Monday, July 23, 2012

juadah buka puasa yang simple : kuih sagu kukus

yeay!!

masuk bulan puasa,
tenaga memasak saya yang berehat selama 11 bulan ini telah perlahan-lahan bangkit!!

[betul cakap ami aziz tu! Cisssssss]

kuih sagu kukus

warna tak cukup

Kuih yang nampak senang tapi paling susah untuk dibuat! TQ Che CT


Sumber Asal : Mama Kastam MyR
Resepi di olah : Che CT

Bahan-bahan:
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir [saya guna gula halus]
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose [tak bubuh pun]


Step 1:
Didihkan air dalam periuk kukus. Balut tutup pengukus dengan tuala bersih.

Step 2:
Dalam periuk yang lain, jerangkan air yang dicampur pewarna merah sehingga mendidih.

Step 3:
Kemudian masukkan sagu biji dan kacau rata. Selepas itu, masukkan pula gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukkan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 " (saya hantam loyang yang ada saja)
*kemusykilan saya ialah sagu kena basuh tak?  hik hik hik

Step 4:
Kukus adunan tersebut kedalam periuk kukusan selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam periuk tetapi apabila di kukus, hasilnya lebih cantik sebab sagunya akan nampak berbiji-biji dan lebih enak lagi rasanya.

Step 5:
Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa, siap.

* Versi saya punya agak lembik sampai kena masuk dalam peti ais lebih kurang 1/2 jam supaya ia boleh dikeraskan!


2 comments:

  1. ooo kukus lagi cantik ya..boleh cuba ni. biasa saya kacau dalm air mendidih je.

    ReplyDelete
  2. kuih favorite me masa umur 5-7 tahun...
    now thanks to you, i know how to prepare it :D

    ReplyDelete