Thursday, June 13, 2013

[2y] Sambutan Birthday Ilyas Saw Yang Super Simple

8 June 2013 hari tu,
saya ada buatkan sebiji kek untuk Ilyas,

'Steam Chocolate Cheese Layer Cake'

sila kagum! sila kagum!!

asal punya planning,
nak makan-makan kat KFC,
tapi entah plan macam mana,
plan sampai ke laut...
plan sampai apa pun tak ada...
last-last tiup lilin saja kat rumah!!!




cepat nyanyi...tulisan happy birthday dah nak hilang......


kan dah cakap super simple...hanya terdapat balance agar-agar dan sebiji homemadekek ...lilin pun hanya berjaya jumpa sebatang saja...





mana pisau? mana pisau? kalau tak nak bagi pisau juga, saya belah dengan tangan
tak jumpa pisau...entah mana pisau lari...ilyas terpaksa cubit kek...

lepas tu, Ilyas request nak Happy U...U...lagi...cucuk lilin, nyalakan api...nyanyi sekali lagi Happy u...u...lepas sekali nyanyi dan tiup lilin, dia dah naik syiok...dia nak nyanyi happy u...u...dan tiup lilin lagi...
aksi ni telah berulang 3 kali atas permintaan birthday boy!!! Tulisan HAPPY BIRTHDAY dah hilang......



Resepi Steam Chocolate Cheese Layer Cake
Sumber : Baking Wonderland烘培乐缘 by Hoe

Steam Chocolate Cheese Layer Cake

材料A:200gm 牛油, 240gm 幼糖

材料B:4粒蛋 ,180gm 淡奶/鲜奶

材料C:250g 面粉/低筋面粉,1 1/2tsp 发粉,1/2tsp 苏打粉,50gm 可可粉
Cheese Layer :-

500g Cream Cheese, 140g 幼糖,3粒蛋,一汤匙 柠檬汁.

做法 ::-

1. 将A打松,慢慢加入B拌匀。

2. 拌入粉类C混匀,分成三等份。

3. Cream Cheese加幼糖打松,加入蛋,柠檬汁拌匀,分成两等份。

4. 将第一份的可可糊倒入9'烤盘,蒸15分钟。

5 .然后倒入第二层的cream cheese糊,蒸10-15分钟。

6. 以此类推,最后一层蒸20-25分钟。

7. 蒸好待凉,放入冰箱2小时以上即可。

tak faham bahasa cina tak ada...di bawah ada versi bahasa melayu punya!! seperti biasa, sukatan saya bahagi 2 dan guna loyang 6 inci.


Bahan A :
200gm Butter
240gm Gula Castor

Bahan B :
4 biji telur
180ml susu segar

Bahan C :
250gm Tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri, maka tak bubuh baking powder dan bicarbonate)
1 ½ tsp Baking Powder
½ tsp Bicarbonate Soda
50gm serbuk koko

Cheese Layer :
500gm Cream Cheese
140 gm gula castor
3 biji telur
1 sudu jus lemon (tak bubuh)

Cara-caranya :
1.        Pukul Bahan A sampai sebati, masukkan Bahan B.
2.       Kemudian masukkan Bahan C dan gaulkan sehingga sebati, bahagikan kepada 3 bahagian.
3.       Campurkan Cream Cheese dengan gula castor, masukkan telur dan jus lemon gaul sehingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian.
4.       Masukkan lapisan coklat yang pertama ke dalam Loyang 9 inci. Kukus 15 minit.
5.       Kemudian masukkan lapisan kedua cream cheese, kukus 10-15 minit.
6.       Ulang sehingga habis. Lapisan yang terakhir kukus 20-25 minit.
7.       Lepas tu masukkan ke dalam peti ais selama 2 jam sebelum dihidang. Yummy ^.^

1 comment: