Thursday, May 3, 2012

Air Tangan Bini

selalu dok keluar post air tangan mak ilyas saja. kali ni dan di masa akan datang akan kerap muncul post air tangan bini mohamed faizal bin mohamed akib pula. tak boleh abaikan suami, kang dia mintak pompuan lain masak untuk dia, saya juga yang dapat malu besar punya! tak mustahil kan! dunia ni sangat melucukan! apa-apa pun boleh terjadi!!!!

bangun malam-malam buta, (boleh teka malam-malam buta tu pukul berapa? 2 pagi! 2 pagi ok!) untuk masak nasi untuk buat nasi goreng dan potong segala bahan yang kena potong!
pukul 3 tidur balik. pukul 6 bangun balik. kerja gila kan!! lebih baik sekarang gila daripada nanti gila sebab suami dirampas orang!! rupa-rupanya tau takut juga...ingatkan asyik nak cari pasal saja dengan suami! hurmmmmm


nasi goreng tomyam
Photobucket
1 paket perencah tomyam, serai,carrot,kacang panjang, kobis dan ayam
Ingatkan sawsomi kerja morning shift, so bekal untuk dia lunch kat tempat kerja. mana tau dia tukar shift malam. so nasi goreng dah jadi lunch dia.


Lempeng Timur Bertemu Barat
Photobucket
sarapan pagi untuk ilyas, sawbebe dan saya.
pisang, strawberry pesan mimi beli kat cameron highlands yang nyaris berkulat, telur, tepung.


The First Meet (nama kena hebat, barulah boleh mengegar orang)
Photobucket
1st time dalam hidup saya(34 tahun) masak mee kuning.
lunch time tadi balik goreng mee kuning untuk sawsomi untuk dibawa ke tempat kerja. kan tadi dah habaq tak tau dia dah tukar shift ke malam. nasi goreng dah selamat dalam perut. so kena masak lain. malam sawbebe pun boleh makan. Saya? sorry...tak makan mee kuning punya orang!!!

No comments:

Post a Comment