Thursday, May 3, 2012

[4y11m]12 p.m

12 p.m ; 12 tengahari
dah ter-set dalam otak : SAWBEBE BALIK SEKOLAH. KENA PERGI AMBIK DIA!
1 tahun 4 bulan (kecuali 2 bulan cuti bersalin, cuti sekolah dan kadang-kadang sawsomi pi ambik dia) dah biasa dengan rutin ini.
matahari terik, mendung, hujan (kalau ada salji) hari-hari akan pergi ambik dia balik sekolah!!!

mulai hari ni,
dah tak payah ambik dia tengahari.
dia akan naik van sekolah dari sekolah ke day care!

risau macam nak mati!
takut dia tertinggal van! takut main tolak-tolak dalam van! takut terkepit dengan pintu van! takut uncle tak drive van dengan jimat cermat! takut aunty van tu orang yang cuai! takut takut takut(tapi diri yang menggunakan masa lunch buat hal peribadi dan terpaksa tapao makan di office menggunakan time office tak rasa takut pula)

tiba-tiba hati jadi sangat sedih! nak menangis sangat-sangat sebab tak ambik dia balik sekolah!

gila kepala otak! habis kerja pi ambik dia puas-puas kat daycare...orang keji memang banyak emosi gila!

sertakan sekeping gambar 1st day sawbebe kat daycare!
  Photobucket
2nd day pesan saya bawa botol susu dan susu. ketagih botol susu kot!! 1st day tak bawa botol susu sebab takut dia kena ejek dengan kawan lain sebab masih berbotol susu dan takut dia tak mau minum susu lagi...sekali aunty daycare habaq, hampir 99% semuanya masih berbotol susu. (terlebih khuatir...kan dah cakap orang keji memang banyak emosi gila).... so boleh bagi sawbebe berbotol susu dengan aman damai.

No comments:

Post a Comment