Tuesday, December 6, 2011

[5M]sudu edisi syiok sendiri

ingatkan time pregnant saja yang mengidam manja-manja, rupa-rupanya lepas bersalin mengidam tu lagi menjadi-jadi...

saya berangan-angan nak memiliki ini benda untuk ilyas sempena dengan lagi 2 hari nak masuk 6 bulan sebagai hadiah 1/2 tahun.
Photobucket

maka saya pun menyampaikan hasrat yang syiok sendiri kepada sawsomi[dengan harapan dia akan sponsor sedikit wang ringgit]...Mana tau, dah laaa tak sponsor, malah simbah saya dengan kata-katanya sampai habis basah kuyuh...

Tak mengapa,
tak dapat beli boon: Squirt baby food dispensing spoon,
kita beli yang ni...
Photobucket
Pigeon feeding bottle with spoon...lebih kurang sama juga fungsinya...


Photobucket
yang pentingnya murah...botol yang kecil ini baru RM12.90, pastu dapat diskaun lagi 10% [bottle yang besar RM16.00]...hohohoho...tak sabar-sabar nak suap dia makan dengan alat ini....hehehehehhe...Harap-harap dia mau makan laaa...kalau tak mesti kena perli dan ejek dengan sawsomi lagi!!!



### ilyas mogok makan! sekian terima kasih!

1 comment:

  1. kah kah kah. sabar jer la. mak dia selera besar dari anak, nak buat mcm mana kan.

    ReplyDelete