Saturday, May 12, 2012

try to adopt

kisah benar. 5 a.m. seperti biasa, saya sudah berkungfu di dapur. tiba-tiba kedengaran ada bunyi meow meow meow dari arah pintu depan. saya buka pintu, tiba-tiba seekor kucing lari masuk. reaksi yang semulajadi. JERIT. pintu depan ada grill dan bawah grill tu tertutup punya, kalau kucing tu boleh masuk, maka dia kena lompat tinggi.

sawsomi bagitau, kucing tu ikut dia balik time dia balik kerja. dan dia letak kucing tu di ruang antara grill dan pintu yang teramat sempit. nasib baik tak ada orang ambil gambar, kalau tak jadi kes penderaan haiwan pula.


kucing yang tak ada segan malu langsung. dia tak teragak-agak masuk ek dalam almari saya. saya jerit sawsomi keluarkan kucing itu. ohya. saya takut pegang kucing. tapi saya berani sepak kucing.

kemudian, dia tak rasa malu pun naik bergolek-golek atas katil saya. dia pijak ilyas saya dan bau pampers sawbebe yang ada bau kencing.

sawbebe bangun nampak kucing begitu happy, siap bagi kucing tu nama 'sufei' (nama dia)...kemudian saya suggest suruh bubuh nama lain. then dia bubuh nama 'mimi' (nama mak angkat dia). ilyas bangun tidur tak sempat nak menangis terus kejar-kejar kucing dan cubit kepala kucing sampai kucing tu terpaksa sembunyikan dirinya. dia tau kalau dia berani cubit balik ilyas, nahas dia.

niat ingin meng-angkat ini dibatalkan dengan serta merta apabila 7:40am kucing itu tanpa rasa bersalah memberak di tilam sawbebe!

sekian terima kasih.


sekarang mari tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil buat kenang-kenangan dan juga pengajaran jangan gedik gedik nak bela haiwan.

Photobucket
sumpah sangat comel


Photobucket
sumpah sangat benci bila kena bersihkan pembuangan najis dia.

Photobucket
bangun tidur sikat bulu kucing
sempat eja perkataan BULU tapi eja jadi B.U.K.U

Photobucket
request nak bawa 'mimi' ke sekolah dan daycare. nak show off laaa tu...

Photobucket
ilyas tengok sampai tonggeng menonggeng....


Photobucket
nampak tak si kucing tu tanpa ada rasa malu naik atas katil orang...cis...




1 comment:

  1. Dua-dua pun suka cat ye...aunty geli.Hahahaha x boleh geng la

    ReplyDelete