Saturday, February 23, 2013

[1y8m] SICK ~admitted to hospital :(

sejak tengahari semalam,
demam panas tak kebah dan ilyas tak makan, tak minum dan tak susu...
oh! hati banyak runsing,
asyik fikir yang bukan-bukan!

3 pagi tunggu sawsomi habis kerja terus bawa ke ER hospital Pantai. Sekali doktor bertugas check mulut ilyas, kerongkong dia penuh dengan ulser. macam gambar kat bawah yang saya google!!

dalam hati saya dok sumpah doktor hospital kerajaan mata pandang ke atas tu jadi katak! puk!m@k betul...malam sebelum tu bawa ilyas ke kecemasan hospital kerajaan, (tak berani sebut hospital mana sebab takut kena tangkap) doktor lelaki cina yang bertugas langsung tak check mulut ilyas tapi bila cakap dengan saya mata asyik dok pandang ke atas seolah-olah saya ni sangat jahil tak tau nak jaga anak...sama juga dengan kes sawsomi 4 tahun yang lepas...sawsomi demam tak kebah-kebah juga, then pergi ke hospital kerajaan tu, doktor bagi ubat suruh dia balik...then bila datang check kat pantai, kena tahan wad dan kena buang tonsil!

okay okay balik ke cerita ilyas...
trauma tahun lepas tak habis lagi,  so sekali lagi trauma kena pasang drip dan asyik suruh orang buka 'balutan'...semalaman dok menangis nak daddy dia...angin saya dengan ilyas sebab tiba-tiba jadi anak bapak! then tak kasi saya baring dan asyik dok cakap 'dom' (read : jom)....huhuhuhuhu...saya pun macam nak menangis bersama-sama dengan dia kalau katil sebelah tak ada orang!!!!!

saya shift malam, 9 pagi sawsomi datang ambil alih shift dia dan saya bergegas ke office untuk kerja yang tidak dapat dielakkan!


Gambar LIVE









gambar credit to mymy

No comments:

Post a Comment