Monday, July 16, 2012

4D3N KOTA KINABALU BUDGET TRIP # 9

Canopy Walk & Poring Hot Spring 
 (Express Copy Paste)

ami : pintu masuk mahu ke Canopy Walk. hampir mengamuk di depan kaunter sebab penjaga tiket menghilangkan diri dan sebaik saja dia muncul, tak jadi mengamuk sebab tak berani. tapi, saya sempat jeling marah pada dia tetapi dibalas dengan senyuman miang oleh dia dan mungkin selepas ini saya harus perbaiki kemahiran jelingan saya supaya kelihatan lebih membencikan dan bukan memiangkan.


tempat tempat menarik yang ada di Poring Hot Spring Ranau. kalau ada banyak tenaga, patut pergi tetapi ia kurang mesra kanak kanak sebab perjalanan agak mencabar

memberanikan diri untuk meniti di titian kanopi. tak sedar diri, huh

masih mampu bernafas dengan hidung dan otak masih berada dalam kedalam baik

laluan makin sukar dan anak tangga tinggi tinggi belaka, tidak rata dan waktu ini, hujan renyai renyai ala ala filem bollywood. pada ketinggian ini, kami hanya dengar bunyi bunyi hutan

ami : mula bernafas menggunakan hidung, mulut dan lubang telinga. sangat kepenatan dan otak mula meracau, mulut mula membebel entah apa apa. waktu ini juga saya mula memaksa ahFoon untuk ingatkan diri saya sekiranya saya memasang impian untuk pergi ke Canopy Walk kelak, tolong, tolonglah bunuh saya dulu sebelum saya melakukannya sebab saya PHOBIA PADA KETINGGIAN DAN MENGAPAKAH SAYA MAMPU LUPA TENTANG HAL INI?! waktu yang sama, kami asyik dengar suara suara manusia jerit kegembiraan tetapi kami masih tak mampu menjumpai mereka! jauh lagi ke?! saya : boleh tak diam?! (cakap dalam hati)

sudah tidak mampu untuk angkat jari untuk menangkap gambar *penat* dan suara suara manusia yang menjerit kegembiraan kedengaran semakin jelas dan kenapa kami masih tak mampu nampak mereka! sunOfthebeach!

pokok buluh? dan manusia yang jerit kegembiraan, di manakah anda berada dan mengapa suara anda begitu jelas di telinga saya dan bilakah saya akan sampai ke Canopy Walk dan bertemu anda semua? perlukah saya berterusan mencarut?
akhirnya! saya masih hidup, ahFoon masih hidup dan kami memang masih hidup! dan ya, saya sudah nampak manusia yang menjerit kegembiraan itu dan kenapa perlu gembira sangat bila menaiki jambatan tergantung melebihi ratusan meter? tak takut jatuh mati ke?
ami : hampir nyawa nyawa ikan dan sekali lagi ingatkan ahFoon supaya larang saya naik benda macam ini lagi di masa hadapan! saya : menyesal time panjat

tak pernah baca doa sebanyak ini di dalam hati
ambil dengan ipad akibat kamera kehabisan bateri! putang ina mo!

okay, memang indah dan okay, memang takut!
do's and don'ts - digalakkan memakai kasut sukan dan bukannya selipar sebab jalan tidak rata dan jarak tangga sangat tinggi, laluan agak licin kalau hujan, digalakkan bawa beg galas dan bukannya beg silang, tidak sesuai untuk manusia yang kurang stamina sebab jalan untuk ke Canopy Walk jauh dan memenatkan dan jangan lupa panaskan badan (!), hanya satu laluan untuk naik dan turun, simpan tiket baik baik sebab tak masuk akal untuk turun semula semata mata untuk mancari tiket dan ya, ada pakcik tiket tunggu di atas pokok sebelum bermulanya laluan ke Canopy Walk, tandas di kaunter bersih tetapi tiada lampu, digalakkan supaya tinggalkan beg di bawah kalau anda percayakan pakcik di kaunter tiket, tidak sesuai untuk kanak-kanak, jangan lupa bawa kamera sebab pemandangan di hentian kedua sangat awesome, kalau kawan hampir putus asa, buat lawak jauh jauh dari dia sebab kalau dia tak gelak, anda mungkin akan dibunuh, pastikan kamera ada bateri mencukupi, sebelum sampai ke laluan Canopy Walk terdapat Poring Hot Spring dan memandangkan setiap kolam mempunyai air paip yang perlahan nak mampus dan mengambil masa selamanya untuk memenuhkan kolam dengan air panas (ya, anda perlu penuhkan air panas di kolam anda sendiri) sila isi air sebelum memulakan perjalanan ke Canopy Walk dengan harapan anda terus dapat terjun ke dalam kolam selepas penat memanjat gunung (!), bawa pisang untuk dimakan semasa memanjat serta hanya tiga jambatan gantung di sini dan jangan terkejut bila anda terjumpa satu lagi jambatan gantung semasa menuruni laluan kerana jambatan gantung tersebut telah ditutup (perasaan yang sangat melegakan). untuk pengetahuan diri sendiri, perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini memakan masa hampir tiga jam dan digalakkan (!) anda tempah satu van (sila pergi ke terminal bas di Padang Merdeka dan bukannya di Wawasan) untuk ke kawasan ini dan penuhkan bateri tenaga anda (!)


lebih seabad usia berlalu dan air baru mencecah dua inci

kolam ikan koi untuk pameran?
cuba google poring hot spring, sikit punya indah mendamaikan gambarnya dan sebaik saja kaki jejakkan kami, macam berada di dalam mimpi ngeri. idea yang bagus sebab masing masing ada kolam sendiri tapi serious, memang tak lalu nak rendamkan badan di sini. ada pengunjung yang malas keringkan kolam selepas mandi padahal ianya sangat mudah dan ada pengunjung yang ambil peluang melihat kami mandi, macamlah kami mandi bogel. terdapat pilihan untuk mandi kolam air panas secara persendirian tetapi bayangkan mandi dalam kolam dalam bangunan kayu bertemankan lampu kalimantang. sangat tak masuk akal. tempat ini cantik tapi kurang bersih. air paip panas sangat perlahan dan air paip sejuk sangat laju. tempat laluan betul betul berada di tepi kolam dan setiap kali kami mandi dan ada pengunjung baru datang, kami rasa macam ikan koi yang berada di dalam kolam yang berenang renang sebagai pameran. sangat tak masuk akal. kami menunggu hampir setengah jam dan air masih tak mencecah tiga inci. malah, ada nenek datang tegur kami dan luahkan rasa tak puas yang sama dan kami rasa, dia telah tunggu kolamnya penuh sehingga dia dimamah usia! bimbang kami akan mati tua di sini, kami ambil keputusan untuk keluar dari kolam dan balik saja. sangat putus asa sebab penat di Canopy Walk masih belum habis, niat di hati nak berendam pula terpadam begitu saja. sangat tak masuk akal. sangat tak masuk akal. 
do's and don'ts - masih ada hati nak pergi?