Tuesday, December 13, 2011

Gulai 'Durian' tempoyak

di mana kita jatuh,
di situlah kita kena bangkit balik!

tahun 2008,
saya ditewaskan oleh bapak mertua pasal 'tempoyak'
[siapa yang mengikut saya tau laaa alkisah tempoyak itu]

tahun 2011,
saya bangkit semula dengan gulai 'durian' tempoyak!
sehingga sawsomi pun tak percaya,
satu periuk gulai 'durian' tempoyak kat dapur tu lor por dia yang masak untuk dia makan!

gulai ' durian' tempoyak saya adalah MANIS dan PEDAS!
[masak dengan bantuan internet]
sawsomi dok emmm sedapnya sedapnya...
tapi tak tengok dia tambah nasi pun...
jadi buatlah kesimpulan sendiri!
[nasihat : nak masak-apa-apa pun, sila rasa dulu makanan itu]

walaupun saya berpura-pura suka akan gulai 'durian' tempoyak,
tapi tekak saya ini adalah tidak boleh terimanya!

2 comments:

  1. salam,

    gulai tempoyak, ikan bilis dengan pucuk buah bacang dan petai - negeri sembilan! sangat sedap makan dengan nasi panas, kicap dan telur dadar.

    ReplyDelete
  2. at least you tried....maybe dia dah kenyang tapi memang sedap?

    Bagus....bangkit dari tewas!! jiayou!

    ReplyDelete