Monday, July 16, 2012

4D3N KOTA KINABALU BUDGET TRIP #7

DAY 2 (2 July 2012) -- KINABALU PARK (copy paste)

 dengan tebalkan muka menegur encik polis pagi pagi tak berapa nak buta, kami berjaya ke terminal bas ini yang terlepak di depan Padang Merdeka. tambang untuk ke Ranau/Kundasang atau tempat yang kami mahu pergi iaitu Kinabalu Park hanya RM20 seorang tetapi untuk ke sana, kami perlu pastikan van untuk muatan enam orang penuh dulu sebelum perjalanan dimulakan. kalau tak penuh penuh, maka kami takkan pergi pergi. perjalanan ambil masa lebih kurang dua jam saja.

selepas hampir sejam menunggu, perjalanan dimulakan. yay


bryan dan mak bryan membuat saya rindu kat ilyas macam nak mati!



sangat sangat sangat mengantuk tetapi tak lapar lapar. gula gula mentos memang pembekal tenaga kami sepanjang di Kota Kinabalu!

panas enjin untuk mulakan kembara menangkap foto Gunung Kinabalu!


lain yang ditangkap, lain yang dapat. gagal, cuba lagi


masih gagal. patut cuba lagi

Gunung Kinabalu sembunyi malu malu di sebalik awan

masih gagal tapi kami tak putus asa sebab putus asa amalan syaitan. eh?
awan nano nano

dua ketul sudah nampak. macam buah dada tak seimbang

kami putus asa dan mula ambil gambar diri sendiri dan untuk pengetahuan diri sendiri, pada waktu inilah Gunung Kinabalu menunjukkan diri dengan megah dan kami terlepas momen untuk abadikannya di dalam bentuk gambar. damn

gagal lagi dan tiba tiba kami umumkan permusuhan dengan tali kabel elektrik!

ini adalah pokok. gagal, huh

ini pula belukar. masih gagal, huh

kenapa banyak sangat kabel?

ya, itulah dia. Gunung Kinabalu

nampak?

kabel aneh

patut buat penggambaran muzik video di sini, huh

gunung bernafaskan awan

tali kabel maha besar yang pernah saya saksikan

seriously, berapa tali kabel yang mereka perlukan?

eh? tiba tiba sudah sampai. bayaran untuk kami berdua hanya RM1. maklumlam, di bawah usia 17 tahun. ihiks

di mana mana mana saja ada tangga. benci (pengguna tegar eskalator)

dalam semak ada ularbunga

kaki yang hitam itu memang bukan saya(ami) punya

cubaan menangkap gambar penuh seni. menjadi apa (tak patut percaya kata-kata makcik sabah tu...cis)

okay, ini cubaan kami mahu menangkap gambar berdua menggunakan timer sebab dalam hutan belantara ini langsung tiada kelibat manusia melainkan kami. percubaan pertama gagal.

percubaan kedua juga gagal

percubaan ketiga nampaknya masih gagal. ahFoon (saya) jalan tak cukup pantas

percubaan terakhir dan lagi mahu tanya adakah ia berjaya atau gagal?

tangga, sekali lagi. rasa mahu bunuh diri (time ni macam nak menangis sebab ingat sesat dalam hutan...eh? hutan?)

saat saat yang awesome (daun pokok yang sangat cantik)

bunga warna kuning (seorang seperti saya,ami)

bunga kuning (bertiga seperti mereka)

nikmati ais krim di Kinabalu Park :) (lunch kami)

saat terpinga pinga bermula sebab sebaik saja keluar dari Kinabalu Park, kami seperti ditinggalkan di kawasan gurun kontang! tiada satu kenderaan pun yang kelihatan dan kami cuba untuk tidak panik dan lepak suka suka hati atas tangga. tapi memandangkan kami peramah, kami berjaya tumpang seorang rakyat tempatan untuk ke Ranau dan terus ke Poring Hot Spring dengan kadar teksi yang murah! woo~ (Serius, saya dah tak ingat sini kat mana?)


dos and don'ts - sewa teksi ke Kinabalu Park untuk satu trip perjalanan pergi dan pulang dan walaupun mahal, ia berbaloi. bergerak sendirian ke Kinabalu Park adalah idea yang sangat sangat sangat buruk. percayalah.