Monday, February 4, 2013

bekas bbsitter ilyas

baru perasan,
kena BLOCK dengan bekas bbsitter ilyas...

kenapa tiba-tiba BLOCK kami eh?

apa salah kami?
bukannya kami yang tak mau bagi dia mengasuh....
tapi dia sendiri yang sms bagitau dia tak nak mengasuh lagi...
kemudian lepas 2-3 hari,
sms nak mengasuh balik sampai kaseh dan ilyas sekolah sebab terlalu sayang dengan budak 2 orang ni...

main-main eh?

the masalah is,
dia kena hantar dan ambik anak dia kat tadika,
dan dia bercadang tinggalkan anak-anak kami dengan anak perempuan dia yang berumur 7 tahun time dia pi ambik anak laki dia balik sekolah tengahari...jauh tak jauh, jalan kaki pergi dan balik ambik masa 20 minit (terpulang kepada gaya jalan)

kalau tak ada apa-apa berlaku, baguslah...
kalau apa-apa berlaku?
[touch wood touch wood]

saya terus terang bagitau dia,
kalau terjadi apa-apa,
apa guna saya nak salahkan awak padahal saya pun tahu bahawa ilyas akan diletakkan di bawah penjagaan anak perempuan awak yang berumur 7 tahun...
rasanya saya yang lagi patut dipersalahkan kerana tak cari penyelesaian yang terbaik untuk anak saya...
bayangkan kalau polis or wartawan tanya saya : u tau ke anak perempuan dia yang jaga anak u?'
dan jawapan saya ialah 'TAU'...
memang orang akan cakap padan muka kat i!!

so,
saya mengambil keputusan hantar ilyas ke tempat lain!!

begitu juga dengan mak kaseh!
kami cari penyelesaian memandangkan anda tidak mampu selesaikan masalah anda sendiri apatah lagi masalah kami!

akhir kata,
i wish all the best for u!









No comments:

Post a Comment