Friday, July 27, 2012

pasal puasa 2012

ni nak cerita sikit pasal puasa tahun ni...

*ohya, kita tak sempat nak ganti puasa-puasa yang lepas sebanyak 33 hari dan akibatnya kita terpaksa bayar denda fidyah sebanyak RM68 di kaunter LZS.

* 1st day puasa, mak kita call, dia cakap dia nampak budak pompuan melayu kat tempat kerja dia lembik sampai tak bermaya. mak kata dia tengok pun sayu dan sedih sebab dok fikir entah-entah pun kita lembik macam budak pompuan tu! dont worry mak, seauta-auta kita ni, tak pernah lagi lembik sampai macam yang mak cakap tu...so jangan risau!

* 2nd day, call mak kita lagi 5 minit nak buka...saja call nak buang masa...kita tanya mak kita dah makan belum...mak kita cakap baru selesai makan selepas 1 hari tak makan. kita pun 'marah' mak kita, kenapa tak makan? mak kita cakap, mak pun puasa laaaa...mak pun rasa apa yang kita rasa...OMG!! terus rasa dosa sebab marah mak kita tadi!

*  tengok kat blog dan facebook, anak kawan puasa full, paling sikit pun dapat 1/2 day... anak kita, cik sawbebe? 'puasa' 1 1/2 jam saja. tengok baik-baik...bukan 1 setengahari, tapi 1 1/2 JAM saja...itu pun dok merayu nak makan, lapar...terus terang cakap, kita belum mampu nak didik dia puasa, sebab kita sendiri pun tunggang terbalik, tambah dia puasa sekali, mau dua-dua tonggeng terus dan tenggelam di dapur saja! jadi, dia boleh sabar 1 1/2 jam dan tunggu buka sama-sama, respect orang berpuasa, kita pun dah rasa syukur dan gembira.

* puasa tahun ni tak berapa sempat nak masak juadah berbuka puasa(macam laaa tahun-tahun lepas banyak masak). ambik 2 orang askar, sampai rumah dah dekat-dekat pukul 7pm...pok pek pok pek sekejap dah buka...so dah 1 minggu puasa, 1 minggu lauk tunjuk!

* puasa 1 minggu dan 3 hari selsema dan sakit tekak...pi jumpa doktor,(doktor paling hensem yang pernah kita jumpa), doktor suruh minum banyak air...macam nak tokak itu doktor saja!(nasib baik bulan puasa)


3 comments:

  1. takpe oli..sawbebe..leh je ajar slow2..jgn paksa2.

    ReplyDelete
  2. x pe la oli... blum wajib bagi anak kite utk puasa penuh pun... annur pun sama je walhal dah 6 thn... wow tgk mak oli sgt sygkan anak dia... dia pun nk rasa camne rasanya berpuasa...

    ReplyDelete