Friday, June 21, 2013

[2y] Ilyas Saw Makan Biskut Dengan Sudu

Membesar anak...
memerlukan kesabaran yang sangat tebal dan keimanan yang sangat tinggi...
Disebabkan saya kekurangan kedua-dua benda itu,
oleh yang demikian,
saya selalu naik hantu!


salah satu kes naik hantu:


Nak Makan Biskut Dengan Sudu

Ilyas cubaan nak pecahkan biskut dengan sudu...apa lagi...biskut tak pecah, pinggan dan biskut yang berterbangan...siapa susah...mak dia juga yang susah kena angkat pinggan dan sapu sisa biskut yang pecah di lantai

bila kena marah, buat muka...tengok tu, makan dengan sungguh ketidakpuasan dan kemerajukan!!

angkat baju, tunjuk perut nak bagitau 'kenyang dah'


seperti sawbebe masa 2 tahun ++...anak orang lain 2 tahun dah boleh bercakap, Ilyas hanya boleh buat ayat dengan menggunakan 1-2 perkataan saja...
contoh : Nak cucu (susu), ompat (lompat), ingkap ( tingkap), erak (berak) sup, pedas, kot (takut), toi (水/air), an an (暗暗/gelap), kun or cui jiao (睡觉/tidur), sus (Shoes), yi pu (衣服/ baju).....etc



Di bawah ada video Ilyas tunjuk bahagian badan (versi mandarin)



1 comment:

  1. sama la kita oli
    kurang kesabara skit..mmg cepat jea naik hantu
    umar anak ena dah nak msk 3 thn
    tetap ckp tak lancar...

    ReplyDelete