Thursday, March 1, 2012

Yong Tow Foo ampang point tak HALAL?


~gambar kredit Google~


mimi bagi tau abang dia bagi tau kat dia Home Town Yong Tow Foo yang kat ampang point, depan hospital puteri ampang tu tak HALAL! dah masuk berita TV3.

Sh!T betul! memang taik betul pemilik restoran itu !
Rasa kecewa!
Rasa marah!

Try googleeeeee...

dapat artikel kat SINI


Pelanggan terkejut restoran yong tau foo diserbu

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Beberapa pelanggan Islam yang sedang menikmati hidangan yong tau foo di sebuah restoran yang menjadi tarikan ramai termasuk di kalangan golongan kenamaan (VIP) di Ampang dekat sini hari ini, terkejut apabila premis itu diserbu kerana disyaki menjual makanan mengandungi protein ****.

Restoran dimiliki oleh pengusaha bukan Islam yang menjadi tarikan penggemar yong tau foo itu diserbu pada pukul 11 pagi oleh sepasukan pegawai penguat kuasa dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).


Serbuan dilakukan setelah PPIM baru-baru ini, menerima aduan daripada orang ramai yang ragu-ragu dengan status halal makanan dihidangkan, manakala sampel makanan yang diambil dari restoran terbabit apabila dihantar untuk dianalisis di sebuah makmal swasta pada Ahad lalu mengesahkan ia positif mengandungi protein ****.


Hasil pemeriksaan hari ini mendapati pemilik restoran yang sudah 20 tahun beroperasi itu telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) apabila mempamerkan logo halal swasta yang tidak diktiraf kerana bukan dikeluarkan oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri.


Namun, analisis yang dilakukan semasa serbuan terhadap lima sampel makanan iaitu ibu sup, kuah sup, bebola ikan, sos dan yong tau foo goreng yang diambil dari restoran itu hari ini, tidak menemui unsur **** seperti hasil ujian sebelum ini.


Kelima-lima sampel makanan itu bagaimanapun akan diuji sekali lagi di makmal sebuah syarikat swasta, Taman Teknologi Malaysia (TTM) dan Jabatan Kimia bagi mengesahkan sama ada ia mengandungi bahan haram tersebut.


Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, pihaknya berasa kecewa dengan tindakan pengusaha restoran yang telah mengelirukan pelanggan Islam apabila meyakinkan mereka dengan mempamerkan sijil halal tidak diiktiraf dan mengambil pekerja berketurunan Melayu termasuk bertudung bekerja di premis mereka.


"Sebagai pengguna, saya kecewa dengan tindakan pemilik restoran yang tidak sensitif terhadap pelanggan Islam apabila cuba mengelirukan mereka dengan maklumat tidak benar," katanya.


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo pula berkata, pihak berkuasa perlu memantau dari semasa ke semasa logo halal membabitkan pengusaha bukan Islam.

kalau betul tak halal, saya nak sumpah pemilik restoran tu jadi katak!

2 comments:

  1. itulah ,kadang owner restoren tau nak untung, tp pikir halal haram..

    ReplyDelete
  2. salam,

    FRUST betul.
    tak kan nak drive balik melaka nak makan yong tau foo sup yang sedap lepas ni?
    *sob *sob *sob

    ReplyDelete