Sunday, December 18, 2011

avocado edisi syiok sendiri

Photobucket
anak orang lain ber-avocado,anak saya pun kena ber-avocado juga. sikap kiasu yang telah sebati dengan darah daging.

semalam pergi t3sco beli minuman coklat cap t3sco, saya bersungguh-sungguh mencari avocado di tempat juai sayur. nasib baik ada label, kalau tak mesti tak cam punya. 3 biji sebesar penumbuk saya RM9.90....

so, hari ni ilyas pun ber-avocado lor. sambutan tidak hangat seperti yang disangkakan. jangan kata ilyas 1st time ber-avocado, saya pun 1st time juga ber-avocado. sebab ada ilyas laaa, baru saya ada peluang merasai di usia 33 tahun ini.

Photobucket
takpe takpe ilyas, mak bapa awak tak beravocado pun berjaya membesar dengan BESARnya...ohya, nak show off 'bumbo seat' ilyas juga...'bumbo seat' yang hanya satu-satu di dunia ini...

emmmm...rasa avocado ni...emmmm...emmmm....lebih kurang macam isi kelapa muda kot. kalau diberi pilihan untuk makan isi kelapa muda dan avocado, saya pasti tidak teragak-agak pilih isi kelapa muda.


errrrr...ada 2 dan 1/2 biji avocado lagi dalam peti ais...tengah perah otak untuk habiskan sebelum sawsomi balik khamis ini...kalau tak mesti dia sumbat avocado ke dalam mulut saya sebab awal-awal lagi dia dah bagi nasihat 'kita' tak tau makan punya...hurmmmm mati laaaa saya...

No comments:

Post a Comment