,
dan saya pasti sawsomi akan meroyan dibuat saya!!!

tapi how eh?
saya sangat sangat sangat sangat menginginkan!!!

Tuesday, December 27, 2011

Annyong haseyo?

Photobucket

Photobucket


sekarang gambar sawbebe dah kurang...
mesti u orang ingat saya pilih kasih, tak mau ambil gambar sawbebe lagi kan?
fitnah! fitnah lor!!!
sekarang punya sawbebe,
langsung tak mau layan saya lagi!
kalau dia nampak saya ambik kamera saja,
lari tak cukup kaki!
so, mau tak mau saya terpaksa ambil gambar ilyas saja lor!

Monday, December 26, 2011

jauh bau bunga, dekat bau taik

bila berjauhan rindu macam nak mati,
bila berdekatan bergaduh macam musuh ketat pula...
entah berapa pusingan merajuk cum marah,
ada yang sempat dipujuk, ada yang tak sempat dipujuk dah berbaik sendiri
hurmmm...
sawsawlady, awak memang keji!

apa-apa pun,
saya suka sawsomi dapat bercuti hari ini,
aktiviti pun normal-normal macam orang normal..


Photobucket
permintaan sawbebe

Photobucket
dipaksa berendam untuk 5 minit...

Photobucket
ilyas buat hal...tak sempat nak ratah ayam kampung...

Photobucket
main sampai bergaduh sebab ilyas makan betul-betul punya...habis semua periuk belanga dan dapur berair liur..bengang sawbebe...

Photobucket

Photobucket
sepanjang hari 'good girl' sebab untuk tengok chipmunk...habis movie terus tunjuk 'baik' punyai perangai...

Photobucket
smurf,happy feet 2,puss in boot, alvin n the chipmunks

Photobucket
dia dah masak, dah basuh baju, tengah lipat kain, rumah belum kemas...

Sunday, December 25, 2011

[6m2w] Ana Liyana

8 hari ilyas [6m1w] dan sawbebe [4y7m] di rumah bbsitter,
so far so good,
harap-harap semuanya akan baik-baik,
dan baik-baik untuk selama-lamanya...
[nampaknya kerisauan saya berlebihan]

kali ni,
saya tidak lagi bodoh tahap neraka hantar ilyas ke taska.
hurmmmmm!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



Photobucket

bbsitter OK!
anak-anak OK!
saya pula yang KO!

Nasi Yam 芋头饭

Photobucket



Photobucket



Nasi Keladi
2 cawan beras
1 cawan keladi cina - dadu kecil
5 ulas bawang putih - cincang
2 sb isi udang kering - bersihkan
hirisan isi ayam/daging - kalau suka
kicap cair, kicap pekat
garam secukup rasa

Basuh beras dan toskan, panaskan kuali, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan udang kering dan isi ayam/daging, kacau seketika, masukkan semua kicap dan garam serta keladi dan air secukupnya untuk memasak keladi separuh empuk. Bila sudah separuh empuk, angkat dan gaulkan bersama beras yang dibasuh tadi dan air secukupnya untuk hingga nasi masak. taburkan daun bawang, bawang goreng dan hidangkan bersama cili padi kicap dan sup jika suka.


http://rempahratus.blogdrive.com/archive/68.html



材料1:



蒜头 : 4粒 (去衣, 剁碎)
葱头 : 4粒 (去衣, 剁碎)
虾米 : 50g (洗净)



材料2:
冬菇 : 6朵 (泡软, 切块)
肉 : 250g (切片)
去皮芋头 : 300g (切丁)



材料3:
米 : 2杯 (洗净, 沥干水份)


调味料:
盐 : 1 tsp
胡椒粉 : ¼ tsp
麻油 : 1 tsp
黑酱油 : 1 tsp



材料4:
水 : 500g
葱(切碎) : 少许(装饰)

方法:



  1. 以中火烧热3汤匙油, 投入材料1, 炒至香味四溢。


  2. 加入冬菇、猪肉, 芋头继续炒至香。


  3. 加入米和调味料充分炒均。


  4. 盛起, 放进电饭锅内,倒入水拌均, 盖好煮至饭熟及干。


  5. 等吃的时候撒上葱花拌一拌。


http://www.bestfreeonlinerecipes.com/chinese/%E8%8A%8B%E5%A4%B4%E9%A5%AD/


ho ho ho

Photobucket

Photobucket

Thursday, December 22, 2011

今天,我-大小姐不想说话!
所以别跟我讲话!

[6m1w] period-ing or stop-ing

Photobucket
kalau ya pun,
tak perlu laaaa begitu mendadak dan mengejutkan!
hurmmm

premenstrual syndrome

PMS kot!
penat juga kot!
Kali ke-3 naik hantu,
sawbebe kena tibai!



* kali pertama, saya turun tolak kereta nak parking, sawbebe pun sibuk buka pintu. saya pun pergi tutup pintu dia. saya belum sempat balik ke seat, dia buka lagi pintu...apa lagi! bagi jelingan maut [sebab ada di luar, saya kena jaga imej saya]

* kali kedua, saya tuang sabun basuh botol susu ke botol kecil yang agak comel untuk dibawa ke rumah pengasuh. sawbebe nampak dan ambil main. saya cakap elok-elok dengan dia, ini SABUN. JANGAN MAIN. saya pun sembunyi di tempat yang agak tersorok. lepas saya tidurkan ilyas, saya keluar dan ternampak dia main sabun botol kecil yang botolnya dia anggap sangat comel itu. saya naik hantu untuk kali ke-2. tapi saya membebel saja. dok tahan tak mau pukul dia.

* kali ke-tiga, dah nak masuk tidur, tiba-tiba ternampak banyak semut merah kecil-kecil. spray semut merah kecil-kecilsampai pintu masuk jiran sebelah. sebelum ni memang tak ada semut merah kecil-kecil itu, rumah saya hanya ada semut mayat saja. saya yakin semut merah kecil-kecil itu datang dari rumah jiran sebelah yang didiami oleh sekumpulan gadis melayu yang menjerit macam histeria kalau ada perlawanan bola sepak malaysia dengan mana-mana negara. eh...lari topik. kembali ke punca saya naik hantu untuk kali ke-3. maka saya terpaksa kemas baju, kemas cadar, kemas tuala...sebab takut semut merah kecil kecil itu buat sarang dalam tu.... sawbebe? dok macam mak nenek ke hulu ke hilir, dia macam peneroka...punggah ni punggah tu...TAK JUMPA APA-APA SARANG SEMUT! saya pun masuk tidur. sawbebe dah masuk dulu bilik, bermain di atas katil dengan seutas TALI yang sangat panjang. saya minta tali itu elok-elok dengan dia, dia tak mau kasi. terus saya NAIK HANTU macam dirasuk hantu!

saya dah bagi amaran kat dia, kalau lain kali dia main apa-apa tak minta kebenaran dulu! memang saya akan tibai dia tanpa was was lagi!


Sekian, terima kasih!

Wednesday, December 21, 2011

kecoh satu dunia

sempena cuti sekolah ini,
cikgu sawbebe asyik dok call ajer...
dok tanya dah bercadang nak hantar ke branch mana? dah beli buku belum? dah jumpa bas sekolah belum?
orang yang dok dengar saya cakap dalam phone,
mesti ingat anak saya nak masuk universiti mana,
padahal baru nak masuk kelas 5 tahun...
itu pun kecoh satu dunia~!

relax laaa bro~~~

Tuesday, December 20, 2011

[WTS] SOLD

baru 1 hari let go,
saya dah menyesal!!

Photobucket
full set. sekali dengan mosquito net stand.condition : 9/10. rm120.pick up area : pandan indah

[4y7m] saya seperti beruang panda

Photobucket
tidur 6 jam,
terjaga 6 kali!
3 kali untuk menetek ilyas,
3 kali check suhu badan sawbebe dengan menggunakan kuasa tapak tangan.
[panas]
maka terpaksa menggunakan teori otomen bertarung dengan raksasa. otomen kalah, maka kena suntik ubat masuk ke dalam badan supaya otomen power balik dan menumpaskan raksasa...hurrrrmmmm

seawal 9 pagi,
saya telah menguap setiap minit.
kalau keadaan ini berlanjutan sehingga petang,
saya yakin mulut saya akan pecah!

Monday, December 19, 2011

asam pedas sedap

Photobucket
saki baki untuk dinner...terpaksa tambah air panas sebab kuah habis dihirup sawsomi!!


pandai bini saya masak!

kenyataan sawsomi yang boleh membongkakkan saya!
demi untuk menjaga mutu ini,
maka saya mengistiharkan bersara masak asam pedas!

[4y7m] bambina

Photobucket
1 tahun

Sunday, December 18, 2011

avocado edisi syiok sendiri

Photobucket
anak orang lain ber-avocado,anak saya pun kena ber-avocado juga. sikap kiasu yang telah sebati dengan darah daging.

semalam pergi t3sco beli minuman coklat cap t3sco, saya bersungguh-sungguh mencari avocado di tempat juai sayur. nasib baik ada label, kalau tak mesti tak cam punya. 3 biji sebesar penumbuk saya RM9.90....

so, hari ni ilyas pun ber-avocado lor. sambutan tidak hangat seperti yang disangkakan. jangan kata ilyas 1st time ber-avocado, saya pun 1st time juga ber-avocado. sebab ada ilyas laaa, baru saya ada peluang merasai di usia 33 tahun ini.

Photobucket
takpe takpe ilyas, mak bapa awak tak beravocado pun berjaya membesar dengan BESARnya...ohya, nak show off 'bumbo seat' ilyas juga...'bumbo seat' yang hanya satu-satu di dunia ini...

emmmm...rasa avocado ni...emmmm...emmmm....lebih kurang macam isi kelapa muda kot. kalau diberi pilihan untuk makan isi kelapa muda dan avocado, saya pasti tidak teragak-agak pilih isi kelapa muda.


errrrr...ada 2 dan 1/2 biji avocado lagi dalam peti ais...tengah perah otak untuk habiskan sebelum sawsomi balik khamis ini...kalau tak mesti dia sumbat avocado ke dalam mulut saya sebab awal-awal lagi dia dah bagi nasihat 'kita' tak tau makan punya...hurmmmm mati laaaa saya...

Saturday, December 17, 2011

masih dalam kejutan

ilyas jatuh katil walaupun telah bina tembok bantal di sekeling katil...
Photobucket


yang saya pelik dan tak faham, kenapa dia boleh 'terbang' begitu jauh untuk landing dalam keadaan yang tidak ke-logik-an...
Photobucket



saya percaya setiap bayi ada pelindung yang melindungi mereka....

dah tiba masanya untuk buka katil...keselamatan sejagat!

[6m1w] gaya merangkak

Photobucket

Photobucket

Photobucket

aksi saja yang lebih...

taraaaaaaaaa

Photobucket
Kotak + papan =RM6
Kek = RM15

Photobucket

Photobucket

Photobucket

tak perlu cakap apa-apa...
keikhlasan 10/10

Friday, December 16, 2011

berdebar

malam ini kena kukus kek harijadi untuk cikbos atas permintaan ramai!
fuh! nebes [nervous sampai sebutan pun dah lari]

kalau malam ni berjaya,
mulai esok saya akan menjelma menjadi tauke kek coklat kukus!
hahahahahahaha
[sila benarkan saya bermimpi walaupun hari masih siang]


mak oiiii
takuttttttt

tapi, tak jadi pun tak ada risau,
kat petronas ada jual kek chocolate moist...
hehehehehhehe

saya baik, tapi jangan pijak kepala saya

'kakak' yang hari-hari datang rumah jaga budak 2 orang tu hanya menjaga budak 2 orang saja. tak payah buat apa-apa kerja rumah. saya masak bagi dia makan, kalau tak sempat i tapao bagi dia makan. disebabkan dia tolong saya cuci baju dan lipat baju maka saya bagi dia extra RM50. so total gaji dia RM500.

i rasa yang dia penat sikit tu jaga ilyas saja laaa...dia sendiri mengaku sawbebe tak payah dijaga. itu memang betul. hanya bagi dia makan, buat susu bagi dia dan bagi dia air kosong. kadang-kadang mandikan dia. cebok pun tak payah cebok sebab sawbebe dah lama cebok sendiri kalau buat air besar dan air kecil. itu pun minta susu 88 kali baru dapat.

start bulan ni, i suruh dia tak payah basuh baju lagi. i basuh sendiri. cuma kadang-kadang i tak sempat sidai, dia tolong sidaikan. maksudnya, dia tolong lipat baju saja. pastu sumbat masuk ke dalam almari. memang dia main sumbat. baju i masuk almari u, baju u masuk almari sawbebe. tapi i pun sebelah mata tutup, sebelah mata buka. i bersyukur dia mau juga tolong (bayar) lipat baju kita orang.

start bulan ni juga, i suruh dia mandikan ilyas kat sinki ajer. sebab perut dia pun dah semakin membesar. rasanya payah nak cangkung mandi ilyas kat besen.

makanan ilyas semuannya saya masak dan blend siap-siap, dia cuma perlu panaskan dan suap ilyas makan.

dia menyusu ilyas sambil henyut boucer chair...i tegur sampai mulut naik buih. jangan ita, jangan henyut baby time baby minum, kalau baby tak mau minum, biar saja...macam nak goyang dia masa dia minum air...

dia nak bergolek atas katil i dan sawsomi tidur, i pun biarkan. sebab i fikir. dia dah sarat. perut dia besar. biarlah dia bergolek dengan ilyas di atas katil. asalkan bukan bergolek dengan sawsomi dah. i tak tegur langsung kata jangan baling katil saya. dulu ada juga tolong saya tukar cadar. tapi 2 bulan kebalakangan ni, dahg buat bodoh walaupun dia ada bahagian bergolek-golek. fine, i tukar sendiri setiap minggu. tapi 2 hari yang lepas, i terpaksa tegur dia sebab dah melampau. malam-malam masuk tidur, tiba-tiba raba-raba ada seketul sisa biskut baby. ini bermakna dia bagi ilyas makan di atas katil. ilyas main-main biskut tu dan dia tak buang biskut tu.biar ajer kat katil.

u tak payah buat kerja rumah, so tolong jangan bikin kotor rumah i pula. dia makan rambutan, buang biji rambutan ke tong sampah. biji rambutan tak masuk tong sampah, dia pun biarkan biji rambutan tu kat rantai ajer. makan kurma pun sama, letak biji kurma kat atas lantai. i pula yang kena buang biji kurma sebab takut mengundang semut berparty. tu yang dia termakan kurma yang berulat. karma! karma! makanan ringan habis makan, plastik disumbat ke celak kotak kat hall. itu pun i sabar...dan sabar lagi...

Nak masak air, air yang sejuk kena tuang ke bekas lain. dia boleh malas sampai buka penutup bekas air. dia tuang air ke dalam bekas air melalui lubang kecil. habis basah meja. dia pun biar saja. tak pe. i lap meja.

kadang-kadang dia masak maggi ke, telur goreng ke, cekodok ke...biar dapur berminyak macam tu ajer...tak pe...i bersihkan dapur lepas balik kerja.

Basuh baju dia di rumah i...i pun biar saja.

sampai kain i lap tempat sulit lepas buang air kecil dan besar pun dia belasah pakai...memang dah melampau. geli tahap neraka tau bila terfikir balik. tak pe. i diam. i buang semua kain itu.

suami dia 1 hari call 888 kali. biar ilyas dok menangis. i sabar. tak pe...tak pe...

tapi hari ni i telah umpama gunung berapi meletup.

semalam, time nak pergi kerja, i bagitau dia, tengahari i tak balik makan. petang i balik, belum sempat nak masuk rumah, sawbebe menjerit bagitau 'tadi kakak punya abang datang rumah'
i dah pernah tegur dia jangan bawa jantan dia datang rumah i. tapi dia bawa juga. celaka tak? i masam muka seorang diri.

hari ni, 7.30am sms guna paskitani punya telefon sms dia tak boleh datang kerja, dia sakit kepala. mentang mentang jantan dia cuti, dia pun nak cuti.

dalam 1/2 jam, i terpaksa cari pengganti. sawsomi offer nak jaga. tapi dia balik 4 pagi. macam mana dengan kemengantukan dia tu? tengahari nak pergi sembahayang jumaat lagi. takkan nak gendong anak pi masjid kot? nasib baik sebelum ni dah ada deal dengan pengasuh baru ini. tak ada pilihan. terpaksa juga laaaa hantar juga anak-anak ke rumahnya.

fuuuuuuuuh...lega! semua yang terpendam selama ni dikeluarkan! apa lagi yang nak i buat. takkan u harap i bayar u 1k untuk jaga anak i 2 orang tu. kalau u speaking london atau amerika ke, mengajar mengaji ke, jadi driver sawbebe ke, berbaloi laaa juga i bayar dia mahal-mahal....ni setakat dok speaking indon ajer...cis....

kesimpulannya, hari ni atapun esok, i nak bereskan gaji dia dan suruh dia belah!

Thursday, December 15, 2011

saya berjaya...anda bagaimana?

kfc belanja makan...rezeki rezeki rezeki
Photobucket

Photobucket
RM5.60 + print RM0.90 untuk dapatkan 4 set double zinger burger combo

Photobucket
sawbebe : mummy, mulut sufei kecil...burger besar....tak boleh nak makan! [bayangkan laaa betapa besar burger itu]


burrrp...

Wednesday, December 14, 2011

Asam Udang [asam虾]

dah lama dah teringin nak makan 'asam hair',
tapi kemalasan berjaya menewaskan nafsu...

semalam tiba-tiba sangat sangat teringin nak makan sampai sanggup redah hujan cari udang di 2 buah kedai runcit basah...akhirnya saya yang basah kuyup

Photobucket
dengan sawbebe 2 orang sapu sampai licin.


Resepi Asam 虾 versi hui san:

虾,asam,黑酱油,糖,盐
放油,下虾,几秒后,放 asam,搅一搅,放黑酱油,糖(多一点),盐(少),再搅一搅,炒到干干,粘粘酱,上碟,完毕。

google translate(malay)
Udang, asam, hitam kicap, gula, garam
Letakkan minyak turun udang, beberapa saat, meletakkan asam, kacau, meletakkan kicap hitam, gula (sedikit banyak sikit)
, garam (kurang), kemudian kacau, Scoop kering, sos melekit, hidangan itu, selesai.

penghuni yang bukan calang-calang orang

Minggu lepas, ada india mabuk pecahkan cermin depan kereta yang parking elok-elok kat kotak parking!
saya dengan kepochinya mengejar pemabuk itu bersama-sama budak bangla pengunting rambut![motif?]

pagi ini, jantung berdebar-debar menyaksikan peristiwa pecah cermin dengan sangat kepochi sekali [siap ambil gambar lagi. motif?]

orang yang keretanya kena block dan pecahkan cermin kereta yang memblock keretanya -TIDAK BERSALAH?!
orang yang keretanya memblock kereta orang lain dan cermin keretanya pecah -BERSALAH?!


dan saya meninggalkan nota cinta yang berbunyi ~~BGP 158(wira) yang pecahkan kereta u~~~
hik hik hik

Tuesday, December 13, 2011

Gulai 'Durian' tempoyak

di mana kita jatuh,
di situlah kita kena bangkit balik!

tahun 2008,
saya ditewaskan oleh bapak mertua pasal 'tempoyak'
[siapa yang mengikut saya tau laaa alkisah tempoyak itu]

tahun 2011,
saya bangkit semula dengan gulai 'durian' tempoyak!
sehingga sawsomi pun tak percaya,
satu periuk gulai 'durian' tempoyak kat dapur tu lor por dia yang masak untuk dia makan!

gulai ' durian' tempoyak saya adalah MANIS dan PEDAS!
[masak dengan bantuan internet]
sawsomi dok emmm sedapnya sedapnya...
tapi tak tengok dia tambah nasi pun...
jadi buatlah kesimpulan sendiri!
[nasihat : nak masak-apa-apa pun, sila rasa dulu makanan itu]

walaupun saya berpura-pura suka akan gulai 'durian' tempoyak,
tapi tekak saya ini adalah tidak boleh terimanya!

kampung perak mali punya

AWAS!
hari ni adalah banyak entry!
balas dendam kemas kini blog untuk 4 hari yang lepas!
Siapa yang tak tahan baca,
please pi jauh-jauh!

bapa mertua is coming to town...

dengan seguni rambutan...gambar >> pinjam dengan pak google!

Photobucket
sebakul durian...durian bukan D24



dan sebalang tempoyak...picit hidung!