Tuesday, October 30, 2012

demam oh demam

ilyas oh ilyas
hari-hari demam dan hari-hari jumpa doktor



24 oct - selsema dah 6 hari walaupun dah makan ubat di rumah tapi masih tak mau baik-baik dan terpaksa bawa jumpa doktor pandan cahaya...seperti biasa doktor kasi ubat selsema/ gatai

25 oct - jumpa doktor lagi sebab mata sakit / berair / bertaik mata akibat hingus tak keluar kat hidung, hingus tu naik kat mata (1st time dengar...kelakar tapi tak boleh nak ketawa sebab terjadi kat anak sendiri)

26 oct - drive 30km dari kampung gajah ke teluk intan untuk cari doktor sebab demam panas tak mau surut-surut...39.6 celcius, so masuk ubat buntut. nak cerita kat sini, 7:30pm masuk ubat buntut, dotor suruh kasi makan ubat 9:00pm...WHAT? bukanke kalau masuk ubat buntut kena tunggu 6 jam baru boleh makan ubat? hati banyak sabar...

ilyas sudah trauma dengan 'perubatan' sejak masuk wad hari tu


27 oct - perasan badan dia macam ada bintik-bintik pink...nak ke klinik pandan cahaya, klinik pula dah tutup...terpaksa bawa lagi pi klinik ampang point...saya pun tanyalah bukan chicken pox  kan? doktor dengan yakin jawab : 'virus infection aje. saya kasi antibiotik'. Okay! saya balik ke rumah dengan separuh percaya dan separuh tak percaya


28 oct - [cuti melawat klinik] bintik-bintik pink tukar color jadi merah dan semakin banyak...

29 oct - tak puas hati, bawa ke klinik pandan cahaya...doktor ong cakap Measles dalam kurungan demam campak...dia suruh stopkan antibiotik

demam campak

Symptoms include fever, cough, runny nose, red eyes and a generalized, maculopapular, erythematous rash.
demam campak



selaku mak,
iman dan kesabaran kena tinggi menggunung kinabalu untuk menjaga anak yang tiba-tiba over dos manja dan merengek dan serba tak kena itu...

1 comment:

  1. HALAMAK HALAMAK HALAMAK!
    campak ke?
    Elia kena macam ni la...
    tanak tanak tanak!
    saya dah tak ada cuti...

    *nangis guling guling atas lantai

    ReplyDelete