Saturday, September 29, 2012

LAMA untuk BARU

tengok betoi betoi tu, sawbebe ada kat bawah tu...

bukan saja-saja nak pi ukur jalan Sogo KL tu, ada misi yang nak diuruskan...

botol susu avent
misinya adalah beli botol susu avent...ada sales kat sogo tu yang slogannya berbunyi 'Old for New – Trade in and of your old feeding range for Brand New Philips Avent feeding range at Special Discount up to 40% OFF'  bukan semua barang laaaaa...yang saya beli tapi sawsomi bayar tu 3 biji botol 9 oz, less 35%...kira murah kot! sales sampai 7 October...

Friday, September 28, 2012

[home trip:alor star] makan-ing

baru ada sikit mood nak kemas kini blog...
terpaksa balik alor staq sebab pengebumian nenek belah mak...
sambil-sambil tu jalan-jalan cari makan...
kalau balik alor star, kerjanya adalah makan, makan dan makan...selain makan adalah makan juga...

so meh cheq memperkenalkan 2 gerai rojak buah yang cheq wajib makan setiap kali balik...nampak tak gambar kat bawah...gerai yang sawsomi berdiri tu rojak buah ala-ala 'lok lok'...gerai yang berlakang tu rojak buah biasa tapi paling sedap di abad ini...kedua-dua gerai ni terletak di depan kolej sultan abdul hamid...kalau lalu, singgah laaa makan...dijamin kesedapan itu...

gerai buah rojak lok lok

selain buah, terdapat juga cucuk yang macam yong tau fu

sawsomi beraksi

ada 3 bekas kuah rojak...dari sebelah kiri kurang pedas, tengah pedas, dan kanan sekali paling pedas...sila order air asam boi dalam cawan besi...heaven!!!
sawbebe makan rojak sengkuang dari gerai rojak buah sebelah...makan 10 keping pun tak ada masalah...1 keping 1 ringgit!



selain rojak, satu lagi makanan wajib kalau balik alor staq...bukan nasi royale tapi nasi lemak Zam Zam...kami singgah makan kat kedai sekolah st michael...dia ada jual tempat lain, tapi tak pernah singgah pun...

tauke zam zam

u tanya i apa sedap, memang i tak tau nak habaq...tapi i tanya sawsomi, dia cakap sukatan kuah gulai/ kari dia tu...faham? tak faham buat-buat faham ajer laaa

macam nak angkat kedai ni dan taukenya balik bubuh kat sebelah rumah...

Thursday, September 27, 2012

penat dan letih

minggu lepas penat balik alor star untuk pengebumian nenek...
minggu ni pula letih ilyas kena tahan wad walaupun semalaman saja...

saya perlu rehat!
boleh tak cakap dengan hospital,
saya penat dan letih,
saya nak berehat di wad hospital???

nampaknya sudah gila kan?



[1y3m]discharge

saya sudah boleh balik sebab tak muntah (read: sampai rumah saja saya muntah keluar semua yang saya simpan 1 hari 1 malam) dan cirit birit lagi (read: langsung tak berak sepanjang hari)...bye bye

Wednesday, September 26, 2012

[1y3m] live from Pantai Hospital Ampang

ilyas start muntah masa otw balik alor star...kami pandai pandai buat andaian dia mabuk kereta...
the next day, start cirit birit pula...kami buat andaian dia tak serasi dengan cuaca dan bumi alor staq...

tapi dah kat 'kampung halaman' sendiri pun tetap sama...

atas keselamatan, doktor suruh dok kat wad untuk pemerhatian dan rawatan lanjut...

okay itu saja... dah 4 petang baru nampak batang doktor...


sawbebe pun terpaksa berhimpit di hospital akibat sawsomi kerja malam
Add caption

Wednesday, September 19, 2012

[1y3m] M.A.M.I

ilyas: mama
saya: M.A.M.I

ilyas: mama
saya: M.A.M.I

ilyas: mama
saya: M.A.M.I

ilyas: mama
saya: M.A.M.I

ilyas: mama
saya: M.A.M.I

ilyas: M.E.M.I
saya: M.A.M.I

ilyas: M.I.M.I

mimi pun mimi laaaaa.....

Monday, September 17, 2012

外婆,一路好走 R.I.P Grandmother

去年这个时候,祖父去逝。

今天, 收到妹妹简讯,说外婆走了。。。
印象里。。。 呃。。。呃。。。
 惨了,完全没有印象叻!

虽然跟外婆很不亲, 但心情还是一下子差了下来!
終於圓滿落幕了, 外婆終於走完她的一生
阿嬤,
您一路好走...

Tahun lepas, bulan September,
datuk (belah bapa) meninggal dunia!

Tahun ni, bulan September,
nenek (belah mak) meninggal dunia!

pengasuh yang cekap

tak ada orang puji, so kena sendiri puji sendiri....

saya sudah siap 'panaskan' lauk untuk makan tengahari dan sawsomi bawa pi kerja (semalam dinner kat rumah SIL, so lauk pauk balance dia kasi tapao balik,maka hari ni tak payah masak lor), saya sudah siap mandi...pakai baju bersih dan kemas, bedak muka, sikat rambut...(yang penting mood pun sudah ceria dan pastinya tak mudah mengamuk kalau anak anak buat hal nanti)...sekarang tengah sarapan pagi sambil blogging dan lakukan sosial networking sambil tunggu 2 orang askar bangun tidur....(sebenarnya tak cekap barulah kena siapkan semua sebelum anak bangun)

so, siapa yang masih berani nak bagi saya jaga anak u all, bolehlah hubungi no saya....hehehehe

nota kaki: pengasuh pun satu pekerjaan. jangan ingat 'kerja di rumah' so buat remeh temeh...(cewah...baru 1 hari jadi pengasuh sudah mau nasihati orang). tq aunty ros(pengasuh sawbebe yang sebelum ni). semua ni saya belajar dari beliau. setiap pagi hantar sawbebe kat dia, dia pasti sudah siap masak dan dirinya sudah siap mandi dan pakai baju bersih dan kemas (bukan sambut kedatangan mak bapa dengan mata yang masih bengkak akibat baru tersedar dari tidur dan yang penting bukan pakai baju tidur tali 2 yang buat u macam nak tidur balik dengan dia)...so kita pun dapat pi kerja dengan hati yang tenang tak payah risau sebab dia boleh jaga anak kita dengan sepenuh perhatian...

Friday, September 14, 2012

Moist Chocolate Cake Yang Tak Perlu Mixer

tiba-tiba teringin makan kek bakar sendiri!! idaman yang tak masuk akal...disebabkan malas nak keluarkan mixer, maka jumpa resepi yang guna blender...kagum dengan resepi ini...kek yang akak buat tu sangat cantik...


penolong saya sedang ayak tepung gandum

bahan-bahan yang ringkas

tepung gandum, serbuk coklat, baking powder, soda bikarbonat dan gula

blend saja

lakonan saja

nasihat saya ialah...kalau ada mixer, jangan gatai dok pi guna blender...

jangan ketawa

hasilnya...tak lembap (bukan salah resepi)...tapi tetap licin



Bahan-bahan
Bahan A (diayak bersama):
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan serbuk coklat
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 sk baking powder
 - 1/2 sk garam
- 1 cawan gula halus (3/4 cawan gula biasa)

Bahan B :
- 1/2 cawan minya masak (digantikan dengan 1/2 buku butter /125g butter) 
- 3/4 cawan susu cair
- 2 biji telur
- 1/2 sb cuka @ jus lemon

Bahan Topping: (tak buat topping)
- 200ml Whipping cream
-250g dark chocolate (potong kecil2)
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1/4 cawan minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selama 10 minit / didihkan air pengukus. Masukkan Bahan B dalam blender. Diikuti Bahan A.
  2. Blender kesemua bahan agak2 masanya sehingga kesemua bahan sebati. (jangan blender lama sangat nanti kek bantat pulak)
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang 20cm yang telah digris dan ditaburkan tepung sedikit (nak senang guna kertas jek) supaya kek tak melekat nanti.
  4. Bakar kek dalam oven pada suhu 170 darjah selama 40 minit / sehingga masak secara au bain-marie (waterbath). kalau nak bakar biasa pon boleh. Bakar secara waterbath akan melembapkan kek lagi. Atau kukus kek selama 1 jam / sehingga masak. (Cucuk lidi di tengah2 kek kalau tak melekat, dah masak lah tu)
  5. Keluarkan kek dari oven dan telangkupkan kek di atas redai (untuk mengelakkan kek mendap. Sila hati2 kerana kek sedang panas dan lembut. Nanti kek patah pulak)
  6. *** Penggunaan cuka tidak akan memasamkan kek. Cuka tersebut akan bertindak balas dengan soda bikarbonat dan baking powder untuk mengembangkan/menaikkan kek bersama telur. (so tak payah guna telur banyak2. jimat telur ye.. kurangkan kalori.. hehe) *** Bahan2 yang digunakan banyak 3/4, 2/3 sebabnye loyang kecik je nanti kek naik terlebih melimpah pulak. Saya gunakan cawan metrik yang mempunyai senggat. (Sape2 yg takde, agak2 je la tulis ngan marker pen ye. huhu.. sorry~)
  7. Topping: Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih dan masukkan bahan yang lain. Tutup api dapur dan kacau sehingga adunan topping sebati.
  8. Kek yang dah sejuk dibelah dua ditengah. Tengah2 kek sapukan sedikit topping dan cantumkan (hati2 kek mudah patah).
  9. Lebihan topping tadi dituangkan (pastikan topping masih cair- mudah untuk disapu) di atas kek dan ratakan keseluruhan kek. Hias mengikut kreativiti anda. *kalau nk guna strawberry, pastikan strawberry tersebut telah diserap airnya terlebih dahulu (potong awal2 dan lap air guna kitchen paper / tisu) kerana strawberry yang basah akan merosakkan topping kek nanti.


(sumber)

Thursday, September 13, 2012

Ahmad Adam Syukri

Ahmad Adam Syukri


marilah kita sama-sama doakan kesihatan Adam!



0133439702 - Puan Noraisyah (ibu Adam)
02040007292201 CIMB
Noraisyah Md Malena

Wednesday, September 12, 2012

[5y3m] 迫不急待想要长大

sawbebe a.k.a sofea saw

为什么3岁到4岁很快?为什么5岁到6岁慢的?


亲爱的孩子,
你迫不及待的想要长大,嫌父母管得太多,老师太过严厉,长辈过于唠叨,甚至觉得时间过得太慢。
其实在各种的挑剔中,你不知不觉的长大了。

Tuesday, September 11, 2012

Fun Fair sekolah sawbebe

baru sampai @ stadium badminton cheras

mak dan bapak yang main

tak goal pun


orang tengah syiok main, dia pula ngantuk

suruh dia teman anak dia main, tapi last-last dia sendiri yang main


cubaan sebelum balik

modal RM20 dan hasilnya...

dah pulang modal...jom balik!!

Monday, September 10, 2012

Saki Baki Hari Raya

kebetulan sawsomi cuti, maka kami pun pi beraya di rumah-rumah yang penting...mula-mula pi rumah cik Musa (kenapa lelaki panggil cik? chek tak faham betul)...kemudian pi bergosip di rumah mak angkat saya...kemudian pi rumah ahkak garang (dah terlekat nama tu) dan last sekali pi rumah SIL untuk kali ke-2


hampir 100 kali snap, satu-satu ni laaaa gambar eiman yang tak blur...peluh!

budak comel yang nak kena gomol

memang patut kena gomol pun, siapa suruh comel sangat

adik beradik

laksa time

1st time makan laksa dengan aksesori lobak masin...i tell u, u should try it!!! (tiba-tiba boleh speaking mat salleh)

proses siang ikan, rebus ikan dll yang buat laksa ni sedap sampai 2 kali tambah dan nyaris-nyaris mintak tapao...

mereka sedang kekok sebab saya ambil gambar mereka.

bertolak ke rumah SIL di puncak alam untuk makan rendang ayam + nasi impit pula....sampai sana, SIL tolong mandikan anak-anak sebab saya malas nak mandikan mereka (ok tak alasan ni?)

anak-anak ibu

sampai rumah sendiri dah lewat malam, bukan saja anak-anak penat, mak bapak pun kepenatan!! penat sampai nak merangkak naik katil pun tak larat. hari ni lewat ke tempat kerja. kami memang tak sesuai outing punya orang!  bagus juga sawsomi kerja hari ahad, so barulah saya boleh berehat puas-puas di rumah (read : kebosanan di rumah)! Nampaknya kebosanan di rumah lebih baik kepenatan di luar!! akhir sekali saya sungguh kagum dengan mereka yang boleh outing sekeluarga pada hari weekend or hari cuti!!! tabik spring!!!

[1y3m] perkembangan ilyas 15 bulan

berat 9.7kg @ 5 September 2012


belum 2 jam sudah minta susu lagi...how tu?


muka demam @ Perak

tangan melakukan kerja walaupun mata pandang lain @ Sg Pelek

aktiviti di masa terluang

sudah ada keberanian panjat

semua benda diterbalikkan

sentiasa busy termasuk waktu menyusu...tak cukup tangan


entah bila masa tumbuh gigi yang ke-8...bila perasan, gigi tu dah agak 'besar'

orang lain getel bucu bantal busuk ataupun selimut, ilyas pula kena raba siku saya!



dah pakai baju biru, seluar biru pun masih orang tanya ' BOY ke GIRIL'



di pagi yang sangat kasih sayang kerana banyak jam tak berjumpa

che che dan di di
pantang nampak orang tidur, dia mesti nak naik duduk atas badan orang!

sedang 'petik' kek


Ada i kisah?

awwwwww...

sedang 'adjust' songkok






uncle - ke
bird - bek (nasib baik dia dah tak panggil dog dog)
salam - bila cakap salam, dia akan pi cium tangan orang!
kasut - sudah faham konsep nak kai kai kena pakai kasut!
mandi - walaupun bukan cakap dengan dia, tapi dialah orang pertama yang 'berlari' dan tunggu di pintu bilik air!
dapur - sudah start masuk dapur... tengah syiok syiok masak, terpaksa berhenti angkat budak kecik keluar dari dapur!

*6 september 2012 makan ubat cacing dan keesokan taiknya ada macam benang hitam yang putus-putus