Friday, August 31, 2012

raya + Teluk Batik

anak beranak short vacation ke Teluk Batik memandangkan 45 minit dari rumah MIL saja...

tinggal kat sini...VIRGO BATIK RESORT


satu malam 150 ringgit malaysia...2 katil queen size...sarapan pagi free


part yang paling best ialah kereta boleh park kat luar bilik



lobi




swimming pool



budak besar suka

budak kecil lagi suka




check out jalan-jalan kat pantai


sawbebe dah start buat hal...

nak main pasir, tapi mak dia tak kasi...

ilyas menjeling sebab dia pun tak dapat main

tengok awek

nak mandi pun tak boleh sebab ombak sangat menakutkan







Thursday, August 30, 2012

raya + laksa

1st time masak laksa! bila laksa itu sedap macam nak mati, start laaa berangan-angan nak buat open house laaa (tak sedar diri)...nak jadi peniaga laksa (double tak sedar diri)...


Laksa Intan Damia
laksa versi sawsawlady

Sardin ayam brand 1tin.nenas 1tin.bawang besar 2biji.bwng putih 3cukup(klu nk letak).cili boh 1peket kecik.klu nk kurang pedas letak separuh jek.bunga kantan.daun kesum.serai.asam keping.garam dan sebuk perasa.smua bahan diblender. mcm serai.bunga kantan bole potong msukkn.dgn daun kesum Paham ✗.? Resepi ni cukup tuk 4 5 org makan. Klu tuk lebih 10 org sardin 2 tin+tin kecik Bwng 5-6 bji.slmat mencuba.nnti bg I rasa..
 Tambahan:
** Ambil ikan sardin saja, kuah sardin tak payah (tapi laksa di atas saya blend semua sekali ikan dan kuah sardin)
** nenas pun sama, ambil nenas saja, airnya dalam tin tu tak payah


kalau u all try resepi ni, sila credit kepada INTAN DAMIA, sebab ini adalah resepinya, bukan saya punya.

update 31 Ogos 2012:
masak lagi laksa ekspress ini, tapi kali ni tak bubuh kuah sardin...emmmmmm...rasanya...macam kurang sikit berbanding dengan 1st time punya yang apa pun masuk sekali....
kesimpulannya, next time kalau saya masak laksa ni lagi, saya akan bubuh kuah kuah sardin sekali!!!

Wednesday, August 29, 2012

raya + ikan besar

kebestan duduk kat kampung ialah nak makan sayur, petik kat belakang rumah, nak makan ikan jala kat sungai!!tapi yang pastinya bukan saya yang petik dan jala...

ikan besar...cuba bandingkan dengan kaki saya

ikan tak ada gigi...ikan vegetarian, ia makan lumut...

ikan raya ke-3, lagi besar dari ilyas

pishhhhh

ikans raya ke-4...asalnya nak suruh sawbebe dukung ikan tu, tapi dia enggan turut perintah!!

sawsomi aksi dengan ikan

masak apa? semestinya gulai tempoyak!!!

raya + durian

raya kali ni sangat 'best' sebab makan durian sampai pengsan!! durian kat dusun bapa mertua telah luruh...boleh sambil makan durian dan sambil buat spa durian...

balik puasa hari tu dah nampak anak-anak durian

durian tak jadi

anak durian

mak mertua tiri masak pulut untuk dimakan dengan durian sebab menantu hantus teringin nak makan!

isi yang marvelous

bapa mertua tengah kopek durian bagi kami tapao balik ke KL

Oppa Gangnam Style

dunia dikejutkan dengan OPPA GANGNAM STYLE


Let's Oppa Gangnam Style....
 

norrimie abdul aziz telah berjaya merasukkan lagu ni ke kepala saya dan bahagian yang tak akan dilupakan, tarian lelaki di dalam lift! OMG!!!

Tuesday, August 28, 2012

gambar selamat hari raya








Monday, August 27, 2012

dugaan di malam raya

tak lain tak bukan...kereta laaaa yang buat hal!!

kereta naik tow truck

tarik balik ke pandan cahaya

benda ni yang sudah 'haus'

setiap kejadian pasti ada hikmahnya...
kereta rosak sebab petrol bocor bila enjin distartkan!
cuba bayang kalau tak perasan petrol bocor dan drive juga kereta, apakah yang akan berlaku?
tow truck man dan foreman cakap,
nasib baik lu tak drive lor, kalau tidak lu anak-beranak jadi ayam panggang dalam oven!

syukur alhamdulillah
masih diberi nyawa untuk makan durian dan makan laksa!!

Saturday, August 25, 2012

[1y2m] rambut lepas raya

orang lain berpusu-pusu gunting rambut sebelum raya,
ilyas kami pula gunting rambut selepas raya!
bukan tak takut kalah,
tapi lagi takut kepala dia kesejukan dan demam berbulan-bulan!

memandangkan 2 hari lepas,
tak gunting rambut pun dia boleh demam,
maka semalam gunting sedikit rambutnya supaya kelihatan lebih handsome!
ihik ihik ihik

pandangan 45 darjah

pandangan sisi

pandangan depan (tak usik langsung)
sawsomi pegang kepala dia (sebab kepala dia asyik nak tengok mesin kat kepala dia tu),
saya pegang tangan dia (sebab tangan dia asyik nak tarik baju plastik)
tak menangis or memberontak nak turun,
tak ada tangan nak rakam video,
if not, u all mesti puji dia punya!
hehehehehhe

Selamat bekerja

kembali bekerja setelah cuti panjaaaaaang,
pecah rekod tahun-tahun sebelum ini yang hanya cuti 1st and 2nd raya,
tahun ni nyaris-nyaris cuti 1 bulan nak sambut raya...
namun, janganlah melampau...periuk nasi harus dijaga. kalau periuk nasi dah pecah, siapa yang susah?
kita juga yang susah...(betul tak?)
raya cuma satu dua hari, tapi kehidupan hari-hari kena lalu, cik kak ooiiiiii!
so, sendiri mau ingat dan faham lor...borang cuti  raya pun belum diisi, hanya memberitahu encik bos secara lisan sebab tak dapat nak kenal pasti bilangan hari nak cuti. (hati berbelah belah nak kerja or jaga ilyas...last-last pilih jaga ilyas juga)
saya mempunyai encik bos yang paling baik dan bertimbang rasa di dunia, tu yang segan nak pijak kepala dia.


hari ni dah tak boleh tidur sambil senyum lagi...hurm :(



Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433

credit google

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Saturday, August 18, 2012

[5y2m] main mercun pop pop

layan gambar...





Friday, August 17, 2012

My Secret Child

Tuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny Emoticon
 saya pernah melaluinya!!