Friday, December 16, 2011

saya baik, tapi jangan pijak kepala saya

'kakak' yang hari-hari datang rumah jaga budak 2 orang tu hanya menjaga budak 2 orang saja. tak payah buat apa-apa kerja rumah. saya masak bagi dia makan, kalau tak sempat i tapao bagi dia makan. disebabkan dia tolong saya cuci baju dan lipat baju maka saya bagi dia extra RM50. so total gaji dia RM500.

i rasa yang dia penat sikit tu jaga ilyas saja laaa...dia sendiri mengaku sawbebe tak payah dijaga. itu memang betul. hanya bagi dia makan, buat susu bagi dia dan bagi dia air kosong. kadang-kadang mandikan dia. cebok pun tak payah cebok sebab sawbebe dah lama cebok sendiri kalau buat air besar dan air kecil. itu pun minta susu 88 kali baru dapat.

start bulan ni, i suruh dia tak payah basuh baju lagi. i basuh sendiri. cuma kadang-kadang i tak sempat sidai, dia tolong sidaikan. maksudnya, dia tolong lipat baju saja. pastu sumbat masuk ke dalam almari. memang dia main sumbat. baju i masuk almari u, baju u masuk almari sawbebe. tapi i pun sebelah mata tutup, sebelah mata buka. i bersyukur dia mau juga tolong (bayar) lipat baju kita orang.

start bulan ni juga, i suruh dia mandikan ilyas kat sinki ajer. sebab perut dia pun dah semakin membesar. rasanya payah nak cangkung mandi ilyas kat besen.

makanan ilyas semuannya saya masak dan blend siap-siap, dia cuma perlu panaskan dan suap ilyas makan.

dia menyusu ilyas sambil henyut boucer chair...i tegur sampai mulut naik buih. jangan ita, jangan henyut baby time baby minum, kalau baby tak mau minum, biar saja...macam nak goyang dia masa dia minum air...

dia nak bergolek atas katil i dan sawsomi tidur, i pun biarkan. sebab i fikir. dia dah sarat. perut dia besar. biarlah dia bergolek dengan ilyas di atas katil. asalkan bukan bergolek dengan sawsomi dah. i tak tegur langsung kata jangan baling katil saya. dulu ada juga tolong saya tukar cadar. tapi 2 bulan kebalakangan ni, dahg buat bodoh walaupun dia ada bahagian bergolek-golek. fine, i tukar sendiri setiap minggu. tapi 2 hari yang lepas, i terpaksa tegur dia sebab dah melampau. malam-malam masuk tidur, tiba-tiba raba-raba ada seketul sisa biskut baby. ini bermakna dia bagi ilyas makan di atas katil. ilyas main-main biskut tu dan dia tak buang biskut tu.biar ajer kat katil.

u tak payah buat kerja rumah, so tolong jangan bikin kotor rumah i pula. dia makan rambutan, buang biji rambutan ke tong sampah. biji rambutan tak masuk tong sampah, dia pun biarkan biji rambutan tu kat rantai ajer. makan kurma pun sama, letak biji kurma kat atas lantai. i pula yang kena buang biji kurma sebab takut mengundang semut berparty. tu yang dia termakan kurma yang berulat. karma! karma! makanan ringan habis makan, plastik disumbat ke celak kotak kat hall. itu pun i sabar...dan sabar lagi...

Nak masak air, air yang sejuk kena tuang ke bekas lain. dia boleh malas sampai buka penutup bekas air. dia tuang air ke dalam bekas air melalui lubang kecil. habis basah meja. dia pun biar saja. tak pe. i lap meja.

kadang-kadang dia masak maggi ke, telur goreng ke, cekodok ke...biar dapur berminyak macam tu ajer...tak pe...i bersihkan dapur lepas balik kerja.

Basuh baju dia di rumah i...i pun biar saja.

sampai kain i lap tempat sulit lepas buang air kecil dan besar pun dia belasah pakai...memang dah melampau. geli tahap neraka tau bila terfikir balik. tak pe. i diam. i buang semua kain itu.

suami dia 1 hari call 888 kali. biar ilyas dok menangis. i sabar. tak pe...tak pe...

tapi hari ni i telah umpama gunung berapi meletup.

semalam, time nak pergi kerja, i bagitau dia, tengahari i tak balik makan. petang i balik, belum sempat nak masuk rumah, sawbebe menjerit bagitau 'tadi kakak punya abang datang rumah'
i dah pernah tegur dia jangan bawa jantan dia datang rumah i. tapi dia bawa juga. celaka tak? i masam muka seorang diri.

hari ni, 7.30am sms guna paskitani punya telefon sms dia tak boleh datang kerja, dia sakit kepala. mentang mentang jantan dia cuti, dia pun nak cuti.

dalam 1/2 jam, i terpaksa cari pengganti. sawsomi offer nak jaga. tapi dia balik 4 pagi. macam mana dengan kemengantukan dia tu? tengahari nak pergi sembahayang jumaat lagi. takkan nak gendong anak pi masjid kot? nasib baik sebelum ni dah ada deal dengan pengasuh baru ini. tak ada pilihan. terpaksa juga laaaa hantar juga anak-anak ke rumahnya.

fuuuuuuuuh...lega! semua yang terpendam selama ni dikeluarkan! apa lagi yang nak i buat. takkan u harap i bayar u 1k untuk jaga anak i 2 orang tu. kalau u speaking london atau amerika ke, mengajar mengaji ke, jadi driver sawbebe ke, berbaloi laaa juga i bayar dia mahal-mahal....ni setakat dok speaking indon ajer...cis....

kesimpulannya, hari ni atapun esok, i nak bereskan gaji dia dan suruh dia belah!

1 comment:

  1. sabar oli...ni baru je helper...bayangkan if kita amik maid yg dah bayar mahal2 kat agent tu...seksa!!

    mesti ada hikmah di sebalik semua ni...

    ReplyDelete