Monday, March 5, 2012

bibik saya sudah beranak

Bibik saya yang bernama Nimah (read:Ita) sudah bersalin. kat hospital dia daftar guna nama Nimah. hebatkan? dia pinjam entah siapa punya passport/PATI. check up kat klinik kesihatan, dapat buku merah maka boleh bersalin kat hospital kerajaan. hebatkan! memang hebat! Menurut mereka, balik negara asal nanti, buat ic dan passport baru dengan nama baru (Nimah) itu. Sekali lagi. sungguh hebat-hebat!

Walaupun dia menipu, tapi dia tetap bibik kesayangan saya. Dia menjaga ilyas dan sawbebe kerana dia bosan duduk di rumah [apa? bosan dok rumah! hebatkan? rumusannya, pendatang adalah lebih kaya daripada kita. mereka tak perlu kerja, kita pula kerja macam lembu], dan bukannya wang ringgit! apabila dia tidak memandang wang ringgit, maka wujudlah ikatan kasih sayang. lepas dia dipecatkan, dia masih datang visit ilyas. kadang-kadang dia akan sms tanya khabar ilyas. dia baik dengan saya, saya pun baik dengan dia laaaa....

balik ke topik besar, semalam hari ahad 4 march 2012, 12.30am, dia telah selamat melahirkan bayi perempuan, 3 kg di PPUM. suaminya call saya malam-malam buta dan subur dapat sms dari Ita. Maka saya pun tak sabar-sabar terjah PPUM untuk bertemu dengan newborn baby.

Photobucket
baby pink yang bakal diberi nama Siti Adawiyah...

Photobucket
sawbebe tak habis-habis nak 'geram' dengan baby...
P.S: baju kaseh safiya

Photobucket
sawbebe menuju soalan : kenapa tak mau keluarkan baby girl, kenapa nak keluarkan ilyas? sufei nak baby girl....sufei macam geram sangat...huhuhuhuhuhu...bukan saja sawbebe geram, saya pun geram dengan kecomelan baby pink itu.

Photobucket
tiba-tiba ilyas diabaikan...

Photobucket
baby kelihatan sangat kecik apabila dengan sawsomi...tengok baby orang syiok laaaa....geram laaaaa....macam mau seorang juga...tapi bila diimbas balik masa ilyas 1 1/2 bulan membuli saya, hurmmmm terima kasih banyak-banyak.

1 comment:

  1. aduhaiiiii
    comelnya baby gurl tu..
    wah..sangat senang lorrrrrrr dia beranak kat hospital kerajaan just guna nama tipu2...

    ReplyDelete