Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0 : Mari Bentang Tikar

BILA NAK BUAT BERSIH 4.0 PULA?

hehehehehehehehe

Saturday, April 28, 2012

happy 34


[picture credit to google]

要是真的插34只蜡烛,蛋糕肯定着火!
告别了自己的三十三,欢迎自己的三十四!

* 想吃pavlova


(3个月前就post了!真是够神精!)

Friday, April 27, 2012

BFF

Photobucket
19 tahun berkawan.

Thursday, April 26, 2012

纠缠

不要在一件别扭的事上纠缠太久。
纠缠久了,你会烦,会痛,会厌,会累,会神伤,会心碎。
实际上,到最后,你不是跟事过不去,而是跟自己过不去。
无论多别扭,你都要学会抽身而退。

Wednesday, April 25, 2012

bubur campur BETIK?
bubur campur KAYA?

hey!
hey!

itik pun tak nak makan tau!!!

aduh!!!!

Tuesday, April 24, 2012

budak comel takut guruh

kat luar gedegang gedegum...
kat dalam ilyas dah jelma jadi koala bear!

Photobucket
[picture taken by sawbebe]
so kawaii!!



SOLID FOOD

mula-mula,
saya berdoa agak ilyas tak kena jangkitan sebab semalam saya kunyah-kunyah tomato pastu suap kat dia. mulut saya kan makan macam-macam dan ada banyak bakteria. doakanlah anak saya selamat!

Arghhhhhhhhhhhhhhh...tarik rambut tarik rambut
(lama-lama boleh jadi gila kalau lama dalam kumpulan itu!)


penat ikut peti ais orang,
takkan nak masak bagi anak makan pun kena ikut orang kot!
(tiba-tiba insaf 5 saat)
dah anak tekak sambal belacan,
tiba-tiba nak paksa dia makan cheese yogurt,
patutlah budak tu asyik dok blueeeeeeekkkkkkk...
(terinsaf 10 saat)


hari ni masak ikut peti ais saya sendiri.
ada apa, masak apa, makan apa.



Photobucket

bawang putih+bawang merah+ ayam+kobis purple+pumpkin
tengok pun sudah tau SEDAP!
ilyas makan tau!!!
ini adalah arahan!!!



akhirnya saya pun terkena jangkitan KEK PISANG!
sengaja sorok pisang di tempat yang tak nampak,
supaya ada alasan untuk gunakan buat kek sebab kulit pisang dah hitam!!
keji keji keji

tak jumpa post makcik rehan yang ada resepi pisang yang nieza bagi, maka hantam sendiri bahan-bahannya.

3 biji pisang
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
3-4 sudu olive gold
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate

lenyekkan pisang dan tepung gandum. masukkan semua bahan dan blend. kukus sehingga masak. kalau tak masak, kukus lagi! pasti api gas ditutup sebelum tidur! ZzzzzzzzZZZzzzzzzzz

Resultnya :
tak ada keberanian nak tunjuk gambar! faham faham sendiri apa dah terjadi kat kek pisang itu laaa....
ikut resepi pun tak jadi...ini lagi hantam sendiri punya resepi mestilah lagi tak jadi!


tak apa! nanti cuba lagi!
sasaran seterusnya kek carrot!
hohohohoho
hati belum mati!!!

Monday, April 23, 2012

isnin yang hitam

Photobucket








i'm watching you! (ada terkejut?)


Ketumbit Mata
Terintai secara tak sengaja sawsomi bogel di dalam bilik air, (tu pun nampak bahagian belakang saja) 2 hari kemudian terus naik ketumbit di mata. tak boleh bayangkan kalau nampak satu badan sawsomi, mau tumbuh 200 ketumbit mata...macam tak masuk akal saja. takkan tengok suami sendiri bogel pun boleh naik ketumbit mata? hurmmmm.....


Security yang Perasan
Pagi ni bertekak dengan pak guard bangla di sekolah sawbebe. dia naikkan palang sangat rendah, so saya pun stop laaaa...ingatkan dia nak soal siasat saya...sekali saya buka tingkap, dia tengking kat saya ' Go Go Laaa'...memang dasar puk!emak dia! apa lagi bermaki hamun dengan dia...sangat tak best gaduh dalam bahasa inggeris...bayangkan maki hamun dalam bahasa melayu, mesti dia teruk dikerjakan saya...tengahari ni nak ambil sawbebe lagi...memang tunggu nak cari pasal lagi!!! tak sabar-sabarnya!



mengaji
Photobucket






















sawbebe dah mengaji start khamis(19-04-2012) yang lepas dengan kakak indonesia. tapi sawsomi nak sesi suai kenal dengan abang dan kakak pengajar al-quran indonesia terlebih dulu. maka pembelajaran mengaji terpaksa di-hold sehingga dimaklumkan.


BF
susu badan macam tak penuh saja, takut ilyas tak kenyang, terpaksa bancuh FM untuk ilyas. dan dia menghabiskan FM itu...hurmmmmm

Sunday, April 22, 2012

makan malam with mak

mak saya sudah balik. jadi ini back-dated entry laaaa... mak saya sampai ahad pagi. pagi tu sampai petang, anak laki dia bawa mak pergi makan bak kut teh kat klang, makan tengahari kat sunway... sebelah malam dia hantar mak kepada saya, so turn saya take over pula. tunggu sawsomi balik kerja dalam 9 malam, kami baru pergi makan... mula-mula nak makan kat tempat lain, tapi dia last minit tukar tempat lain pula, pastu asyik dok tanya saya ok tak? bila saya cakap tak Ok, dia tetap bawa kami ke tempat yang telah dia pilih... so tanya buat apa... saya muncung mulut sampai boleh sangkut 99 batang hanger... hurmmmm... Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket nasib baik sedap, kalau tak mesti bergusti punya!! burps bukan nak puji mak sendiri laaa, ilyas dah tidur... tiba-tiba dia terjaga, so sawsomi jaga sementara nak saya habiskan makanan saya. mana tau mak saya makan laju-laju, then take over tepuk ilyas kat stroller sambil sambung makan kerang bakar. awal tahun ni kot, bawa angelina sarah pi bagan lalang makan seafood. nak tau siapa angelina sarah? makcik kesayangan sawsomi...dan dia mengaku sayang sawsomi. Time amkan tolak sayur kepada saya, dia ambil ikan ke depan dia, malah dia langsung tak bantu kami jaga ilyas. dari awal sampai akhir, dia dok makan saja dan kami laki bini yang bergilir-gilir jaga anak...apa salahnya tolong ataupun rasa simpati dengan kami? kami pun bukan harap orang tolong jaga anak bagi kami makan, tapi apa salahnya offer! offer nak jaga...yang pastinya kami pun akan cakap TAK PAYAH LAAA...jangan risau, kami tak akan ganggu u makan.... hurmmmmmm...dah lama dah terpendam dalam hati tak mau memburukkan orang...tapi dah tak tahan dah...arrggggghhhhhhh....Sila ambil perhatian. saya seorang yang PENDENDAM! lepas makan malam yang sederhana besar ni, mak saya terpaksa masak 2 hari-hari berturut-turut untuk saya... mesti mak saya menyesal makan malam yang sederhana besar itu!!! hehehehehehe

Saturday, April 21, 2012

[10m1w] Bubur Purple, ada berani makan?

pagi ni bangun lewat.
tapi sempat juga siapkan bubur warna purple dan lempeng warna kuning untuk ilyas. (motif?)

sawbebe? 
lempeng dia tak pandang,
donut makcik bawah flat itu favourite dia! setiap hari sabtu kena beli dan makan seorang tak nak share dengan orang lain.
saya suruh dia kasi aunty bbsitter makan. dia jawab aunty tak mau makan. saya suruh bagi nuriz makan, dia cakap nuriz tau beli sendiri kat bawah...hurmmmmm....
maka terpaksa ugut dia, makan laaa seorang diri...nanti nuriz ada makanan sedap-sedap, dia pun tak nak bagi awak makan. awak telan air liur tengok nuriz makan. hurmmmmm
ok! ok! laaaa...saya share dengan nuriz laaaa....(nada terpaksa sebab nak makan orang lain)



Photobucket colourful kan?
walaupun warna yang agak tak boleh diterima, tapi i tell u, sedap. ala-ala bubur mcd...hehehehehe....sedap kat tekak i laaaaa...belum tentu sedap kat tekak ilyas....
1st time beli kobis warna purple. tumis bawang merah sampai hangit dan masukkan ayam. pastu nak makan baru masukkan ayam ke dalam bubur. 
 yang kuning tu lempeng pumpkin. stim pumpkin sampai lembut, masukkan ke dalam adunan tepung. sarapan pagi saya pagi ni ialah lempeng labu. 



Photobucket bubur pucat! 
bubur + ayam + pumpkin



Photobucket bihun putus hancur. pantang tok nenek saya ialah bihun putus-putus dan hancur macam ni. saya tak akan makan bihun macam ni. that y saya tak akan beli bihun goreng kat gerai nasi lemak ataupun order bihun goreng kalau keluar makan. tengok pun benci. kenapa saya emosi sangat? kalau nak makan, saya akan goreng sendiri bihun yang panjang-panjang yang makan sampai nak tercekik. saya puas hati.

tapi apa boleh buat, ilyas mana boleh makan bihun panjang-panjang...mau tercekik budak tu. so mau tak mau kena cincang kasi putus dan hancur.

dah lupa saya masak macam mana. yang saya ingat, saya rendam bihun semalaman. 






Friday, April 20, 2012

[10m1w] Ilyas Tooth Chart

Gigi yang ke-4 sudah keluar!!!

Thursday, April 19, 2012

Blogger New Look

Tukar secara paksaan. memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan new layout blogspot ini.
masuk ke blog sawsawlady ini dengan keyword CIUM PUNGGUNG dan FAZURA TENGKU BAKAR.

jadilah pelajar yang H.A.P.P.Y

tadi pergi ambil sawbebe kat sekolah...
cikgu dia kejar saya sampai ke kereta...
selalunya saya tunggu di kereta, sawbebe sendiri jalan keluar.
hari ni cikgu berjalan di depan sawbebe, lagi laju daripada sawbebe, macam cikgu yang nak balik bukannya sawbebe...
'habislah kali ni, entah apa sawbebe bikin di sekolah lagi?' bisik dalam hati.


cikgu : sofea mummy, kebelakangan ni kan, sofea asyik mengantuk dalam kelas. dia tidur sangat lewat ke?
saya : tak ada laaa...pukul 8malam sudah tidur.
cikgu : ooo...saya tak tau laaa...tapi dia memang sering mengantuk dalam kelas. dan dia matematik tak tau. dah buat pembetulan pun masih salah lagi.

dalam hati saya dok fikir, disebabkan matematik laa sawbebe nyaris-nyaris lari dari rumah. saya pun insaf pasal insiden tempoh hari. sekarang u masih mau datang bagi kita orang tekanan. u mau keluarga kami retak ke?

cikgu tu bla bla bla pasal matematik sawbebe tak tau buat. then sofea pun sering tak hantar homework. saya pun tak tau dia hantar tak hantar. pembetulan pun dia tak buat.

saya : ooooo....

cikgu : harap u beri perhatian kat dia ya.

saya macam nak tanya cikgu, sawbebe paling lemah ke dalam kelas? budak lain semuannya pandai matematik ke? takkan bagi 10 soalan, kena betul semua 10 soalan. takkan salah 2 pun tak boleh. hurmmmm...budak lain semuannya pandai tulis ke? hurmmmm...tapi saya tak tanya laaaaa...sebab saya takut kalau cikgu jawab YA...mau saya pengsan kat situ sebab tak boleh terima hakikat anak saya tak pandai....

saya : ok. thank you ya!

masuk ke dalam kereta, saya macam mau picit-picit sawbebe saja. tapi pun bukan salah dia maaa...dia baru budak 5 tahun. sepatutnya sedang gembira bermain. setiap hari ada 3 homework ke atas. almost setiap hari ada ejaan, spelling dan bahasa cina punya spelling. baru pagi ni complaint kat sawsomi, homework sawbebe terlalu banyak. haiz...



Photobucket kat sekolah kena tekanan dengan cikgu, kat rumah kena tekanan dengan mak...macam mana nak fun!

BUKAN RED VELVET CAKE

Suara hati saya : tak berani mengaku bakar kek red velvet sebab ia bukannnya red velvet cake tapi menyerupai red velvet cake saja. saya pun tak tau tang mana silap sebab pernah makan sekali saja, itu pun bukannya kek Red Velvet, saya makan red velvet cupcake dan saya sudah ingat tak ingat ia punya rasa...maka di sini saya membuat andaian silap tang CREAM CHEESE FROSTING sebab sawsomi entah beli apa cream cheese yang banyak tulisan arab...maka CREAM CHEESE FROSTING BUKAN RED VELVET CAKE jadi CAIR macam AIR...butter pun tak sebati dan masih berketul ketul...hurmmmm....mungkin saya pukul terlalu lama kot...hurrmmmmm....serius tak puas hati bila tak jadi...sebab kelihatan resepinya macam sangat senang saja nak buat...hahahahaha...lihat betapa ego dan bongkak...kalau begitu senang, kenapa orang perlu attend class red velvet...huhuhuhuhuhuhuhu...tu yang kena pergi class. ada rahsia. resepi hanya untuk orang cerdik. orang yang bodoh macam saya ni kena pi class. ok! ok! sila sepak bagi saya sedar!!! ada sesetengah duit itu memang tak boleh jimat punya...


geram betul bila tengok CREAM CHEESE FROSTING orang lain. bila tengok balik yang sendiri buat punya, macam nak bunuh diri.


Rujukan di masa akan datang :
website ini rujukan akan datang bagaimana nak mix and match CREAM CHEESE FROSTING

250g cream cheese (dikeluarkan dari peti ais dan tunggu sehingga agak lembut)
250g mascarpone (sama macam cream cheese, keluar dari peti ais dulu)
130g icing sugar (diayak)
350ml whipping cream

- cream the mascarpone & cream cheese sehingga sebati, then masuk icing sugar. nak letak sedikit esen vanilla pun okay tapi kalau setakat nak guna vanillin atau vanilla murah lebih baik tak payah.
- bila dah sebati masukkan whipping cream (mesti WHIPPING cream iaitu jenis yang boleh diputar menjadi whip cream) sedikit demi sedikit
- bila dah masuk semua whipping cream, putar laju sedikit sehingga frosting pekat dan boleh di pipe kan. jangan over-whip.
** cream cheese frosting ni tak cair dan mascarpone tidak menjadikannya cair sebab ada whipping cream yang akan memekatkannya semula.



reaksi tikus putih pertama: sawbebe
waaaahhh...kelihatan sangat excited dan tak sabar nak makan-makan dan tak habis habis dok tanya kenapa mummy begitu hebat. saya pun potong 1 slide paling kecil bagi dia...sambil makan sambil puji makan...tapi dia makan 2 sudu saja...bila tanya kenapa tak habiskan. simpan bagi mummy makan. maka saya tau Bukan Kek Red Velvet ini gagal.

reaksi tikus putih kedua: mimi
disebabkan dia kawan baik dan kawan sepejabat, dia terpaksa jaga hati saya. huhuhuhuhuhuhuhuhuhu

reaksi tikus putih yang tak rela jadi tikus putih : sawsomi
tengok pun tau tak sedap!
[cis!tak jaga hati bini dia langsung. tak bagi sokongan moral langsung. saya belum salahkan dia beli entah apa-apa cream cheese, dia nak kutuk kek saya buat malam-malam buta pula. amboi amboi..malam ni tidur luar]


ada seekor lagi tikus putih iaitu bbsitter ilyas dan sawbebe. macam nak pi ambil balik kek itu. buat malu saja bagi kat orang makan. hurmmmm....

komen diri sendiri : semakin makan semakin mengelikan!


apa-apa pun, saya jadikan peristiwa semalam sebagai pengalaman pahit ke-2 dalam hidup saya ini. Pengalaman pahit yang pertama ialah KEK BATIK...oh tidak! saya tidak ingin ungkit...biarlah masa membuat saya melupakan bahawa saya pernah membuat kek batik yang tak jadi itu....

Photobucket
masukkan ke dalam peti ais dengan harapan cream cheese frosting itu akan membeku...


Photobucket


Photobucket
lagi sekeping untuk syiok sendiri!



sumber : sila rujuk buku resepi salin tangan

Wednesday, April 18, 2012

3 hari yang berlalu dengan begitu cepat

semalam 12 tengah malam,
hantar mak naik bas kat pudu raya ke butterworth. ke rumah adik pula. petang ni baru dia balik alor star.

Photobucket



Photobucket
jenuh dok telan air mata supaya tak mengalir keluar. dia boleh mengekalkan muka dengan senyuman ni dari awal naik bas sampai bas jalan (15 minit)...dia tak pernah jalan jauh, buta huruf dan tak fasih cakap BM, tapi dia nak datang juga KL tengok cucunya. inilah kali pertama dia naik bas seorang diri. risau macam nak mati takut dia tak tau nak turun bas nanti. takut nanti bas berhenti bagi penumpang kencing, dia salah naik bas (dia cakap dia tak berani turun, dia tahan kencing...haihhhhh


Pagi ni,
semuannya balik ke keadaan biasa.
Tak ada orang teman saya bercakap pagi-pagi buta time saya buat bekalan ilyas.
tak ada orang tolong saya bangunkan sawbebe, mandikan sawbebe, pakai baju sawbebe, sikat rambut sawbebe, pakai stoking untuk sawbebe...
pagi-pagi sawsomi sudah mengeluh...no more mama masak apa hari ni? malam ni tak ada sedap-sedap nak makan lagi!

Photobucket
padan muka kena pakai stoking sendiri.

Photobucket
ilyas masih lena akibat semalam pukul 1 lebih baru tidur...


Photobucket

Photobucket
makan with sawsomi and my brother...

Photobucket
sawbebe makan untuk kali ke-2 dan 2 kali tambah nasi.

Photobucket
nenek request nak jaga cucu. so, semalam mak saya yang jaga 2 orang askar ini.

Tuesday, April 17, 2012

membuli mak

Tujuan utama mak saya datang KL ni ialah masak untuk saya. saya masih tak dapat nak terima kenyataan dia beli sengkuang dari alor star macam KL ni tak ada jual seng kuang. hebatkan?!
sebenarnya dia nak bawa ayam dari kampung, tapi saya telah batalkan niatnya yang suci itu. hebatkan?!


Photobucket
asam pedas rebus

Photobucket
udang asam jawa

Photobucket
bak kian aka loh bak

Photobucket
mang kuang char


Photobucket
semua duduk bersila makan kat lantai...meriah macam tahun baru cina...


Photobucket
jangan ingat saya seorang saja yang membuli mak tau, sawbebe pun mengambil kesempatan membuli ah ma...tapi pelik kenapa dia senyum walaupun dibuli?

Monday, April 16, 2012

malang itu tidak berbau

lebih tepat adalah malang berbau hangit...ini kisah malam jumaat dan subur sabtu. bangun-bangun terbau ada benda hangit. dalam hati dok mengumpat lagi, siapa yang masak sampai hangit. sekali pergi dapur, dapur ada api, atas api ada periuk. dalam keadaan sedikit cahaya, boleh nampak periuk silver ini telah menjadi hitam. dalam keadaan blur, dok fikir, masak apa ni? sawsomi masak apa ni? eh? ini bukan ke nasi yang saya masak atas dapur gas semalam? eh? sawsomi tak tutup api ke? eh? eh? eh?

Photobucket
saya masak nasi, nak buat nasi goreng untuk ilyas. saya suruh sawsomi jaga api(saya pergi tidur). dia jaga sampai periuk nyaris-nyaris berlubang! saya masak nasi itu dalam 12am, 6am baru tutup api. apa-apa pun syukur alhamdulillah kami 4 orang dan penghuni yang lain masih bernafas di muka bumi ini.

*** dah hampir 1 tahun saya masak nasi dengan gas selepas rice cooker saya rosak. ex bibik saya yang ajar saya kawal api.

disebabkan nasi sudah hangit, maka ilyas terpaksa makan makanan lain.

LEMPENG OAT
Photobucket
tepung naik sendiri, telur 1 biji, oat, susu full cream

my mama in the house

(sila baca dengan nada buntut kembang)

sepatutnya dia datang 8hb, tapi disebabkan tauke dia tak bagi cuti, maka dia plan datang 15hb. tapi mana tau dia 被人放飞机 , nyaris-nyaris tak dapat datang KL. nasib baik my brother n my sister bergegas balik ke alor star dari seberang prai untuk bawa dia pi naik bas ekspress kat shahab perdana tepat pada 12 malam.(jutaan thx to them)


sabtu 1/2 day habis kerja bergegas balik rumah transform jadi house keeper, minta bbsitter tolong jaga 2 orang askar. ...hahaha...ada tetamu nak datang rumah baru kemas rumah...hebat! hebat!


Photobucket



Photobucket

baru tukar cadar saja, pinggang sakit sampai tak boleh nak bengkok dan lurus. haihhhhhhh



Photobucket
ah ma dan sawbebe tengah mandikan ilyas...lebih tepat ialah main air dengan ilyas...




Photobucket
tengah main dengan cucu

Saturday, April 14, 2012

you jump, i jump, remember?


sempena hari ni 100 tahun titanic tenggelam, semalam saya, ilyas dan sawbebe pergi menonton Titanic 3D kat TGV 1 shamelin. masa titanic ditayangkan di cinema pada tahun 1997, saya tak pergi tengok pun. maklumlah budak kampung, mana tau masuk cinema. jadi sekarang dah advance sikit dan kebetulan ada Titanic 3D maka tak mau melepaskan peluang keemasan ini. kalau tak silap sampai 18 april saja kot. sila check dengan cinema berdekatan area anda...

mimi: ada menangis tak?
saya : mak tak menangis, tapi anak menangis.
mimi: ilyas buat hal eh?

bukan saya yang menangis dan bukan ilyas yang menangis tapi sawbebe yang menangis, bukan menangis tersedu-sedu dan curi-curi lap dengan tisu, tapi menangis macam time saya pukul dia kat rumah itu. sungguh dahsyat itu tangisan. orang yang tak tau mesti ingat dia dah boring teman mak dia tengok wayang, then dia buat hal dan saya cubit paha dia. dia menangis time Jack Dawson kena gali kat batang paip dan air start masuk. lagi kuat menangis bila Rose bawa kapak nak pi selamatkan Jack Dawson dan air sudah sangat tinggi. kami nyaris-nyaris dihalau keluar...

ilyas pula...semalam tak berak dalam cinema tapi kentut 3 das yang amat kuat dan boleh kedengaran orang lain dan orang lain mesti ingat saya yang kentut. 1 1/2 jam dalam kegelapan, akhirnya dia terlena. barulah mak dia dapat jatuh cinta dengan Leonardo DiCaprio...so handsome...bila keluar cinema nampak sawsomi, dunia begitu kejam sekali....hurmmmmmm


mimi, rugi hang tak ikut semalam...memang rugi...rugi besar...besar itu rugi...hahahahahahahahahahahahahaha

Friday, April 13, 2012

[10m] water fun

Aktiviti hujung minggu 2D1N di rumah yiyi...mak saya ingat saya gaduh dengan sawsomi dan lari dari rumah...hehehehehehe
Photobucket

Tiba-tiba rasa macam perlu tambah keperluan main air untuk ilyas...contohnya baju berenang walaupun hanya berendam dalam air saja dan pelampung sebab dia bergelut nak melepaskan diri dari dipegang...



Photobucket
http://mylittlemomo.blogspot.com/2011_06_01_archive.html



Photobucket
http://www.mylittledino.com/product/boys-sailor-swimsuit/




http://babyshopmy.blogspot.com/2011/02/pre-order-swimwear-wholesale-only.html

http://sariscouture.blogspot.com/2011/04/swimwear.html


Neck float/armbands
Photobucket
selamat tak benda ni?
sangat popular di china dan taiwan.

Thursday, April 12, 2012

11 april 2012 holiday hari pertabalan agong

sarapan lempeng ala-ala pancake
Photobucket
lempeng nyaris-nyaris hangus

Photobucket
1/3 makan 2/3 lagi kat lantai...

Photobucket
kanak-kanak sedang bermain.


Photobucket
taufu telur masak taucu...tak sedap!


Photobucket
ayam goreng kicap...habis minyak jadi hitam...nak buang sayang...so simpan untuk goreng ayam kicap lagi.



Photobucket
walaupun hitam itu ayam, tapi sawbebe makan sampai jilat jari... ohya...kami sudah berdamai...bah kata mimi : forgive but not forget. 2 hari ni dia sangat baik, dengar kata dan saya langsung tak ada peluang nak naik hantu.



Photobucket
ilyas punya lunch...


Photobucket
aksi comei intai saya melalui lubang tupperware.


Photobucket
aksi main tendang kaki bawah meja...


Photobucket
aksi comei bila sudah kenyang dengan 3 suapan...


Photobucket
sawbebe bangun dari tidur petang makan roti


Photobucket
ilyas pun buat gaya makan roti.


Photobucket
dinner kat mcd...


Photobucket
makanan big no no...

Photobucket
ini pun makanan big no no


Nota kaki : tabik spring kat stay at home mum!!!!