Friday, July 20, 2012

4D3N KOTA KINABALU BUDGET TRIP # 11

Day 3 : Snorkeling 


kami berpakaian lengkap snorkeling duduk di bawah pokok melihat manusia-manusia bersnorkeling dengan baju sejuk dan payung!!

merakam kaki sendiri dengan kamera kalis air yang kami beli di jesselton point akibat kamera kami berdua tiba-tiba hilang berfungsi serentak!!
kaki kami lagi memandang kami tidak berani untuk snorkeling di laut!
kalau anda perhati betul-betul, ini adalah anak-anak ikan bilis yang sedang berenang di air cetek. sangat cetek sehingga pasir jelas kelihatan!
cubaan untuk menangkap ikan bilis di laut cetek yang dalamnya hanya sampai buku lali! ohya! ini bermakna kami berdua snorkeling di laut sedalam buku lali saja.hebat bukan? datang jauh-jauh snorkeling di kaki lima pantai!!!
berjaya merakam ikan bilis dengan jayanya!
apa kedua manusia ini buat di sini? mana ada orang menyelam di sini. mereka hilang akal ke apa?
jelingan maut dari ikan laut! kenapa ikan ada mimik muka yang begitu memeluatkan!


rupa sebenar kami dengan goggle dan life jacket di kaki lima pantai!patutlah ikan pun meluat!

cepat lari. jauhkan diri dari kedua manusia dungu ini. sewa peralatan mahal mahal, tapi selam di kaki lima pantai saja?


gambar saya di kaki lima yang dirakam oleh ami aziz
satu-satunya gambar ami aziz snorkeling yang dirakam oleh saya! tak jadi pula!
okay, kalau gambar lawa lawa, sudah pasti mike yang mengambilnya dan cubalah bayangkan perasaan saya dibiarkan terapung di tengah lautan ketika mike sedang sibuk mengambil gambar!

gambar berseni yang hanya kami saja yang faham dan jangan berikan pandangan menjengkelkan itu, okay?!

suasana berada di sini sangat berlainan berbanding hanya duduk kaku di depan PC dan saksikan gambar ini. serious

rumah clown fish dan saya panggil nemo!

gambar saya dirakam mike di tengah laut yang dalam!!! dan sumpah time tu saya adalah sangat takut!

rumah clown fish

clown fish di pulau manukan

nampak seperti dapat dicapai oleh tangan tetapi tidak, ia sangat dalam!
gambar saya diambil oleh mike. saya adalah takut sampai tak berani bergerak seperti mayat terapung di air!

ulasan daripada ami aziz :
terus terang, kami snorkel betul betul tak jauh dari gigi pantai atau boleh dikatakan hanyalah kawasan kaki lima pantai. ada sekali, saya snorkle dengan lekanya dan tidak sampai sesaat, sedar sedar saya sudah terbaring di atas pasir bila ditolak ombak. malunya, tidak terucap T_T itu bukan snorkel namanya, tapi terapung di kaki lima pantai dengan peralatan pelbagai macam orang bodoh. malah, ada kanak kanak berusia dalam dua tahun snorkel lebih jauh dari kami tapi adakah kami malu? ya. dan adakah kami cuba untuk pergi lebih jauh? tidak. terapunglah kami di kaki lima pantai seperti manusia dungu berminit minit lamanya. sehinggalah kami ditegur oleh seorang lelaki. kak, pergilah snorkel jauh sikit. sini bukannya ada apa apa. akak snorkel macam budak umur 12 tahun je. terkesima kami dibuatnya. apa? dia panggil kami kak? kalau kami snorkel macam budak umur 12 tahun, kenapa tak panggil kami adik?! terasa badan sejuk macam mayat. lantas, mulut kami yang celupar menjawab, tak apa, kami tak mahu mati cepat, snorkel kat sini pun sudah cukup. tapi kak, kat sana cantik, ada ikan nemo. ikan nemo? wow!

No comments:

Post a Comment