Saturday, February 4, 2012

[7w3m] ilyas v.s deman campak

ilyas kena deman campak, orang putih cakap chicken pox dan orang cina panggil 出水痘 (chu shui dou).

pening tang pantang larang. orang melayu cakap macam tu. orang cina pula cakap lagu tu.

pantang orang cina:
1. tak boleh makan semua segala jenis tok nenek punya kacang, kacang hijau, kacang merah, kacang kuning, kacang soya.
2. tak boleh makan kicap, nanti parut jadi hitan. selain itu, kicap juga diperbuat dari kacang.
3. tak boleh makan ayam. ayam beracun.
4. tak boleh mandi.
5. tak boleh kena angin.
6. dll.....

pantang orang melayu:
1. sila tulis pantang larang deman campak di kotak komen!

namun terdapat persamaan juga iaitu jangan kena embun dan jangan kena hujan.

tapi so far so good laaaaa, ilyas tak banyak merengek macam time sawbebe(9 month) kena dulu. ilyas kelihatan steady, walaupun mulut dia ada beberapa biji punya cacar air. deman campak ilyas bertumpu kat kepala, muka, leher dan badan saja. punggung licin, bird-bird ada beberapa biji, kaki ada 2-3 biji saja. tapak kaki kanan ada 1 biji.

day 1(4/2/12 @ sabtu)
terperasan tang kepala dia ada 3-4 biji bintik merah halus-halus, then kat badan dia pun ada 3-4 biji bintik merah halus-halus. tak macam gigitan nyamuk lor.dah syak sebab anak pengasuh baru sembuh (18 jan) deman campak.

day 2 (5/2/12 @ ahad)
bintik-bintik merah semakin membesar. dan bintik-bintik merah halus semakin banyak kat kepala. bawa ke klinik. terjumpa doktor india pompuan. dia guna torch light untuk suluh bintik-bintik kat kepala dan muka ilyas. dia cakap bukan deman campak. saya macam nak campak dia keluar klinik ajer. saya bagitau dia, ilyas ada deman panas. baru 1 jam lepas makan ubat. dia check suhu ilyas. tak deman! of course laaa tak deman sebab dah makan ubat deman panas! dia cakap suhu budak tak sama dengan orang besar. apa maksud dia? saya tunjuk leher ilyas dan badan ilyas kat dia. dan bagitau dia ada budak kat rumah bbsitter yang baru sembuh kena deman campak. dia suluh lagi. then dia cakap aaaaah, deman campak! cisssssssssssssssss.... tak ada inject itu apa suntikan yang bagi campak keluar kurang. dia bagi ubat deman, ubat tahan gatai dan ubat sapu yang pink color itu saja.

day 3 (6/2/212 @ isnin)
biji-biji yang berair. deman panas.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


day 4(8/2/12 @ rabu)
ada bintik air yang yang kat kepala dan badan yang telah pecah. bahagian kaki tetap 3-4 biji. tak keluar banyak-banyak macam kat kepala, muka dan badan. how eh?

3 comments:

  1. ilyas masih mampu senyum ek ..
    lebih kurang jek pantang orang melayu dgn orang cina. tang kicap, ayam,

    ReplyDelete
  2. Ini bkn demam campak.ini pelentong (chicken pox).demam campak mcm ruam tu.jgn goreng2 di rumah sbb bunyi mknn yg digoreng mnyebbkan biji2 tu semakin gatal.kesian bb klu gatal.itu org tua2 yg kata.lg satu,cuba jaga ibu dia (1st biji yg keluar) sbb once ibu nye kering,yg lain akan kering juga (itupun org tua2 yg kata).

    ReplyDelete
  3. tak boleh makan kicap
    tak boleh kena hujan
    err pasal air kelapa, i lupa bagus minum atau tak boleh minum...

    hmmm itu jer kot yg i tahu...

    ReplyDelete