Thursday, May 23, 2013

[6y] Party Sekolah

hari ni sekolah sawbebe ada parti makan-makan...
 semua ibubapa diminta menyumbangkan makanan...

last year,  semester akhir, saya cuba nak buat Cream Puff tapi tak jadi (saya terlebih bubuh tepung gandum)
Tahun ni, semester ini, saya cuba lagi...

yeay 
yeay 
yeay 

mini cream puff

2 adik beradik ni pulun makan...

mini size punya cream puff

2 kotak kecil bersamaan dengan 24 biji untuk dibawa ke sekolah






menyanyi dulu baru dapat makan


Dengan tamatnya parti ini, cuti sekolah pun bermula~~~~~




Untuk rujukan di masa depan....
Resepi Cream Puff

Resepi Asal : Rinnchan



ADUNAN PASTRI CHOUX
Sumber : Chef Noraini Sidek

BAHAN-BAHAN:
250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
3 biji telur
1/2 tsp gula castor
CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min.
8. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai.
Pastri choux yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain.

CREAM CUSTARD
BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor
1 cup susu segar
1 biji telur gred A
1 tbs mentega

 (saya ikut yang ni)

or

Filling
60g dairy whipping cream
10g sugar
1tsp instant custard powder

 (ni saja bubuh untuk rujukan saja)

CARA-CARA:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat. 5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.



KESALAHAN DAN SEBAB-SEBAB PASTRI CHOUX TIDAK MENJADI DENGAN ELOK:

1. Adunan terlalu cair kerana adunan tepung tidak disejukkan terlebih dahulu sebelum memasukkan telur.
2. Pastri tidak naik sebab ketuhar sejuk, iaitu tidak dipanaskan terlebih dahulu. Mungkin juga masa membakar terlalu pendek.
3. Pastri mengecut selepas dimasak. Kemungkinan pastri tidak cukup masak.
Terima kasih kepada Chef Noraini dan Rinnchan di atas tips-tips di atas ya . Dengan adunan ini memberikan kita sekitar 20 biji pastri choux berdiameter 5cm. Disebabkan saya buat mini size ukuran 20 sen, maka saya dapat sangat banyak...

ni ada lagi resepi...tapi dalam bahasa cina...

Japanese Cream Puff

(食谱来自于May Lau)

材料 :
(A)
200ml = 清水
25ml = 鲜奶
80g = 牛油
1/4小匙 = 盐
1大匙 = 细砂糖

(B)
170g = 高筋面粉(筛过)

(C)
4粒 = 鸡蛋(打散)

馅料:
100g = 即溶蛋黄粉
120ml = 鲜奶
200g = 鲜奶油(打发)
1/2小匙 = 香草精

做法:
1.先将(A) 倒入锅中煮滚。
2.拌入(B) 料后,需要不停搅煮至面团不粘锅,即可离火。
3.把面团倒在搅拌机里,用慢速搅拌至冷却,然后分次将(C)加入,拌匀成柔软面团。
4.把面团装入挤花袋(中号的 嘴),在铺油纸的烘盘上挤成粒状,入预热烤箱以150度烘约30-35分钟,取出待冷却。

馅料做法:
将蛋黄粉和鲜奶拌匀,然后再与鲜奶油和香草精拌匀。

No comments:

Post a Comment