Monday, July 23, 2012

Lor Mai Kai Halal

nak tekan save, tertekan publish pula...
alang-alang dah publish, u all bacalah!

Juadah buka puasa Day 2

lor mai kai






Resepi Lor Mai Kai

Step 1
Rendam beras pulut selama 2 jam
Perah ayam dan cendawan dengan kicap masin, sos tiram, gula, serbuk lada, chicken stock or ajinomoto, minyak bijan selama beberapa jam


beras pulut









Step 2
Tos beras pulut kasi kering.
Kukus beras pulut dengan jangan banyak air sampai masak.




Step 3
Nasi pulut masak, panas-panas cepat gaulkan dengan kicap hitam, sos tiram, minyak dan gula. (tuang air perahan ayam tadi masuk.jangan bazir)








Step 4
sediakan mangkuk kecil-kecil (yang boleh untuk kukus). masukkan ayam dan cendawan perahan, kemudian masukkan nasi pulut, dan tekan kuat-kuat bagi pejal.



Ulangi step ini sampai semua mangkuk habis











Step 5
Kukus sampai masak






Step 6
Sedia untuk dimakan!! dan sangat sesuai dimakan dengan sos cili!


糯米鸡

glutinous chicken rice

nasi pulut ayam