Thursday, October 25, 2012

syiok sendiri dengan Cream Puff

alkisahnya, petang semalam saya pergi beli Cream Puff di kedai kek yang berhampiran. tiba-tiba cream puff sold out!

(SKIP! TAK PAYAH BACA)
saya teringin sangat nak makan CREAM PUFF! Maka, mau tak mau terpaksa cari pasal dengan CREAM PUFF. kali ni saya menyahut cabaran sebelum 2 orang askar kecil tidur!! sawbebe minta nak ayak tepung, tapi tepung berterbangan satu rumah, pastu kena marah merajuk mengurung dalam bilik. si askar kecil pula pantang tengok saya sibuk, dia minta nak dukung, terpaksa saya potong anggur bagi dia makan, dia tak makan tapi dia tabur dan sapu di lantai, yang balance dengan pinggan buah dia simpan dalam beg kerja saya waaaaaaaaaaaa...saya tukar ke singa betina bila dia sapu buah di lantai, kemudian terus jelma jadi Hulk bila dia tunjuk saya dalam beg saya tumbuh buah...mainan pula bertaburan atas lantai sampai tak boleh nak jalan...Stok keimanan dan kesabaran saya yang selama 1 minggu kehabisan dan kekeringan dalam 1 malam...

apa-apa pun, nasib baik CREAM PUFF saya men-JADI!! kalau tak, SIAP 2 orang askar ni!



dah siap bakar

time ni saya sangat teruja...hehehehhe

speechless tengok CREAM PUFF

cream puff dalam tangan...umpama dunia ni saya punya...hahahaha

P.S : Sangat penting. Sila baca!

KESALAHAN DAN SEBAB-SEBAB PASTRI CHOUX TIDAK MENJADI DENGAN ELOK:

1. Adunan terlalu cair kerana adunan tepung tidak disejukkan terlebih dahulu sebelum memasukkan telur.
2. Pastri tidak naik sebab ketuhar sejuk, iaitu tidak dipanaskan terlebih dahulu. Mungkin juga masa membakar terlalu pendek.
3. Pastri mengecut selepas dimasak. Kemungkinan pastri tidak cukup masak.
Terima kasih kepada Rinnchan (Chef Noraini) di atas tips-tips di atas ya . Dengan adunan ini memberikan kita sekitar 20 biji pastri choux berdiameter 5cm. (saya hanya dapat 16 biji, tapi besar-besar...)



RESEPI CREAM PUFF
(anggaran 20 biji berdiameter 5cm)

Sumber : Rinnchan

ADUNAN PASTRI CHOUX:


BAHAN-BAHAN:
250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
3 biji telur
1/2 tsp gula castor
CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min. (saya tak tau apa itu digris nipis, jadi saya skip step ini)
8. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai.
Pastri choux yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain. Sebagaimana biasa Rinn gemar menggunakan Cream Custard.




P.S  : saya nak habiskan whipping cream, so saya guna cara nak buat filling untuk HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE

Filling
 60g dairy whipping cream (140g)
10g sugar (x3= 30g)
1tsp instant custard powder (x3 = 3tsp)
 (tak berapa cukup...yang hujung-hujung tu kena berjimat cermat)


or


CREAM CUSTAR:
BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor
1 cup susu segar
1 biji telur gred A
1 tbs mentega  
CARA-CARA:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat. 5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.



3 comments:

  1. i mmg gilakan choc eclair and cream puff yg ber-filling kan whipping cream. nak try buat tp belum ada kerajinan yg tinggi. tambah pula c kecik selalu menyebok bile org tgh sebok! haihh.. btw, congrats sbb berjaya dpt 16biji cream puff. nnti i refer sini. thanks. :)

    ReplyDelete
  2. Wah thanks for sharing this. Nanti nak cuba jg lah :)

    ReplyDelete
  3. rajin memasak skrg ye ko noks!
    hebak!!
    aku punya aura entah bila mahu mari..

    ReplyDelete