Wednesday, February 29, 2012

Pendaftaran Murid Tahun 1 untuk kawasan Selangor


dicopy dari website SJK(C) On Pong...


Permohonan ini adalah pada kanak-kanak yang lahir pada :
1. 02.01.2006 – 01.01.2007 ( Sesi Persekolahan 2013 )
2. 02.01.2007 – 01.01.2008 ( Sesi Persekolahan 2014 )


Ok. Ok. dah start dah! Saya dah start kalut dah! apa boleh buat, sifat kiasu dan kiasi sudah sebati dengan darah dan daging.

Serius lor! sangat blur tak tau nak buat apa! siap buat survey kat google tengok mak bapa lain buat macam mana...

Akhirnya faham sikit-sikit....

ikut apa yang saya faham....

contohnya:

saya (kami) bercadang nak hantar sawbebe ke sekolah di bawah ini, cawangan sekolah di atas. Harap-harap(sangat) boleh dapat.

校名: 美华城安邦华小二校
SJK ( C ) ON PONG 2
PANDAN MEWAH
68000, AMPANG
SELANGOR D.E.
电话:03-42910270
传真:03-42910271
EMAIL: sjkconpong2@gmail.com
学校编号:BBC4049
bbc4049@ppdhl.net
Daerah: Hulu Langat



Apa Yang Perlu Saya Lakukan :
1. Pergi ke http://apps.moe.gov.my/esppsel/



Baca dulu pengenalan sistem bla bla bla, tatacara dan panduan permohonan bla bla bla...


2. bila dah faham, klik PERMOHONAN ON-LINE. Maka page di bawah ini akan keluar.



3. Isi borang ini dari A-Z. kena isi maklumat anak dan ibu bapa. pilih sekolah dari daerah mana yang kami ingin nak hantar...

4. apabila dah selesai daftar, PIN akan diberi. PIN ini akan digunakan untuk login check status.

5. Kena print borang ini selepas register sebab borang online ini dikehendaki untuk pendaftaran di sekolah pula.


Pendaftaran on-line hanyalah langkah pertama. [tak boleh bayangkan mak bapak yang tak tau guna komputer, how mereka nak buat kan? dan tak faham kenapa hantar selangor saja yang buat macam ni? ] Lepas tu, kita kena ke sekolah yang kita telah pilih untuk anak-anak.


Berikut adalah perkara yang perlu dibawa semasa mendaftar di sekolah :
1. Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat – Asal & Salinan
2. Satu Salinan Bil Utiliti ( Bil Elektrik / Bil Air )
3. Satu Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa / Penjaga
4. Satu Salinan Sijil Nikah
5. Dua Sampul Surat Putih bersaiz 4” x 9”
6. Dua keping setem 60 sen
+7. Borang online

[nak bawa gambar kahwin tunjuk kat kakak kerani sekolah boleh?]


Tarikh : 01 Mac hingga 30 April 2012
Masa : 8.00 Pagi – 4.00 Petang
Tempat : Pejabat Sekolah

Bila dah register kat sekolah. balik rumah tunggu. hari-hari guna PIN yang mereka bagi check status mana mereka mau campak anak kita. wait n see lor.

Good luck to me n sawsomi!

boleh faham tak apa yang saya tulis? kalau tak faham, tolong pi jauh jauh...jangan tanya saya sebab saya pun masih tak faham.....

*****tiba-tiba sedih, sawbebe dah nak masuk sekolah rendah walaupun 2014 baru darjah 1. kenapa dia membesar dengan begitu laju....ni baru nak register darjah 1, tak boleh nak bayangkan time betul-betul masuk darjah 1, mesti mak dia yang menangis kat luar kelas.....

2 comments:

  1. sebaya lah anak kiter yer...ni pun tgh penin nk msk kan kat mana nnt

    ReplyDelete
  2. Thanks for ur info. Nx year nak register anak saya msk sjkc on pong 2 utk sesi 2015!

    ReplyDelete