Wednesday, February 1, 2012

rumusan

mula-mula telinga macam masuk air. bila telinga dah ok, semua objek berpusing. buka mata, berpusing, tutup mata pun berpusing. pening sampai nyaris nak muntah keluar semua organ dalaman. sekarang ni tiba-tiba mau pitam kalau berdiri atau berjalan lama (read : 5 minit). apakah penyakit ini? adakah hari kiamat saya sudah tiba?


semalam tersalah parking. pagi ni kereta umpama terjatuh ke dalam tong sampah. atas bumbung penuh dengan sisa nasi, kulit telur, air kotak, tisu...entah mana satu manusia tak bertamadun punya kerja. opppssss bukan salah mereka, salah saya yang pergi tinggal kat kawasan mereka. maka kereta terpaksa mandi. dah bersih. harus terima kasih kat orang tak bertamadun itu sebab dah lama (read : 3 bulan) tak cuci.


dah 2 hari berturut-turut hantar ilyas ke rumah bbsitter, ilyas menangis! Dia saja nak kacau perasaan mak dia. dia nak cuba nasib mana tau mak dia akan terambil cuti untuk menjaganya. macam sawbebe setiap pagi pun akan cuba nasib dengan menyampaikan hasratnya 'TAK MAU KE SEKOLAH'...dia tau mak dia tak akan mengizinkan, tapi dia tetap akan cuba nasib. manatau kan tiba-tiba mak dia tercakap 'OKLAH, HARI NI TAK PAYAH KE SEKOLAH'...[hujan merah lor] hurmmmmmm....


pasal deman ilyas, running nose [opppsss terguna perkataan doctor akibat setiap minggu pun melawat doctor] dah tak running nose lagi. cuma batuk tu sekali sekala. doctor cakap mungkin dia allergic. semua deman dah nak beransur pulih. sebab dia dah dapat banyak 'pandai' dalam 1 bulan. tumbuh gigi [orang cakap akan deman panas, so memang deman panas pun], berdiri [orang cakap tak mau makan sebab nak ringankan badan untuk berdiri. berat dia dari 8.5kg turun ke 8kg. bila dah ringan, akhirnya dia berdiri. nampaknya teori orang sangat tepat! pandainya orang] , merangkak [orang tak cakap kaitkan dengan deman apa....]


ilyas dah start makan balik [hampir 3 minggu tak mau makan apa-apa selain susu]. tapi dia hanya mau makan apa yang bbsitter masak. so, senang kerja saya, pagi-pagi dah tak payah masak bubur. dia sangat memahami mak dia yang malas.

2 comments:

  1. entah entah akak mengandung lagi kot
    tu yang everything buat pun mcm tak kena
    heee
    just joking
    jgn marah taw

    :p

    ReplyDelete