Friday, February 24, 2012

Peralatan untuk sediakan solid food ilyas

Amaran keras : jangan menaruh jangkaan yang terlalu tinggi!


1. Periuk rice cooker
Photobucket
Rice cooker dah rosak, tapi sayang nak buang periuknya. maka dijadikan periuk. Biasanya saya gunakan untuk steam. setakat ini tak datangkan sebarang masalah.

2. Periuk
Photobucket
Periuk arwah mak mertua. inilah harta pusaka arwah untuk saya. menurut sawsomi, periuk ni agak 'mahal' pada zaman itu. saya masak bubur/ oat dengan periuk ini.
Kesulitan yang dihadapi : periuk ni agak bersize besar untuk masak bubur 2 sudu besar. masak bubur memerlukan 1 jam ++ untuk mendapat hasil yang menghaluskan walaupun 2 sudu. . Tu yang saya tengah mengumpul modal membeli pressure cooker. bayangkan 18 minit masak bubur. waaaaaaaah...tak boleh nak bayangkan lor.....[pengalaman daripada mak-mak di forum anggugu.]

3. blender
Photobucket
brand national yooooooo....u ada? harta pusaka arwah mak mertua juga. saya kutip yang orang tak mau. setiap kali saya blend, saya akan pasang niat nak beli hand blender. ini adalah kerana, jus-jus makanan meleleh keluar. saya kena buat kerja lebih untuk mengelap meja dan kawasan-kawasan sekelilingnya. tapi rasanya dana hand blender akan disalurkan ke pressure cooker memandangkan tak lama lagi gigi ilyas akan semakin menumbuh memenuhi mulut...jadi adalah lebih logik cari pasal dengan pressure cooker...sebablah dok pasang niat macam tu, dari zaman sawbebe sampailah zaman ilyas pun tak terbeli-beli lagi itu hand blender. silap-silap nanti blend cucu punya solid food pun dok pakai blender ini...hohohohoho

4. baby food storage container aka avent breast milk storage container
Photobucket
time saya beli avent punya manual pump zaman fotopages, ada ini storage container. tapi saya tak bubuh susu, saya bubuh makanan ilyas. mula-mula nafsu mengelora juga nak beli food storage container yang ada kat internet. tapi nasib baik abang iman cukup kuat untuk menentang adik nafsu.
komen saya : sangat ok. penutup dia sangat rapat, jus-jus makanan tak meleleh keluar. saya tengah nak menghasut sawsomi beli itu bekal yang makanan boleh tahan panas punya. so saya boleh isi bubur ilyas dalam tu. bbsitter tak payah nak panas-panaskan lagi makanan. senang sikit kerja bbsitter. dah ada survey...cosway punya COSWAY MAGIC SAVER COOKER. ada 2 liter dan 5 liter. tapi nak beli yang kecil punya saja. anggaran kos rm199 ataupun yang brand THERMOS. itu belum survey harga.

Pisau, chopping board, penapis tak payah nak buat review laaaaa kot kan...ohya, sila pastikan pisau anda tidak terlalu tajam. Ini adalah kerana bangun memasak di 5 pagi bukanlah sesuatu yang menge-fun-kan, sisa-sisa mengantuk belum lagi hilang, maka adalah sangat bahaya menggunakan pisau-pisau yang tajam, saya sendiri telah N kali memotong jari dan kuku sendiri. Sila ambil perhatian tau!!!

1 comment:

  1. I sangat kagum dengan u yang rajin sediakan sendiri makanan baby. I bab masak bubur dengan nak blender ni paling malas. Malas nak basuh peralatan heheh

    ReplyDelete