makan sederhana besar sebab ada sup sayur masin [sedap macam nak mati]...ada butter prawn..kegemaran saya...[yang celakaknya masak nasi tak cukup, tak boleh makan 2 pinggan nasi...cisssssss]
bersyukur dengan apa yang ada; bersabar dengan apa yang tiada!
.....utsadzharidrus yang cakap. sangat bersesuaian pada saat ini untuk pujuk hati berhadapan dengan meeting taraf gempa bumi 9 pagi nanti! takut pun sudah tak guna lagi sebab keputusan telah dibuat oleh pihak atasan. pihak bawahan terima saja lor. good luck rakan seperjuangan saya!
disebabkan tak puas hati dengan ke-cincai-an PART 1, maka terhasil laaa PART 2 ini secara tidak terancang!
** hari sabtu, bawa sawbebe pergi kelas ballet yang terakhir! dia membuat drama ballet yang terbaik, dengan air mata dia, dengan ketegaq dia...nyaris-nyaris kena hantam dengan saya kat situ...sabar! sabar! sebab kat tempat public!!! sangat menguji kesabaran!!
** tak jadi kelas ballet! maka saya pun bawa 2 orang askar kecil makan angin di pandan indah dan terlalu lembah maju dan tersinggah kedai pemborong kek tanpa motif.
** hari ahad, entah macam mana boleh terbakar rainbow cake pun tak pasti! tiba-tiba dah tersiap cake itu! hahahahahahahaha
colorful
penat melayan sawbebe...
ilyas - birthday boy
dah siap!
sangat teruja ok! post kat Facebook! 3G dengan my mak! hahahahahahahaha
celebrate 1 year old birthday untuk kali yang ke-2!
唱了生日歌,并代吹蜡烛,代吃蛋糕!
ami cakap SEDAP!!!
** sila ambil perhatian! Ada PART 3 lagi yoooo....hahahahahahaha
Resepi Rainbow Cake
Step 1: Panaskan oven
Step 2: Ayak~~ - 3 cawan tepung gandum - 4 sudu kecil baking powder - ½ sudu kecil garam
Step 3: Pukul sehingga kembang dan putih~~ - 1 buku butter - 1 ½ cawan gula kastor (saya terguna gula icing) - 5 biji putih telur dan pukul hingga gebu - 2 sudu kecil eseb vanilla pukul sebati - Masukkan bahan diayak selang seli dengan 1 ½ cawan susu segar
Step 4: - Bahagikan kepada 6 bahagian - Masukkan warna merah, kuning, oren, biru, hijau, ungu dan kacau sebati *kena kurangkan sedikit warna purple sebab terlalu gelap!
Step 5 : Bakar pada suhu 170c, bakar agak-agak dalam 10 minit ataupun sehingga masak. ulang sehingga habis.
Step 6 : Buat topping ~~ Pukul sehingga kembang ½ cheese cream 50g butter ½ cawan gula icing 1 sudu esen vanila * *topping tak cukup tebal, so next time kena doublekan!
akhirnya....tiba hari ilyas menyambut birthday yang pertama...
celebrity of the day!
[dah lepas tarikh harijadi dia pun]
Plan A : makan anak beranak saja! [itu pun nyaris-nyaris tak jadi sebab sawsomi maybe kena pergi kerja kat Rawang. nasib baik hasil muncung mulut dan hentak kaki berjaya membuat sawsomi offday...kalau tak, entah berapa hari nak perang dingin pula]
tiba-tiba tukar plan...
Plan B : Nak sambut birthday ilyas kat KFC dengan SIL(U-G). kemudian menonton madagascar!
tup! tup! 1/2 plan saja yang jadi! yang lain terbengkalai!
tengah berbuka puasa sambil menunggu ketibaan SIL (U-G)
makan telur merah atau lebih tepat main-main telur merah
selesai menonton madagascar dengan rambut palsu colourful ini.
habis wayang, SIL tak tunggu terus balik...sawsomi pun dah lupa pasal kek ilyas...nak balik macam tu saja! mana aci! of course saya tak izinkan!!! paksa juga nyanyi lagu lambang birthday ramai-ramai untuk ilyas seorang!
sawbebe tolong tiup lilin dan potong kek!
ilyas? blur blur tak tau entah apa yang kami lakukan!! orang dah habis nyanyi, tepuk tangan...barulah dia tepuk tangan untuk diri dia sendiri!
Rumusan : sambutan yang terlalu cincai! saya tak puas hati! sangat tak puas hati! walaupun bukan birthday saya, tapi saya yang melahirkan dia, tak aci laaa begitu cincai saja sambut birthday dia kan!kan! kan!
so...tunggu part 2...hahahahahaha...syiok sendiri again!!!
orang dah setahun, dah besar.... so membuat aksi berani....pegang rice cooker!
akibatnya....let the picture talk!
masalahnya, mak dia lemah jantung! bila dapat panggilan bbsitter, nyaris-nyaris pengsan kat office, bergenang air mata time mintak kebenaran boss nak keluar tengok keadaan ilyas, perjalanan ke rumah bbsitter macam 500km! apa-apa pun, tetap syukur alhamdulilah, sebab dia tak tarik rice cooker tu, kalau tak, mesti tak boleh bayangkan... bukannya tangan yang melecur, silap-silap dengan muka, badan dan kaki dia pun melecur![nauzu billahi min zalik]
**** tapi tapi tak tau laaa secara kebetulan ke apa, hari lahir ilyas, saya rasa tak sedap hati sangat [tak bagitau orang laaaa], dok risau dia mungkin akan benjol atau lebam, tapi hari tu tak jadi apa-apa, so saya anggap six sense saya tak tetap lor... tup tup...mana tau, the next day terus berlaku kemalangan... so saya membuat andaian sendiri SIX SENSE saya boleh diterima pakai juga laaaa...
kek buat sendiri ok! sebab kedekut nak beli semata-mata bagi ilyas smash!!
1st time buat kek, tapi tak makan!
buat untuk dismash ilyas!
kagum dengan diri sendiri!
ini saja gambar-gambar yang ada selepas tolak gambar blur, rasanya tak sampai 3 minit dia smash, dia sudah start menangis dan ingin melarikan diri! kecewa betul saya!!!