Friday, May 31, 2013

[6y] Sofea's Birthday 518

sambut birthday 3 hari 3 malam berturut-turut...
maklumlah mak dia yang excited lebihan!


17 May 2013,
sambut kat sekolah.
saya buatkan sawbebe Barbie Doll Jelly Cake,
dia dah lama minta kek barbie,
tapi saya tak mampu nak beli bagi dia...
so harap-harap kek barbie agar-agar ni pun boleh puaskan permintaan dia!






sedap tak sedap saya tak tahu sebab saya tak makan

18 May 2013
Sambut dengan family
sawbebe nak makan kat Chili KLCC
sawsomi balik kerja lewat,
kebetulan pula TNB nak buat kerja kat KLCC,
so semua kedai kena tutup awal untuk bagi laluan kat TNB...
maka saya pun bagi cadangan suruh staff sawsomi tolong pergi tulis nama kat Chili sementara kita orang nak sampai,
mana tau staff sawsomi tu boleh terlupa nak pi tulis nama...
so tak dapatlah nak makan kat Chili
last-last pilih DOME sebab mereka ada nyanyi happy birthday ramai-ramai...huhuhuhuhuhu

Nota kaki : nasib baik bukan birthday saya, kalau tak mesti mati staff tu saya kerjakan! walaupun bukan birthday saya, tapi saya sudah berdendam dengan staff itu sampai mati sebab dia kecewakan anak saya! hurm!



saya selalu ambil gambar orang lain cantik-cantik...tapi bila orang ambil gambar saya mesti dalam keadaan blur punya...sangat-sangat merajuk tau!



19 May 2013
Sambut di rumah
sawbebe pandai-pandai ajak anak pengasuh datang ke party birthday dia...
budak-budak tu dah gembira nak datang makan kek pada 518.
mana saya nak beranak kek bagi mereka...
so saya suruh mereka datang hari 519.
sempatlah saya hasilkan kek coklat condong yang pahit akibat terlebih soda bikarbonat.
huhuhuhuhuhu










sekian terima kasih!!!

Wednesday, May 29, 2013

[1y11m] bbsitter baru



hari ni day 2 kat rumah pengasuh baru!
masih lagi menangis time hantar...harap-harap esok dah tak menangis lagi!!
semalam call sekali,
hari ni tak call,
tak berani nak call banyak-banyak kali,
[ikutkan hati macam nak duduk saja kat rumah BS ]
takut bbsitter marah lalu tulis status kat FB beliau
 
'hari ni ada budak 2 tahun baru masuk, namanya Ilyas...Ilyas okay saja...tapi mak Ilyas tu, setiap 15 minit  akan call untuk tanya keadaan anaknya...sekarang baru pukul 10 pagi, mak ilyas dah call 8 juta kali...kalau saya tak angkat call, dia terus serbu rumah saya...hey! Mak Ilyas, BS pun sibuk tau...nak jaga anak awak, anak orang lain, pastu nak layan call awak lagi...kalau rasa tak percaya, kalau rasa risau sangat-sangat...jagalah sendiri...jangan hantar kat BS! ada faham?!'
[yang ni saya reka, tapi ada BS sebenar tulis status lebih kurang macam ni kat FBnya]


huhuhuhuhuhuhu




Saturday, May 25, 2013

dating


movie yang ke-2 di bulan ni


#pergitontonwayangselepasberperangadalahsangatbest

Friday, May 24, 2013

1st Time Makan Mille Crêpe

Dah lama telan air liur tengok gambar Mille Crêpe...

Mille crêpe is a French cake made of many crêpe layers. The word mille means "a thousand", implying the many layers of crêpe.

Pada hari kejadian 505,
Alang-alang dah sampai PJ,
maka paksa sawsomi bawa saya pi cari makanan ni kat subang SS15...


1st time makan Mille Crêpe,
so harus tangkap 8 juta keping gambar untuk dimuatnaik ke dalam blog!!




sedang cari ilham untuk makan Mille Crêpe

dah tak ingat nama apa dengan nama apa




satu perkataan : SEDAP!


buat sendiri?
jangan cari pasal sawhuifoon!
pergi makan di kedai adalah lebih senang kot...

Thursday, May 23, 2013

[6y] Party Sekolah

hari ni sekolah sawbebe ada parti makan-makan...
 semua ibubapa diminta menyumbangkan makanan...

last year,  semester akhir, saya cuba nak buat Cream Puff tapi tak jadi (saya terlebih bubuh tepung gandum)
Tahun ni, semester ini, saya cuba lagi...

yeay 
yeay 
yeay 

mini cream puff

2 adik beradik ni pulun makan...

mini size punya cream puff

2 kotak kecil bersamaan dengan 24 biji untuk dibawa ke sekolah






menyanyi dulu baru dapat makan


Dengan tamatnya parti ini, cuti sekolah pun bermula~~~~~




Untuk rujukan di masa depan....
Resepi Cream Puff

Resepi Asal : Rinnchan



ADUNAN PASTRI CHOUX
Sumber : Chef Noraini Sidek

BAHAN-BAHAN:
250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
3 biji telur
1/2 tsp gula castor
CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min.
8. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai.
Pastri choux yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain.

CREAM CUSTARD
BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor
1 cup susu segar
1 biji telur gred A
1 tbs mentega

 (saya ikut yang ni)

or

Filling
60g dairy whipping cream
10g sugar
1tsp instant custard powder

 (ni saja bubuh untuk rujukan saja)

CARA-CARA:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat. 5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.



KESALAHAN DAN SEBAB-SEBAB PASTRI CHOUX TIDAK MENJADI DENGAN ELOK:

1. Adunan terlalu cair kerana adunan tepung tidak disejukkan terlebih dahulu sebelum memasukkan telur.
2. Pastri tidak naik sebab ketuhar sejuk, iaitu tidak dipanaskan terlebih dahulu. Mungkin juga masa membakar terlalu pendek.
3. Pastri mengecut selepas dimasak. Kemungkinan pastri tidak cukup masak.
Terima kasih kepada Chef Noraini dan Rinnchan di atas tips-tips di atas ya . Dengan adunan ini memberikan kita sekitar 20 biji pastri choux berdiameter 5cm. Disebabkan saya buat mini size ukuran 20 sen, maka saya dapat sangat banyak...

ni ada lagi resepi...tapi dalam bahasa cina...

Japanese Cream Puff

(食谱来自于May Lau)

材料 :
(A)
200ml = 清水
25ml = 鲜奶
80g = 牛油
1/4小匙 = 盐
1大匙 = 细砂糖

(B)
170g = 高筋面粉(筛过)

(C)
4粒 = 鸡蛋(打散)

馅料:
100g = 即溶蛋黄粉
120ml = 鲜奶
200g = 鲜奶油(打发)
1/2小匙 = 香草精

做法:
1.先将(A) 倒入锅中煮滚。
2.拌入(B) 料后,需要不停搅煮至面团不粘锅,即可离火。
3.把面团倒在搅拌机里,用慢速搅拌至冷却,然后分次将(C)加入,拌匀成柔软面团。
4.把面团装入挤花袋(中号的 嘴),在铺油纸的烘盘上挤成粒状,入预热烤箱以150度烘约30-35分钟,取出待冷却。

馅料做法:
将蛋黄粉和鲜奶拌匀,然后再与鲜奶油和香草精拌匀。

[1y11m] URGENT!!! Siapa Sudi Jadi Pengasuh Budak Ini?






hurm~~~~
sedanng cuba hard hard untuk memahami masalah orang lain,
hembus angin melalui hidung~~~

Wednesday, May 22, 2013

Ayam Masak Kuning Telur Masin (Salted Egg Yolk Chicken)




Bahan:
2 paha ayam dipotong kecil-kecil
1 cawan minyak

Bahan perap :
½ sudu tea garam
½ sudu tea kicap masin
½ sudu tea minyak bijan
Sedikit lada putih
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung jagung粟粉
1 sudu besar tepung gandum

Bahan kuah:
2 biji telur kuning masin, kukus, hancurkan
1 sudu besar daun kari
1 batang cili
200ml susu cair

1. Perap ayam selama 1 jam.
2. Goreng ayam sehingga keemas-emasan. Angkat dan toskan.
3. Letak minyak 1 sudu besar dalam kuali, masukkan kuning telur masin hancur, masukkan daun kari dan cili dan goreng sehingga naik bau.
4. Masukkan 200ml susu cair masak sehingga pekat. Tambah perisa. (P.S : kalau nak ada kuah punya, jangan masak terlalu pekat)
5. Masukkan ayam kacau-kacau 1-2 minit.
6. Siap!
 
Resepi Asal

2个鸡全腿斩块
1杯炸油
腌料:
1/2小匙盐
1/2小匙酱青(我多加的)
1/2小匙麻油
少许胡椒粉
1大匙水
1大匙粟粉
1大匙面粉(我用生粉)
汁料:
2粒咸蛋黄,蒸熟,压碎
1大匙加哩叶(我放多)
1条指天椒粒
200ml 淡奶
做法:
鸡腿加入腌料拌均腌1小时。烧热炸油,放入鸡肉炸至金黄色及熟,捞起滤干油分。
1大匙,放入咸蛋黄碎,加哩叶和指天椒粒炒香,再加入淡奶和调味料煮滚。
加入鸡肉炒至汁浓稠。
 
sedap!

[6y] Hari Ini Hari Ambil Report Card


Minggu lepas exam,
Minggu ni ambik report card....

bah kata pepatah cina,
比上不足,
比下有余!

[kata-kata untuk pujuk hati diri sendiri]
maksudnya cukup makan laaaaaa....

tapi apa yang saya kagum ialah,
sawbebe berani hantar art kosong...



apa yang anda lihat sekarang ialah sawbebe telah DIPAKSA MEWARNA oleh teachernya...


penjelasan dari sawbebe : saya suka lukis tapi saya tak suka color...

Tuesday, May 21, 2013

makan-makan di rumah Ahkak Garang

 Kejadian pada 4 May 2013

dapat jemputan makan-makan sempena _________ [ahkak garang sila isi tempat kosong] dari Ahkak Garang selepas pulang dari Krabi...kebetulan sawsomi tak mula kerja lagi...so dapatlah nak jalan-jalan lagi...


sawbebe aka Sofea melepaskan geram dengan Elia [dia mengidam seorang little sister...so saya terpaksa hipnosis sawbebe...ELIA IS UR LITTLE SISTER...ELIA IS UR LITTLE SISTER..]





uwaaaaaaaaaaaah...MinMin didera daddy aka sawsomi!!!

gambar makanan tak ada sebab sudah berada dalam perut kami....Terima kasih menjemput kami...lain kali jemput lagi tau!!!

tak tau nak start dari mana

terlalu banyak entry yang pending dalam otak...
sampai tak tau nak start dari mana...


Saturday, May 18, 2013

[6y]happy 6th birthday

5月18号,6岁生日快乐!



亲爱的女儿,生日快乐!
妈咪,爹地,弟弟永远爱你