Wednesday, May 16, 2012

[4y11m] Nama dan Cita-cita

tunggu lift dengan 2 orang perempuan malay yang likungan 60-an dan 30-an. perempuan 30-an sedang mendukung baby girl.

perempuan 60-an tu A(kita panggil dia nenek saja laaaa) mulakan perbualan dengan tanya ilyas berapa bulan...


nenek : awak nama apa?
sawbebe : Sofea Princess Barbie.
nenek : apa?

(saya jenuh dok tahan gelak)

sawbebe : S.O.F.E.A P.R.I.N.C.E.S.S B.A.R.B.I.E
nenek : binti apa?
sawbebe : binti Mohamed Faizal
nenek : nenek nak panggil awak apa? Princess?
sawbebe Sofea Princess.
nenek : Princess berapa tahun?
sawbebe : 5 tahun
nenek : sekolah kat mana?
sawbebe : Twinkle Star Bandar Ampang Baru (yang betul ialah Bandar Baru Ampang)

nenek : bla bla bla (tanya yuran sekolah dan etc)
saya : bla bla bla (jawab yuran berapa dan etc)


nenek : Princess besar nanti nak jadi apa?

(berdebar-debar saya tunggu apa jawapan dia?)

sawbebe : Macam ayah kita POLIS.

(terduduk)

nenek : Ayah kerja polis eh!
saya : Tak adalah...(cepat-cepat membuat penafian ayah aka sawdaddy dia bukan POLIS pun)


Photobucket
saya ialah Sofea Princess Barbie.
Bila besar nanti saya nak jadi POLIS.
saya nak tangkap orang jahat.

1 comment:

  1. keh keh keh
    sofea princess
    panjang tul nama....
    tp sebab comel macam barbie....auntie nak panggil sofea princess lah

    aiyakkk.....mcm mana daddy awak leh tukar kerja jadi polis nei

    ReplyDelete