Friday, May 31, 2013

[6y] Sofea's Birthday 518

sambut birthday 3 hari 3 malam berturut-turut...
maklumlah mak dia yang excited lebihan!


17 May 2013,
sambut kat sekolah.
saya buatkan sawbebe Barbie Doll Jelly Cake,
dia dah lama minta kek barbie,
tapi saya tak mampu nak beli bagi dia...
so harap-harap kek barbie agar-agar ni pun boleh puaskan permintaan dia!






sedap tak sedap saya tak tahu sebab saya tak makan

18 May 2013
Sambut dengan family
sawbebe nak makan kat Chili KLCC
sawsomi balik kerja lewat,
kebetulan pula TNB nak buat kerja kat KLCC,
so semua kedai kena tutup awal untuk bagi laluan kat TNB...
maka saya pun bagi cadangan suruh staff sawsomi tolong pergi tulis nama kat Chili sementara kita orang nak sampai,
mana tau staff sawsomi tu boleh terlupa nak pi tulis nama...
so tak dapatlah nak makan kat Chili
last-last pilih DOME sebab mereka ada nyanyi happy birthday ramai-ramai...huhuhuhuhuhu

Nota kaki : nasib baik bukan birthday saya, kalau tak mesti mati staff tu saya kerjakan! walaupun bukan birthday saya, tapi saya sudah berdendam dengan staff itu sampai mati sebab dia kecewakan anak saya! hurm!



saya selalu ambil gambar orang lain cantik-cantik...tapi bila orang ambil gambar saya mesti dalam keadaan blur punya...sangat-sangat merajuk tau!



19 May 2013
Sambut di rumah
sawbebe pandai-pandai ajak anak pengasuh datang ke party birthday dia...
budak-budak tu dah gembira nak datang makan kek pada 518.
mana saya nak beranak kek bagi mereka...
so saya suruh mereka datang hari 519.
sempatlah saya hasilkan kek coklat condong yang pahit akibat terlebih soda bikarbonat.
huhuhuhuhuhu










sekian terima kasih!!!

2 comments: