Friday, July 20, 2012

4D3N KOTA KINABALU BUDGET TRIP # 10

DAY 3 : ISLAND HOPPING - Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Manutik

Pulau Sapi (9am-1pm)

bekalan kami! khabarnya makanan di pulau 'sangat' mahal, maka kami pun bungkus di jetty!

Jesselton Point

otw ke Pulau Sapi

pantai Pulau Sapi

kaki saya. ami aziz sedang sapu sunblock!~

jangan pijak anak biawak yang sedang berkeliaran!

jangan cuba tunjuk keheroan, nanti dimakan biawak!

pulau sapi yang cantik!

bayang-bayang dan saya yang sedang tunggu boatman ke pulau manukan pula

boatman sedang snorkeling






Pulau Manukan (1.15pm-3pm)
pulau manukan
luka time snorkeling


Pulau Manutik (3.15pm-5pm)
pantai manutik

tunggu boatman nak balik ke jesselton point sambil sembang besar dengan pasangan suami isteri dari new zealand yang tinggal di australia sambil menjeling-jeling kat perempuan korea yang pakai bikini 2 piece yang dok pose sakan bergambar!

ikan bilis?

kami yang sudah gelap gelita

kami kami di pulau manutik


do's and don'ts - bawa sunblock botol besar, pakai rash guard sebab kulit terbakar sangat perit, pakai shoe water atau flipper kalau ada sebab kawasan ini penuh dengan batu karang dan landak laut, pergi awal sebab air surut selepas jam 2 dan tak masuk akal untuk menyelam, periksa goggle supaya tak bocor, air di tandas di Pulau Mamutik rasanya masin (!), bawa bekal sebab makanan di sini agak mahal, jangan hilangkan tiket, ketibaan bot sangat tepat dan jangan lengahkan masa, dasar laut Pulau Manukan paling cantik antara ketiga ini, Pulau Sapi kurang sesak tetapi pasirnya bersemut (!), Pulau Manukan cantik tetapi sangat sesak dengan pelancong, Pulau Mamutik cantik tetapi pekerja restorannya sombong nak mati, jangan terkejut bila nampak biawak di Pulau Sapi dan jangan buat terkejut bila nampak, patut bawa buku kalau melawat ketiga pulau sebab selepas jam 3, jangan harap dapat mandi atau menyelam dan lebih baik baca buku, beli kamera kalis air dan tangkap gunakan tangan dan bukannya kaki dan sebaiknya beli di jeti sebab murah sebab pemandangan sangat awesome, kalau nak tangkap video dasar laut, hubungi mike (jurukamera kanun canon), kalau rasa nak mandi sambil cuci anu bersih bersih, tolong mandi di tandas tertutup dan bukannya tandas terbuka sebab bimbang anak dara suci (iaitu ami aziz) ternampak nanti dan mata mampu buta (!), duduk di bahagian belakang bot dan jauhkan dari bahagian tepi kalau bimbang basah dipukul ombak, tolong peramah dan jauhkan diri bersikap sombong kerana terlebih peramahlah kami dapat bersama penyelam terlebih profesional secara percuma (!), pulau pilihan pertama patut dijadikan pulau utama sebab masa lebih banyak dihabiskan di sana kelak (!), jangan menyelam sambil membawa payung sebab akan dijadikan bahan gelak ketawa oleh penduduk tempatan berzaman zaman kelak, kalau terkena obor obor, sapu dengan pasir sehingga kulit kemerahan untuk hilangkan bisa dan jangan panik sebab boleh mati nanti, lagenda tentang korban lemas lelaki di Pulau Manukan sudah tamat rasanya, berhati hati dengan landak laut yang sangat sangat sangat banyak di sana, jangan picit picit rumah ikan nemo seperti yang saya lakukan(ami aziz)  dan tolong jaga habitat lautan yang berharga ini, elakkan memberi makanan kepada ikan sebab ia akan ganggu ekosistem dan jangan pergi ke pulau pulau ini kalau takut hitam (seperti ami aziz) sebab kulit memang akan hitam dibakar dan bagi yang memang hitam macam ami aziz, legamlah jawabnya.

No comments:

Post a Comment