Wednesday, October 31, 2012

makaroni bakar simple dan easy

makaroni bakar paling simple dan easy di abad ini...

rebus makaroni, toskan dan gaulkan dengan sos prego atau kimball spagetti sos, masukkan sedikit hirisan bawang besar...kemudian taburkan cheese kat atas dan dibakar selama 20 minit

makaroni bakar

Nak tau sedap ke tak sedap, kena tanya sawbebe...

saya : 好吃吗? sedap tak?
sawbebe : 很好吃。sangat sedap! [yake?]
saya : 快点做很好吃的样子,妈咪要拍照。Cepat buat gaya sangat sedap!mummy nak ambil gambar


makaroni bakar mummy sangat sedap

过了5分钟
她还在吃!
lepas 5 minit, dia masih di meja makan....

saya : 快点,要去学校了!cepat! dah nak ke sekolah!
sawbebe : 还没吃完!belum habis makan lagi...


(那证明真的很好吃, 要不然她早早就走人了)
(buktinya sangat sedap! kalau tak awal-awal lagi dia sudah lari)

弟弟,快点吃! 姐姐煮的!(didi cepat makan, che che yang masak)


Tuesday, October 30, 2012

demam oh demam

ilyas oh ilyas
hari-hari demam dan hari-hari jumpa doktor



24 oct - selsema dah 6 hari walaupun dah makan ubat di rumah tapi masih tak mau baik-baik dan terpaksa bawa jumpa doktor pandan cahaya...seperti biasa doktor kasi ubat selsema/ gatai

25 oct - jumpa doktor lagi sebab mata sakit / berair / bertaik mata akibat hingus tak keluar kat hidung, hingus tu naik kat mata (1st time dengar...kelakar tapi tak boleh nak ketawa sebab terjadi kat anak sendiri)

26 oct - drive 30km dari kampung gajah ke teluk intan untuk cari doktor sebab demam panas tak mau surut-surut...39.6 celcius, so masuk ubat buntut. nak cerita kat sini, 7:30pm masuk ubat buntut, dotor suruh kasi makan ubat 9:00pm...WHAT? bukanke kalau masuk ubat buntut kena tunggu 6 jam baru boleh makan ubat? hati banyak sabar...

ilyas sudah trauma dengan 'perubatan' sejak masuk wad hari tu


27 oct - perasan badan dia macam ada bintik-bintik pink...nak ke klinik pandan cahaya, klinik pula dah tutup...terpaksa bawa lagi pi klinik ampang point...saya pun tanyalah bukan chicken pox  kan? doktor dengan yakin jawab : 'virus infection aje. saya kasi antibiotik'. Okay! saya balik ke rumah dengan separuh percaya dan separuh tak percaya


28 oct - [cuti melawat klinik] bintik-bintik pink tukar color jadi merah dan semakin banyak...

29 oct - tak puas hati, bawa ke klinik pandan cahaya...doktor ong cakap Measles dalam kurungan demam campak...dia suruh stopkan antibiotik

demam campak

Symptoms include fever, cough, runny nose, red eyes and a generalized, maculopapular, erythematous rash.
demam campak



selaku mak,
iman dan kesabaran kena tinggi menggunung kinabalu untuk menjaga anak yang tiba-tiba over dos manja dan merengek dan serba tak kena itu...

Thursday, October 25, 2012

syiok sendiri dengan Cream Puff

alkisahnya, petang semalam saya pergi beli Cream Puff di kedai kek yang berhampiran. tiba-tiba cream puff sold out!

(SKIP! TAK PAYAH BACA)
saya teringin sangat nak makan CREAM PUFF! Maka, mau tak mau terpaksa cari pasal dengan CREAM PUFF. kali ni saya menyahut cabaran sebelum 2 orang askar kecil tidur!! sawbebe minta nak ayak tepung, tapi tepung berterbangan satu rumah, pastu kena marah merajuk mengurung dalam bilik. si askar kecil pula pantang tengok saya sibuk, dia minta nak dukung, terpaksa saya potong anggur bagi dia makan, dia tak makan tapi dia tabur dan sapu di lantai, yang balance dengan pinggan buah dia simpan dalam beg kerja saya waaaaaaaaaaaa...saya tukar ke singa betina bila dia sapu buah di lantai, kemudian terus jelma jadi Hulk bila dia tunjuk saya dalam beg saya tumbuh buah...mainan pula bertaburan atas lantai sampai tak boleh nak jalan...Stok keimanan dan kesabaran saya yang selama 1 minggu kehabisan dan kekeringan dalam 1 malam...

apa-apa pun, nasib baik CREAM PUFF saya men-JADI!! kalau tak, SIAP 2 orang askar ni!



dah siap bakar

time ni saya sangat teruja...hehehehhe

speechless tengok CREAM PUFF

cream puff dalam tangan...umpama dunia ni saya punya...hahahaha

P.S : Sangat penting. Sila baca!

KESALAHAN DAN SEBAB-SEBAB PASTRI CHOUX TIDAK MENJADI DENGAN ELOK:

1. Adunan terlalu cair kerana adunan tepung tidak disejukkan terlebih dahulu sebelum memasukkan telur.
2. Pastri tidak naik sebab ketuhar sejuk, iaitu tidak dipanaskan terlebih dahulu. Mungkin juga masa membakar terlalu pendek.
3. Pastri mengecut selepas dimasak. Kemungkinan pastri tidak cukup masak.
Terima kasih kepada Rinnchan (Chef Noraini) di atas tips-tips di atas ya . Dengan adunan ini memberikan kita sekitar 20 biji pastri choux berdiameter 5cm. (saya hanya dapat 16 biji, tapi besar-besar...)



RESEPI CREAM PUFF
(anggaran 20 biji berdiameter 5cm)

Sumber : Rinnchan

ADUNAN PASTRI CHOUX:


BAHAN-BAHAN:
250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
3 biji telur
1/2 tsp gula castor
CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min. (saya tak tau apa itu digris nipis, jadi saya skip step ini)
8. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai.
Pastri choux yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain. Sebagaimana biasa Rinn gemar menggunakan Cream Custard.




P.S  : saya nak habiskan whipping cream, so saya guna cara nak buat filling untuk HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE

Filling
 60g dairy whipping cream (140g)
10g sugar (x3= 30g)
1tsp instant custard powder (x3 = 3tsp)
 (tak berapa cukup...yang hujung-hujung tu kena berjimat cermat)


or


CREAM CUSTAR:
BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor
1 cup susu segar
1 biji telur gred A
1 tbs mentega  
CARA-CARA:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat. 5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.



Wednesday, October 24, 2012

[5y5m]盖被子

苏菲帮弟弟盖被子。感动-ing!希望长大后也会像现在那样的疼爱弟弟。

Monday, October 22, 2012

Hokkaido Chiffon Cupcake

Dalam kepala otak nak buat macam-macam, tapi keupayaan tangan adalah sangat terhad...inilah yang dikatakan orang kecil bercita-cita gergasi!! resepi ini dah 2 bulan saya google dan simple elok-elok dalam note FB sehinggalah sabtu lepas saya kecewa sebab tak tahu nak buat Crepe Durian lalu terbuat Hokkaido Chiffon Cupcake...


sebahagian bahan nak buat Hokkaido Chiffon Cupcake

Anggaran Kos Nak Buat Hokkaido Chiffon Cupcake 7 biji
paper cupcake (50pcs RM6.50) - 7 pcs RM0.91
Whipping Cream (250g RM6.00) - 60g RM1.50
telur 3 biji RM0.96
Tepung 1kg RM0.35
gula RM0.20
susu RM0.50


bersedia untuk dibakar

siap dibakar

bersedia untuk dimakan





Resepi Hokkaido Chiffon Cupcake 北海道牛奶蛋糕
Sumber : Nasi Lemak Lover

Chiffon cake
3 egg yolks 20g sugar
35g corn oil
60g milk
70g cake flour

3 egg whites
25g sugar


 Filling
 60g dairy whipping cream
10g sugar
1tsp instant custard powder

Icing sugar, for dusting

 Method
1. Pre-heat oven to 170C.
2. Arrange paper liners on baking tray.  (dah siap adunan baru saya susun paper cup)
3. Hand whisk egg yolk and sugar till pale in colour. (saya guna mixer pukul...nasib baik kek tak cacat)
4. Add in corn oil and milk, mix well.
5. Sift in cake flour, stir to combine.
6. Beat egg white until foamy, gradually add sugar, and continue beat till soft peak form.
7. Take 1/3 of egg white and use a hand whisk to mix into egg yolk batter.
8. Fold in the balance egg white with a spatula till well combine.
9. Scoop batter into pre-arranged paper liners to about ¾ full.
10. Bake for 20-25 mins at middle rack.
11. Beat whipping cream with sugar till firm and stiff (over a bowl of iced water).
12. Add in custard powder, mix well.
13. Pipe custard cream into cupcake and dust with icing sugar. Refrigerated before consume.
 

Thursday, October 18, 2012

kuasa magik

kasut ilyas

kalau siapa-siapa nak kecilkan kasut, masukkan ke dalam kereta selama seminggu dan keluarkan semula, maka kasut anda akan jadi kecut seperti di atas.

Yeay...eksperimen berjaya!!!

Wednesday, October 17, 2012

wordless wednesday

grandmother and grandson

Tuesday, October 16, 2012

makan @ Minmax Restaurant


last makan kat Minmax ilyas dalam perut, hari tu pi lagi ilyas dah tau makan...

dimsum halal 1

dimsum halal 2

sawbebe dan tangan ami aziz

bye bye dengan orang teksi kat bawah

ikut plan asal saya yang belanja makan sebab saya yang cadang pi makan, tapi tiba-tiba duit saya tak cukup...

Monday, October 15, 2012

[5y4m] 年终评估测试

15号-17号

Saturday, October 13, 2012

Big Sister and Little Brother


[5y4m] 菲言菲语14



在McD吃晚餐, 苏菲吃她的burger,我在忙着服侍苏毅。。。
突然苏菲开口讲话。

苏菲 : 为什么妈咪只对别人的孩子笑?为什么妈咪没有对自己的孩子笑?

我一时不知该如何回答她。我真是失败的妈妈,我对自己的孩子太严厉了。。。为了掩饰自己, 我反过来问她,我哪里有跟别的孩子笑, 四周围除了他俩都没其他小孩子了。。。。

苏菲 : 有! 妈咪跟Nisa笑! (是她的表妹)

哦!!
心在想,妈咪当然要跟nisa笑啦!
因为妈咪要演戏!
现在跟你讲,你也不懂,
等你长大了在慢慢跟你解释!


SAWBEBE : KENAPA MUMMY ASYIK SENYUM DENGAN ANAK ORANG LAIN, DENGAN ANAK SENDIRI TAK SENYUM? 

Friday, October 12, 2012

Homemade Mango Lassi

2 hari lepas,
beria-ia buat mango lassi nak bagi Ilyas makan,

Homemade Mango Lassi - Mango Puree and plain yogurt


Lassi tak Lassi,
ilyas luah balik...
Bertuah punya budak no.1


Bagi sawbebe,
sawbebe pun tak mau makan...
Bertuah punya budak no.2!!


ok fine!!
Mango Lassi untuk orang dewasa
Last-last semua masuk perut saya.

P/S : Yang masuk perut saya versi sedap yang ada penambahan gula dan susu!! kui kui kui

Thursday, October 11, 2012

[1y4m] I'm The Little Brother

08 October 2012, ilyas berusia 1 tahun dan 4 bulan bersamaan dengan 16 bulan...



Berat : 9.7kg


mood yang ceria


ilyas adalah anak daddy.setiap petang balik dari rumah BS, masuk saja rumah dia pasti akan pandang gambar kawin saya dan daddy dia dan jerit kat daddy dia 'daddy daddy daddy daddy daddy daddy daddy daddy...' sampailah saya jeling kat dia barulah dia berhenti...

tengah malam, kalau dia terjaga, dia pun panggil daddy dia...asalkan nampak daddy dia, dia akan jerit 'DADDY' ...dengan kata lain, dalam hatinya cuma ada daddy saja...sampai sawbebe pun cakap, ilyas tak pernah panggil kita (mummy & che che) kan?!!!! terimalah nasib kita, sawbebe oiiiii!

ada terasa nak menguap tak tengok ilyas menguap?
mummy? haram tak pernah terlintas dia nak panggil pun...saya sangat cemburu cemburu cemburu... walaupun dia tak nak panggil saya, tapi dia adalah sangat suka saya dukung dia terutamanya di rumah. tak kira apa jua keadaan dan tak kira apa masa, dia pun mau saya dukung dia!!





Perubahan ketara sejak kena tahan wad...
1. menangis yang sungguh kuat kalau terjaga dari tidur...tak main merengek-rengek...terus masuk gear 5 volume 10...
2. huhuhuhuhu...tengah malam mintak susu...so kena bangun bancuh susu dalam keadaan mamai...huhuhuhuhuhuhuhu
3. kalau tak memenuhi permintaan dia, maka dia akan bergolek, berguling di atas lantai...huhuhuhuhu...tak sure kelakuan ni sebelum or selepas keluar dari hospital...sungguh pening kepala...
4. saya rasa ilyas lactose intolerance...minum susu tepung LF, okay tak ada hal...bila minum balik susu lama dia, cirit balik...so sekarang minum similac LF...



walaupun ilyas selalu hantam sawbebe, tapi sebenarnya dia adalah sangat sayang pada kakaknya...

bangun che che...matahari dah jemur punggung dah...

muahhhhhhhhh...hadiahkan satu kucupan untuk kakak


dan kakaknya kadang-kadang cakap dia dah tak mau ilyas lagi, tapi bila berada di luar sawbebe pasti nak pimpin tangan adiknya...cuma ilyas yang tak nak dipegang...








saya cakap 'macam nak sepak ajer"
ilyas sambung : PAK!!!!!
huhuhuhuhuhu...nampaknya saya tak boleh carut lagi!!!

dia adalah sangat takut dengan ikan magnet ole-ole pangkor... dan kami (terutamanya saya) akan sentiasa keluarkan ikan itu untuk takutkan dia...saya akan kepit ikan itu di pintu bilik mandi, maka dapatlah saya mandi dengan aman damai (siapa yang ada anak yang nak berkepit itu akan faham...sampai nak berak pun kena ekspress punya...)

怕怕 - takut laaa sangat tu



Dap - lepas makan mesti puji makanan itu DAP! DAP! DAP!


totok - mula-mula ilyas asyik 'totok' 'totok'...'totok' apa? siap mengamuk berguling-guling kat lantai...then suatu petang ambil dia kat rumah BS, buka pintu kereta dan nak ikat dia kat 'car seat' dan time tu dia tersebut 'TOTOK'...oooooo...DUDUK...baru terbongkar perkataan misteri itu!!


bye bye


no - suruh keluar dari baldi, dia cakap NO...suruh dia suap sosej di tangannya, dia cakap NO...bila dia mintak susu, turn saya pula cakap NOOOOOOOOOOOooooooooooooooooooooo!


鞋 xie(kasut)...sungguh menakjudkan, bahasa cina yang dia boleh cakap!!