Wednesday, April 3, 2013

Passport siap dalam setengah jam! suka~suka~

Tarikh : 2 April 2013
Lokasi : Jabatan Imigresen Malaysia @ UTC @ Puduraya
Masa : 18:52-19:25

seriously, tak pernah jumpa jabatan imigresen yang begitu lenggang...tak kira dengan mata sendiri ataupun dengar pengalaman kawan or saudara, imigresen adalah tempat yang sesak dengan orang...tapi semalam apa yang saya nampak pegawai yang bekerja lagi ramai daripada pelanggan!

ohya, jabatan imigresen bukan saja buka sabtu dan ahad malah buka sampai 10 malam. [tak sure semua ataupun yang terpilih saja, tapi yang pastinya UTC @ Puduraya buka sampai 10 malam]


siap boleh menari di dalam tu!

6:52pm-7:25pm SIAP PASSPORT!!

Tip: Pergi hari bekerja selepas bekerja! dan jangan pergi waktu cuti sekolah selepas bekerja! dan saya perasan time kita orang nak balik, pelanggan dah start ramai....so masa yang ideal ialah 5-7pm!!!

1 comment:

  1. oo kat sana ada imigresen ek? mmg plan nak p jpn kat sana. senang la.. sekali berurusan. tq! :)

    ReplyDelete