Wednesday, May 2, 2012

sawsawlady membebel...

Happy Belated Labour Day kepada diri sendiri!
Jadi kuli orang, 1 tahun dapat laaaa juga 1 hari cuti sebagai penghargaan. kalau jadi isteri sepenuh masa, agak-agak bila dapat cuti dan penghargaan?
tak pi mana-mana pun, berMC di rumah sambil jaga ilyas dan sawsomi yang juga terkena virus selsema dan batuk. cuaca panas nak mampus, kami ber-3 pula dapat selsema versi 'panas'. tak faham? pi tanya tabib cina apa tu selsema panas. tiba-tiba semalam hujan lebat, selsema panas kami terus berubah jadi selsema sejuk pula...aduhhhhhhhhh!!!

sawbebe pula?
Photobucket
hari isnin time beratur balik sekolah, kawan dia kat belakang tolak dia, dia hilang keseimbangan dan dahi terlanggar dengan bucu pintu...dahi benjol dan pipi pun ada sedikit terluka...hurmmmm....Mulai hari ni, sawbebe akan stay kat daycare disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. harap lepas ni, semuanya akan jadi baik-baik. tak ada naik hantu dengan sawbebe lagi!!!

lagi 16 hari, sawbebe nak sambut birthday yang ke-5...oh!! excitednya!! dia yang excited!! saya rasa biasa-biasa saja sambil kira duit syiling dalam tabung tengok cukup tak  nak celebrate kat restoran so good? apa-apa pun, saya nak pau sawsomi belanja makan sempena birthday sawbebe!


Alang-alang ada banyak ruang kosong kat bawah lagi, kemaskini masakan penuh jiwa dan raga serta pengorbanan masa tidur saya hanya kerana ilyas dan untuk review di masa tua-tua apabila nak cari pasal dengan bini ilyas nanti! hurmmmmmm

Photobucket
oat+mango+yogurt
ilyas tak makan, mak dia sapu licin!


Photobucket
susu + honey star
of course bukan ilyas punya.



Photobucket
oat + telur + yogurt + strawberry Steam.


Photobucket
finger food ilyas!
terlebih tepung, keras nak mampus!!


Photobucket


























bihun bayam hancur berkecai



Photobucket
kek pisang bakar yang tak setanding kek pisang makcik rehan
berani compare dengan makcik rehan. tak sedar diri betul!


Photobucket
kek pisang steam tak berapa nak jadi!


makanan-makanan heaven ini siapa lagi berani makan selain ilyas!
sekian terima kasih!!!

No comments:

Post a Comment