Monday, July 16, 2012

4D3N KOTA KINABALU BUDGET TRIP #8

Rafflesia - biggest flower in the world 

 (maka tulisan pun kena besar-besar!)

Notis : Copy Paste

bunga pakma berkembang selama 5 hari saja dalam masa 9-15 bulan dan kami sangat bernasib baik sebab datang pada hari kedua selepas bunga ini berkembang dan bunga ini merupakan bunga terbesar pernah ada di tanah makcik ini! kelebaran 88cm! :D RM20 yang berbaloi! tapi pertama kali saya nampak papan tanda ini, tanpa berfikir panjang, saya ingat ini bunga yang akan ditunjukkan pada kami. rasa macam nak tumbuk diri sendiri je. sudah tentulah bukan! dan kenapa pemikiran saya begitu cetek, dan kenapa mesti lukisan ini sangat buruk?

anak bunga yang kecil di tepi yang mungkin akan berkembang dalam masa setahun lagi

ada tiga ekor lalat mati di dalam bunga dan ya, saya(ami)  memang tekun mengiranya

saya dan bunga pakma yang berkembang tetapi masih tak dipetik petik! *kata hati pada diri sendiri

akarnya yang besar terjulur keluar

baru saya tahu betapa tebalnya iman ini kerana mampu menahan diri dari memegang kelopaknya atau mungkin bimbang makcik itu akan pukul saya kalau saya berani memegangnya T_T

serba sedikit maklumat tentang bunga pakma bagi pelawat pelawat yang dungu macam saya

sama sama
manusia yang membawa kami ke sana dan kami berjumpa mereka secara kebetulan. nasib baik mereka tak dirogol oleh kami(errr?). terima kasih kepada Encil Paul dan budak gunung, Goboy!
bunga pakma tidak boleh ditanam kerana ia sejenis tumbuhan parasit dan keluarga ini bertuah sebab bunga pakma berkembang di tanah mereka! oh, gemuknya saya :/

marilyn monroe from Kualalala Lumpur :D



do's and dont's - bawa kamera, tebalkan muka untuk bertanya, ambil peluang untuk curi curi pegang kelopak kalau makcik itu tak perasan, pastikan makcik tak kunyah tembakau semasa tolong anda mengambil gambar atau gambar akan terlindung oleh jarinya atau tak faham langsung apa yang sedang dia katakan, jalan agak berliku untuk ke sini dan bawa kereta kalau malas nak jalan walaupun ia terletak tak jauh dari jalan besar yang juga berhadapan dengan Poring Hot Spring, dan doa banyak banyak semoga anda bertuah dapat melihatnya berkembang dan digigit anjing makcik!