Monday, June 4, 2012

red velvet cake challenge

lupakan peristiwa yang tak berapa gembirakan itu,
mari share kegembiraan!

YeaY!!!
saya telah berjaya!!
Berjaya bikin RED VELVET CAKE!
Terima kasih kepada my sifu ida rahayu dan zaila.
YeaY!


Photobucket
rupanya yang agak ke-hodoh-an...


Photobucket
kesedapan 9/10( sendiri kasi , sendiri syiok)
mestilah syiok, 1 cupcake size medium RM6...RM6 ok...makan kongsi 3 orang ok!!!


Photobucket
dah start angan angan nak buka kedai jual kek!! hahahahaha
* saja tak bubuh merah sangat sebab makan sendiri, takut terberak taik warna merah...lain laaa kalau nak jual, kasi merah ang ang, baru laaa cantik sekali...



Bahan-bahan:

sumber : intan berlian


(saya bahagi semua kuantiti kepada 2. so ini catatan saya untuk masa akan datang...u all kalau nak buat dinasihatkan ikut resepi asal...ikut resepi saya tak ada jaminan untuk berjaya tau!!!)


1 cup tepung yang dah diayak (maksudnya ayak dulu baru timbang ok)
1 cubit garam
1 sudu besar serbuk koko
50g butter
1 cup icing
1/4 cup gula perang
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cup ( 120ml) buttermilk
1 sudu teh pewarna merah
1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
1 sudu teh baking soda bikarbonat


* kalau takde buttermilk jangan menangis, ambil susu kotak pada suhu bilik sebanyak 120ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice(saya tambah cuka).. biarkan selama 5-10 minit.

Cream Cheese Frosting

1/2 bungkus cream cheese Tatura
50g butter
1/2 cup icing
1/2 sudu teh lemon jus
1 sudu teh esen vanila



Step 1:
Ayak--
Tepung
Serbuk koko
Baking powder
Garam


Step 2:
Buat buttermilk sendiri. Selepas 10 minit, masukkan pewarna.

Step 3:
Pukul kembang-kembang--
Butter
Icing
Gula perang
Esen vanilla
Sudah mix n match dengan cantik sekali, masukkan…
Telur
Tepung dan buttermilk (sela seling)

Step 4 :
Campurkan cuka dengan soda bikarbonat. berbuih lalu cepat-cepat tuang ke dalam adunan.

Step 5 :
Bakar sehingga masak. agak-agak 40 minit. 175 darjah celcius.


Step 6 :
Prepare cream cheese frosting


Step 7 :
kek masak. sejuk. dan hias.


Step 8:
Cuci perkakas. Alangkah bagus boleh skip step ni!!!!


2 comments:

  1. wow, looks really nice!!
    Will try it when I have the time!
    thanks for sharing :)

    ReplyDelete